Tuesday, January 09, 2018

Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

Madu Kelulut mempunyai aroma tinggi yang dihasilkan oleh lebah ternak Meliponines dari nektar pelbagai bunga (Multiflora Honey) dan madu yang dihasilkan biasanya memberi aroma berkayu dan rasanya sedikit masam dan tajam.

Kenapa Madu Kelulut Lebih Mahal Dan Berkualiti?

Spesis lebah Madu Kelulut hidup liar di hutan-hutan dan di dalam batang-batang pokok berlubang namun begitu, lebah spesis Madu Kelulut mampu diternak untuk mendapatkan madu.

Selain itu, Lebah Kelulut dikategorikan sebagai lebah yang tidak menyengat.

Ciri-ciri fizikal lebah Kelulut amat berbeza dari lebah biasa kerana lebah Kelulut kebiasaannya berukuran antara 3-8mm manakala bentuk sarang lebah Kelulut pula adalah berbentuk spiral.

Berbeza dari spesis lebah menyengat, lebah Kelulut mengisi madunya di dalam kantung atau pot madu yang dihasilkan daripada propolis.

Madu Kelulut yang dihasilkan oleh lebah spesis ini dikatakan tinggi kandungan antioksidanya namun begitu purata penghasilan madu kelulut adalah rendah jika dibandingkan dengan lebah Apis iaitu sekitar 0.3 sehingga 1.8 kg sebulan menyebabkan harganya sedikit mahal berbanding madu lain.

Manfaat Madu Kelulut

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya, “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.

Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah, madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI.

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang 300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dandapat mengurangkan stress aksidatif.

Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

sumber: humairahoney

Monday, January 08, 2018

Khasiat Madu Mampu Membunuh Bakteria Dan Meningkatkan Antibodi

Khasiat Madu Mampu Membunuh Bakteria Dan Meningkatkan Antibodi

Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut, akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.

Madu membunuh bakteria

Madu juga mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin.

Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.

Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.

Di dalam Al Quran telah tertulis madu boleh menyembuh pelbagai penyakit.

Madu Antibiotik Yang Kuat

Madu adalah cairan kental manis yang secara semulajadi dihasilkan oleh lebah dan mengandungi banyak khasiat.

Salah satu contoh khasiatnya yang hingga saat ini dimanfaatkan dalam dunia perubatan adalah kemampuan madu sebagai ubat mencegah jangkitan.

Dijelaskan oleh Hank Green dari Scishow, madu memang sudah terbukti dalam banyak kajian memiliki sifat antibiotik yang kuat, bermula dari kandungan protein yang ada di dalamnya hinggalah gula yang ada pada madu.

Sekitar 17 peratus komposisi madu terdiri dari air, manakala sebagian besar adalah gula fruktosa dan glukosa.

Oleh kerana itu seperti kebanyakan gula umumnya madu bersifat sangat pekat dan menyerap air, manakala bakteria mengandungi lebih banyak kandungan air berbanding madu.

Maksudnya, madu akan menyerap seluruh kandungan air pada bakteria atau fungus yang cuba menjangkiti tubuh. Tanpa air yang cukup, bakteria tidak akan mampu hidup.

Fakta kedua untuk sifat antibiotik madu adalah kerana lebah mencampurkan senyawa bernama glukosa oksidase saat membuatnya. Senyawa ini membuatkan madu bersifat asam sehingga mampu merosakkan dinding sel bakteria.

Dan fakta ketiga mengikut kajian, lebah juga memasukkan antibotik semulajadi iaitu bee defensin-1 ke dalam madu yang berfungsi melindungi lebah dari bakteria kerana ia merupakan sebahagian daripada sistem imun lebah.

Bergantung dari jenis bunga mana yang digunakan lebah untuk membuat madu, kadang-kala ada juga senyawa antibiotik tambahan yang tercampur.

Sebagai contoh, madu dari bunga Manuka diketahui memiliki kandungan methylglyoxal.

Kandungan Asli

Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia.

Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.

Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.

Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu juga berada di pasaran.

Madu juga digunakan dalam pelbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit.

Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.

Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.

Lebah madu menukarkan nektar bunga kepada madu melalui proses regurgitasi dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka.

Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.

Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.

Madu juga mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.

Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.

Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, yang berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian

Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia.

Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain juga mempunyai sifat berlainan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mudah Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan

sumber: wikipedia | detik

Sunday, January 07, 2018

Cara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!

Cara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Cara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun.

Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir.

TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, Insyaallah madu akan menjadi ubat.

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Cara Minum Madu Yang Betul Tapi Ramai Tidak Tahu!

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali 'way of life' kita.

1. Betulkan Cara Makan

Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis.

Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam.

Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul

Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar

Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air

Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila 'way of life' ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya: Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum: Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum: Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!
  • Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.
  • Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.
  • Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas
  • Selepas minum madu, jangan makan campurkan ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tidak baik untuk perut.
  • 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.
  • Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.
  • Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.
  • Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha.

Kenapa perlu mengikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala?

Kerana kalau tidak mengikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

sumber: MW

Friday, January 05, 2018

Fakta Khasiat Madu Dalam Kajian Saintifik

Fakta Khasiat Madu Dalam Kajian Saintifik

Apakah yang anda tahu mengenai madu? Sebagai orang awam atau sebagai penyelidik, madu sememangnya terkenal dengan 1001 kepelbagaian khasiat, tetapi hanya MADU ASLI yang akan memberikan khasiat seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran.

Fakta Khasiat Madu Dalam Kajian Saintifik

Terlalu banyak ilmu yang dikongsi terutama di media sosial yang kadang-kala mengelirukan pengguna. Lebih-lebih lagi apabila kita disogok dengan bermacam-macam info yang mungkin diragui kesahihannya.

Ikuti penjelasan Dr Suri Roowi, seorang Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI mengenai FAKTA MADU yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.

Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam?

Jawapan

Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.

Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim.

Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.

Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?

Jawapan

Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat.

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap kedalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.

Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit.

Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.

Soalan 3. Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?

Jawapan

Kita boleh memakan buah dalam keadaan perut kosong disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap.

Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.

Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa, “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata; `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda. `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”

Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu.

Barli juga kaya dengan beta-glukan;
  • beta-glukan merupakan fiber larut air
  • tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
  • terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
  • bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.
  • membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia

Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu.

Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia

Soalan 4. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?

Jawapan

Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…

Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.

Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah.

Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama.

Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya

Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Al-quran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69;

"…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir.."

Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang.

Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia.

Ini menunjukkan bahawa Al-Quran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna, antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar.

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’.

Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC

Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar).

Soalan 5. Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?

Jawapan

Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya).

Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi.

Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

sumber: humairahoney

Wednesday, December 13, 2017

Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

Khasiat Madu Kelulut, Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu

Apa itu kelulut? Kelulut merupakan keluarga lebah namun lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks dan biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Khasiat Madu Kelulut

Kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidan. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah.

Propolis

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Serdang.

Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.

Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut.

Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan serta bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Sebuah hospital tempatan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia atau lebih dikenali dengan nama HUSM telah membuat kajian tentang khasiat madu kelulut dari segi perubatan.

Satu ujian makmal telah dilakukan ke atas tikus. Tikus kajian telah disuntik dengan diabetes.

Keputusan kajian ini menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan kadar glukosa. Ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal selain dapat mengurangkan stress aksidatif.

Kajian menapous pula dilakukan pada tikus yang telah di buang ovari.

Hasil kajian menunjukkan madu kelulut mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina disamping meningkatkan ketebalan trabekular tulang.

Ini bermakna ia membantu menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Berpuasa secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air yang cukup.

Selain itu pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa.

Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut.

Iaitu dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik.

Ianya sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Antara kebaikan madu kelulut ialah berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya.

Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser.

Secara ringkasnya 20 kebaikan madu kelulut asli adalah:
  1. Mencegah serangan strok.
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh.
  3. Melancarkan peredaran darah.
  4. Memperkuat fungsi otak dan jantung.
  5. Meningkatkan pengeluaran hormon.
  6. Mengendurkan urat-urat yang tegang.
  7. Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
  8. Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
  9. Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
  10. Meningkatkan kecerdasan anak.
  11. Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
  12. Mencegah kanser.
  13. Membantu penyembuhan luka diabetes.
  14. Mengurangkan resdung.
  15. Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
  16. Mengurangkan lelah/asma.
  17. Melancarkan pernafasan.
  18. Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
  19. Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
  20. Mencegah pembentukan batu karang.

Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kesihatan
  1. Menyegarkan badan pada waktu pagi. Ambil beberapa sudu madu (yang kaya dengan fruktos) diwaktu pagi.
  2. Menyembuh luka-luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas). Sapukan madu ditempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.
  3. Masalah sakit tengkak dan batuk. Ambil campuran air limau nipis, lemon dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tengkak dan batuk.
  4. Membasmi parasit. Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan.

Kebaikan Madu Kelulut Terhadap Kecantikan
  1. Melembutkan kulit. Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu di bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30 sebelum dibersihkan.
  2. Pelembut rambut. Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh dicampur dengan minyak zaiton.
  3. Bahan untuk mandi bunga. Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik minyak pati levender.
  4. Menghilangkan jerawat. Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan dengan “band aid”. Tanggalkan band aid tadi selepas 30 minit.
  5. Sebagai pembersih muka (facial). Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.

Madu Kelulut Sebagai Sumber Makanan Tambahan Utama
  1. Tambahan Tenaga. Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang dicampur dengan 2 sudu madu.
  2. Sebagai gantian kepada gula didalam makanan. Dalam semua resepi masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tips Menyimpan Madu Yang Ramai Tak Tahu

sumber: kelulutborneo