Saturday, December 01, 2012

Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia Di UK Bebas

Dua Lelaki Rompak Pelajar Malaysia Di UK Bebas

Dua lelaki yang dipenjarakan kerana merompak pelajar perakaunan Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, dalam rusuhan di London pada tahun lepas, dibebaskan selepas rayuan terhadap hukuman tersebut diterima oleh mahkamah di sini.


John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex dibebaskan selepas perbicaraan rayuan mereka dijalankan secara tertutup oleh Mahkamah Wood Green Crown.

Kafunda sebelum ini dikenakan penjara selama empat tahun dan tiga bulan manakala Donovan dikenakan penjara selama lima tahun kerana merompak dan berkelakuan ganas.

-Agensi

Friday, November 30, 2012

Stesen Minyak Rugi RM25,000 Selepas Di Samun

Stesen Minyak Rugi RM25,000 Selepas Di Samun

Sebuah stesen minyak di Sungai Besi, di sini, kerugian RM25,000 selepas disamun tiga lelaki, Isnin lalu.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 50 tahun bersama seorang rakannya sedang berbual di dalam bilik di premis berkenaan, tiba-tiba tiga lelaki tidak dikenali masuk mengacukan parang.

Menurut sumber, penjenayah mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga jika tidak mahu dicederakan.

“Kedua-dua mangsa yang ketakutan menyerahkan cincin, rantai, telefon bimbit dan wang tunai. “Kumpulan penjenayah itu masih tidak berpuas hati meminta mangsa membuka peti simpanan dan sekali lagi mengugut kedua-dua mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu kemudian membuka peti simpanan berisi wang tunai RM15,000.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

-Hmetro

Thursday, November 22, 2012

Tahukah Anda Website Tiruan Yang Dicipta Oleh China!

Tahukah Anda Website Tiruan Yang Dicipta Oleh China!

Tahukah Anda? China bukan setakat pakar meniru jenama produk, malahan website pun kena tiru sebijik-sebijik! Apa motif diorang sebenarnya?

Tapi yang penting negara China memang pro bab tiru-meniru ni. Jom usha website apa yang diorang sudah tiru.

FACEBOOK


TUMBLR


GROUPON


TWITTER


FOURSQUARE


Entahlah..

Sumber: Umarfaruq.com

Wednesday, November 21, 2012

Guru Karate Parah Ditikam Empat Penyamun

Guru Karate Parah Ditikam Empat Penyamun

Seorang pembantu jurulatih karate cedera parah ditikam di belakang badan ketika cuba melawan empat penyamun bersenjatakan pisau dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Permai Jaya, Mantin, malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Tam Yam Choy berusia 55 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) disebabkan luka tikaman dalam dan hampir mengenai paru-paru.

Menurutnya, pergelutan itu dikatakan berlaku selepas suspek meluru masuk ke kawasan rumah yang turut disaksikan isteri mangsa.

“Mangsa dan isterinya ketika itu berada di hadapan rumah sebelum didatangi empat suspek menaiki dua motosikal. Menyedari suspek cuba menyamun, mangsa bertindak melawan dan ketika pergelutan, seorang daripada suspek itu menikam belakang badan mangsa dengan sebilah pisau menyebabkan dia rebah.

“Suspek kemudian menyamun wang tunai RM200 dan sebuah telefon bimbit milik isteri mangsa sebelum melarikan diri. Isteri mangsa yang tergamam dengan kejadian itu meminta pertolongan jiran sebelum menghubungi polis,” katanya.

-Hmetro

Lanun Bersenjata Raifal M-16 Rompak Ikan Bilis!

Lanun Bersenjata Raifal M-16 Rompak Ikan Bilis!

Seorang lelaki terpaksa berendam dalam laut hampir sejam apabila pelantar tempat dia bekerja bagi memungut hasil tangkapan ikan bilis, didatangi sekumpulan lelaki bersenjata api dipercayai jenis M-16 sebelum melarikan satu karung beg mengandungi ikan bilis.


Kejadian berhampiran Kampung Inderasabah, di sini, jam 8.30 malam Sabtu lalu ketika mangsa, Saha Ambok, 20, sedang memungut ikan bilis di atas pelantar berkenaan.

Menurut sumber, mangsa kemudian ternampak sekumpulan lelaki bersenjata api memakai bertopeng menaiki sebuah bot menuju ke pelantarnya.

“Mangsa terpaksa terjun ke laut dan bersembunyi di celah-celah tiang di pelantar bagi mengelak dikesan kumpulan penjenayah terbabit.

“Kumpulan penjenayah seramai tujuh lelaki bersenjata api itu kemudian naik ke pelantar sebelum mengambil sekarung ikan bilis seberat 40 kilogram yang dianggarkan bernilai RM350,” katanya.

Menurutnya, dua lagi lelaki berada di bot menunggu rakannya yang lain sebelum mereka melarikan diri ke arah Semporna, namun dipercayai berpatah balik sebelum menuju arah Tawau.

Sumber itu berkata, selepas kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa pulang ke rumahnya sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim M Karunanithi berkata, berdasarkan aduan mangsa suspek dipercayai menggunakan bahasa Suluk (loghat Filipina).

Sehubungan itu, katanya, APMM kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek.

-Hmetro

Saturday, November 17, 2012

Perompak Curi 5,000 Baju Dalam Wanita!

Perompak Curi 5,000 Baju Dalam Wanita!

Polis Thailand semalam berkata, mereka menemui beribu-ribu pakaian dalam wanita yang dicuri di rumah suspek perompak.

Gambar hiasan

Ini kali kedua suspek ditemui menyembunyikan pakaian dalam wanita di rumahnya.

Danai Raiwech, 48, ditahan di rumahnya di luar Bangkok kelmarin selepas polis menggeledah rumahnya kerana dipercayai merompak barang kemas bernilai AS$325,000 (RM998,660) dari sebuah kedai emas.

Isterinya didapati memakai barang kemas yang dicuri dan ketika menggeledah rumah pasangan itu, polis menemui beberapa beg berisi pakaian dalam wanita.

Kolonel Napanwut Liamsanguan berkata, “Suspek mengaku menggunakan pakaian dalam itu untuk melancap.”

-Bangkok Post

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya-raya?

Mencuri Kerana Anak Lapar! Mana Tanggungjawab YB Kita Yang Kaya-raya?

Membaca berita dibawah menyebabkan saya selalu terfikir, dimana tanggungjawab kerajaan dalam membantu rakyatnya ketika mereka dalam kesusahan. Negara kita bukannya miskin, projek juta-juta malah berbilion-bilion!

Ramai juga rakyat negara ini yang tinggal dalam rumah buruk! Ada anak-anak yang tercicir dalam persekolahan kerana tiada wang untuk berbelanja!

YB kita juga sangatlah kaya-raya, siapa yang berani nak nafikan!? Mungkin jawapan terbaik yang mereka boleh berikan ialah, sila berjumpa dengan jabatan itu dan ini untuk memohon bantuan!

“Saya ambil susu itu kerana mahu menjualnya bagi membeli makanan anak,” kata seorang bekas tentera kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Jessica Daimis ketika ditanya alasannya mencuri sebungkus susu tepung jenama Anlene Gold, semalam.


Mohamad Sobir Kashim, 32, dari Padang Serai, Kedah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga bulan bermula semalam.

Tertuduh dalam rayuannya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana tidak sanggup melihat anak perempuannya berusia sembilan tahun menahan lapar.

Tertuduh didakwa mencuri sebungkus susu jenama Anlene Gold seberat 660 gram bernilai RM21.99 di Pasar raya Jaya Gading, Semambu pada 13 November lalu jam 2.15 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari yang memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Jessica dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau, namun ia perlu mengambil kira kesalahan itu yang dilihat serius dan sering berlaku dalam masyarakat akhir-akhir ini.

“Sebagai bekas tentera, kamu tidak sepatutnya melakukan kesalahan itu dan selepas mengambil kira rayuan kamu, hukuman penjara tiga bulan dilihat setimpal dengan kesalahan itu,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga pekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh masuk ke premis berkenaan dan menuju ke bahagian menjual susu tepung.

Tertuduh kemudian dilihat mengambil sebungkus susu tepung dan memasukkannya dalam sebuah beg silang dipakai sebelum keluar tanpa membuat pembayaran.

Curiga dengan gelagat tertuduh, pengadu menahan tertuduh di pintu depan pasar raya itu dan hasil pemeriksaan menemui sebungkus susu tepung disorokkan di dalam beg dan terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

-Hmetro