Saturday, September 14, 2013

Wanita Berjaya Menangkap Perogol Melalui Facebook

Wanita Berjaya Menangkap Perogol Melalui Facebook

Penggunaan laman sosial Facebook oleh pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah siber seperti pedofil bukanlah sesuatu yang asing.

Melina Thomas
Melina Thomas ketika berusia 13 tahun.

Namun, di Swindon, seorang ibu kepada tiga anak menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lelaki yang pernah merogolnya hampir tiga puluh tahun lalu.

Menceritakan detik hitam itu kepada Mail Online, Melina Thomas, 42, dirogol sewaktu berusia 13 tahun pada tahun 1984 oleh Orville Vaughan yang turut dikenali sebagai Bov.

Vaughan yang berusia 20-an pada ketika itu merogol Melina yang sedang dalam perjalanan untuk bertemu teman lelakinya, Simon di sebuah tangga di tempat letak kereta.

Melina Thomas
Melina Thomas berjaya menangkap perogol dirinya.

Melina yang trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada Simon dan tidak mahu memberitahu ibu-bapanya.

Akhirnya, pada tahun 1987 dia berterus-terang kepada ibunya namun tetap menolak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatannya selain ketiadaan bukti.

Bagaimanapun, Melina terus dihantui dengan bayangan Voughan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan Facebook bagi mengumpul maklumat perogol itu.

Beliau juga turut bertindak menghubungi beberapa wanita yang dipercayai pernah menjadi mangsa lelaki itu.

Orville Vaughan
Orville Vaughan dipenjara 17 tahun.

Dengan sokongan penuh suaminya, Greg, 50, dia berjaya mengumpul bukti yang mencukupi bagi membuat laporan polis dan seterusnya membawa kepada penangkapan Vaughan yang kini berusia 53 tahun.

Vaughan akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun oleh mahkamah. -Mynewshub


Thursday, September 12, 2013

Kisah Benar Suami Maut Diperkosa Lima Isteri!

Kisah Benar Suami Maut Diperkosa Lima Isteri!

Gara-gara cemburu, seorang ahli perniagaan di Nigeria meninggal dunia kerana 'diperkosa' lima daripada enam isterinya, Julai 2013 lalu.

Diperkosa
Gambar hiasan.

Insiden itu berlaku selepas lima isterinya tidak berpuas hati kerana mangsa, Uroko Onoja mengadakan hubungan seks dengan isteri paling muda.

Kelima-lima mereka memaksa Onoja mengadakan hubungan seks secara bergilir-gilir hingga mangsa berhenti bernafas secara tiba-tiba.

Menurut DailyMail, susulan kejadian itu, dua daripada lima isterinya telah ditahan polis. -SH

Isteri banduan dicekup berkhalwat

Berkhalwat
Wanita yang ditangkap berkhalwat bersama kekasihnya.

Sementara itu, ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang.

"Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya.

BACA INI JUGA: 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, August 30, 2013

Baru Kenal Melalui WeChat Gadis Dah Sanggup 'Serah Diri'!

Baru Kenal Melalui WeChat Gadis Dah Sanggup 'Serah Diri'!

Jika disalahgunakan apa sahaja boleh jadi berbahaya termasuk aplikasi chatting di laman sosial.

Gambar hiasan

Bahana aplikasi WeChat, seorang remaja dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya melalui aplikasi itu di tepi tangga sebuah pangsapuri.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Hassan Abdul Ghani sempat meluahkan kekesalan dan memberi nasihat kepada tertuduh Muhammad Amirul Yusman, 18 tahun.

"Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan ke mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hassan dengan sinis kepada tertuduh.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Johor Bahru. -Mynewshub

Monday, August 26, 2013

Bapa Tiri Perkosa Anak Sendiri Selama 20 Tahun!

Bapa Tiri Perkosa Anak Sendiri Selama 20 Tahun!

Seorang lelaki dituduh mengurung dan merogol anak tirinya sepanjang 20 tahun lalu hingga mangsa melahirkan 10 anak di Buenos Aires.

Gambar hiasan

Mangsa yang kini berusia 35 tahun memberitahu mahkamah di Santiago Del Estero, dia mula diperkosa bapa tirinya ketika berusia 14 tahun.

“Dia mula merogol saya ketika saya berusia 14 tahun. Saya membantunya di bengkelnya tetapi dia merogol saya. Saya melahirkan anak pertama pada usia itu juga,” kata mangsa.

Wanita itu juga memberitahu, dia sering dipukul sebelum dirogol. “Dia merogol saya tidak kira tempat. Di ladang, di bengkel, dalam semak,” katanya Lelaki berkenaan yang dinamakan mahkamah sebagai ‘Orang Tua’ ditangkap baru-baru ini.

Hakim Maria Rosa Falco mengarah kes itu disiasat, termasuk menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan bapa kanak-kanak berkenaan.

Dalam keterangannya kepada mahkamah, mangsa turut memberitahu bahawa ibunya tahu segala-galanya mengenai kejadian itu.

“Saya menceritakan apa yang berlaku. Tetapi dia tidak bertindak. Dia takut dipukul oleh lelaki itu,” kata mangsa.

Ibu dan seorang adiknya turut hadir di mahkamah.

Menurut wanita itu, dua daripada anaknya mati dan dikebumikan berhampiran rumah mereka.

Suspek kelima kes rogol jurugambar ditahan


Sementara itu, polis semalam menahan suspek kelima dan yang terakhir kumpulan yang didakwa merogol seorang jurugambar Khamis lalu.

Suspek kelima itu ditahan di New Delhi dan akan di bawa ke Mumbai, kata jurucakap polis.

Dia bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai penahanan itu.

Jurugambar berkenaan, mangsa pemerkosaan terbaru di India, dirogol ketika dia dan seorang rakan sekerja lelaki menjalankan tugasan di selatan Mumbai.

Kelima-lima suspek mulanya berpura-pura untuk membantu mangsa mendapatkan kebenaran merakam gambar di kawasan sekitar.

Mereka bagaimanapun mengikat lelaki itu sebelum mengheret wanita berkenaan dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Suspek keempat yang dikenal pasti sebagai Kasim Bangali ditahan Ahad lalu.

Dua daripada suspek berkenaan dihadapkan ke mahakmah awal semalam dan akan ditahan untuk disoal siasat hingga 30 Ogos depan.

Sabtu lalu, seorang suspek ditahan. Neneknya memberitahu media, dia baru berusia 16 tahun dan perlu dibicarakan sebagai juvana.

Kejadian Khamis lalu mengimbau kembali kes rogol beramai-ramai seorang pelajar di New Delhi hingga mati pada Disember lalu dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh India. -Agensi

Saturday, August 24, 2013

Lagi Jurugambar Wanita Dirogol Di India!

Lagi Jurugambar Wanita Dirogol Di India!

Di India, lima lelaki dipercayai telah merogol seorang jurufoto wanita secara bergilir-gilir menurut sumber Polis semalam.


Laporan AFP menyebut kejadian terbaru itu yang berlaku kembali menghantui warga India selepas kes rogol beramai-ramai lapan bulan lalu sehingga mencetuskan protes awam.

Menurut polis, kejadian rogol terbaru itu berlaku di kawasan daerah mewah di Mumbai di mana jurufoto berusia 23 tahun itu sedang menulis artikel majalah berkaitan bangunan lama bersama seorang rakan lelaki.

“Sekumpulan lelaki bertindak memukul rakan wanita itu, mengikatnya kemudian merogol wanita itu di ruang terpencil di kawasan Shakti Mills,” kata pegawai polis yang enggan namanya disiarkan.

“Kes rogol terbaru sudah didaftarkan tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga hari ini, beberapa orang suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan,” kata pegawai itu.

Insiden rogol terbaru ini menjejaskan reputasi bandar itu yang dikenali sebagai “Bandar Paling Selamat Untuk Wanita di India”

Mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan mengecam dua perogolnya melalui nama pertama mereka, apabila mendengar mereka memanggilnya ketika kejadian.

Menurut pegawai itu, laporan perubatan awal menunjukkan wanita itu mengalami beberapa kecederaan dalaman.

Pada Disember lalu, seorag wanita juga berusia 23 tahun diserang dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.

Mangsa kemudian mati akibat kecederaan dan rakan lelaki mangsa juga dipukul teruk.

Perbicaraan kes di New Delhi sedang berjalan dan kini orang ramai mendesak untuk kerajaan menggubal satu undang-undang lebih baik dan ketat berkaitan jenayah rogol. -AFP

Tuesday, August 13, 2013

Enam Murid Dijangkiti Penyakit Kelamin Dicabul Guru Besar!

Enam Murid Dijangkiti Penyakit Kelamin Dicabul Guru Besar!

Dua guru besar dan seorang penolong guru besar dipecat daripada jawatan mereka ekoran pendedahan skandal pencabulan kanak-kanak membabitkan seorang guru sementara dan tujuh muridnya di Jiangxi, timur China, kata pegawai kerajaan kelmarin.

Gambar hiasan

Jurucakap kerajaan tempatan Ruichang berkata, guru besar terbabit dan penolongnya bertugas di sebuah sekolah rendah di Jiuyuan.

Katanya, turut dipecat, seorang guru besar sekolah rendah daerah Shangyuan.

Sekolah rendah Shangyuan terletak di bawah pengurusan sekolah rendah Jiuyuan.

Ketiga-tiganya hanya dikenali sebagai Wan, Xiao dan Wen.

Sumber itu berkata, antara September 2012 dan Mei lalu, Tao Biaogong, 62, dikatakan mencabul beberapa kali tujuh kanak-kanak perempuan berusia antara lapan dan sembilan tahun dalam bilik darjah atau bilik rehat Tao.

“Enam daripada murid terbabit dijangkiti penyakit kelamin dan kini dirawat di hospital,” katanya.

Tao ialah guru yang mempunyai lesen mengajar tetapi dipecat ekoran melanggar polisi perancangan keluarga. Tahun lalu, dia mula mengajar sementara di sekolah berkenaan.

Tao sudah ditahan polis dan kini masih disiasat.

Beberapa siri kes pencabulan di sekolah, kebanyakan di sekolah rendah dan menengah terbongkar di seluruh negara tahun ini, mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar dan mendorong pengurusan lebih tegas terhadap kakitangan pendidikan. -Agensi