Saturday, October 20, 2012

29 GRO Warga Vietnam Ditangkap!

29 GRO Warga Vietnam Ditangkap!

Polis menahan 29 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Puchong, malam tadi.


Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Inspektor Mohd Jais Mohamad berkata kesemua GRO yang ditahan itu berumur antara 19 hingga 35 tahun.

“Empat daripada GRO yang ditahan itu pernah ditangkap Jun lalu atas kesalahan sama di premis sama,” kata Mohd Jais kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati GRO terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pusat hiburan berkenaan baru tiga minggu beroperasi.

Polis turut menahan dua lelaki yang dipercayai bekerja di pusat tersebut. Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut.

–BERNAMA

Sunday, October 14, 2012

Pelanggan Pub Bertempiaran Diserbu Polis

Pelanggan Pub Bertempiaran Diserbu Polis

Tersentak dengan serbuan sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, pengunjung yang leka berhibur bertempiaran lari dari sebuah kelab malam di Jalan SS24/2 Taman Megah di sini, malam kelmarin.

Gambar hiasan

Serbuan jam 9 malam itu berjaya menahan lapan wanita Filipina berusia 21 hingga 28 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO).

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam daripada wanita yang ditahan mempunyai pasport manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. “Polis menyerbu kelab malam ini berulang kali sebelum ini atas kesalahan sama tetapi mereka masih berdegil. “Siasatan awal tidak menolak pengusaha kelab malam ini turut menjalankan aktiviti pelacuran dengan mendapatkan wanita terbabit daripada ejen tertentu untuk dijadikan GRO,” katanya.

Menurutnya, siasatan turut mendapati pelanggan dibenarkan membawa pulang GRO yang diinginkan dengan harga ditentukan wanita itu sendiri.

Katanya, seorang wanita tempatan yang juga penjaga kelab berkenaan berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Difahamkan kelab malam itu mempunyai lesen yang akan tamat pada Disember nanti.

-Hmetro

Friday, September 28, 2012

Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pilih Pakej ‘Butterfly’ atau ‘Booking’ Gadis

Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di Puchong.


Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu.

Difahamkan, pelanggan akan dikenakan caj RM50 bagi pakej ‘butterfly’ di mana wanita muda dan seksi itu akan menjadi peneman mereka berkaraoke selama beberapa minit.

Gadis ‘butterfly’ itu dikatakan akan berpindah ke bilik lain untuk melayan pelanggan yang berkunjung dan berhibur di situ secara bergilir-gilir.

Bayaran sehingga RM300 pula dikenakan kepada pelanggan si hidung belang sekiranya memilih pakej ‘booking’ yang membolehkan mereka berseronok dengan wanita warga asing terbabit dalam tempoh empat jam tanpa gangguan.

“Ketika serbuan awal pagi tadi (semalam), seramai 12 wanita warga Vietnam dicekup dipercayai teman sosial kepada pelanggan yang mengunjungi premis hiburan terbabit.

“Mengikut aduan, terdapat aktiviti seks ringan-ringan di dalam bilik karaoke di premis itu kerana pengusaha turut menawarkan pakej seorang ‘amoi’ kepada pelanggan berminat,” katanya.

Beliau berkata, hasil intipan mendapati turut berlaku aktiviti tawar menawar di dalam bilik kecil sekiranya pengunjung mahu perkhidmatan tambahan daripada warga Vietnam yang melayan mereka.

“Semua yang ditahan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala MPSJ menyita premis dan merampas peralatan hiburan digunakan di premis terbabit,” katanya.