Wednesday, November 15, 2017

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

Tahukah anda bahawa sihir ada macam-macam jenis dan jenis-jenis sihir ini bergantung kepada tujuan sihir itu dihantar. Contohnya, jika orang yang menghantar sihir itu untuk memastikan seseorang lelaki atau perempuan terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.

9 Jenis Sihir Dan Bagaimana Cara Mengenalinya?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 9 jenis sihir yang biasa dituju dengan tujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsa.

1. Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini memang sudah terang-terang wujudnya berdasarkan dalil al-Quran. Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:

“…dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Selain ayat di atas, sihir jenis ini ada juga disebut di dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah SAW bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya.” (Hadis riwayat Muslim: 5032)

Antara tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah:

  • Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
  • Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
  • Enggan meminta maaf.
  • Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.
  • Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.


2. Sihir Guna-Guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  • Gelora cinta yang membuak-buak, keterlaluan.
  • Sukar mengawal cintanya.
  • Rindu bayang yang berlebihan.
  • Patuh secara membuta-tuli.


3. Sihir Memperdayakan Pandangan

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:

  • Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  • Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.


4. Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:

  • Jadi bingung, bodoh dan pelupa.
  • Cakap merapu.
  • Mata layu.
  • Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
  • Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
  • Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
  • Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan dan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.


5. Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:

  • Suka berseorangan.
  • Menutup, memencilkan diri sepenuhnya.
  • Diam berterusan.
  • Tidak suka bertemu orang.
  • Fikiran melayang.
  • Selalu pening.
  • Lesu dan tidak bermaya.


6. Sihir Panggilan

Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  • Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan mengejarnya.


7. Sihir Membuat Penyakit

Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar-benar lumpuh.

Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Lumpuh menyeluruh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.


8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya.

Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.”

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

Tandanya mudah. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti-henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan.

Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya.

Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

  • Takut yang bersangatan.
  • Marah yang tidak terkawal.
  • Lalai berlebihan.
  • Di puncak gelora nafsu syahwat.


Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut. Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  • Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  • Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang).
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Bagaimana Nak Merawat Sihir-Sihir Di Atas?

Tidak kiralah apa sahaja jenis sihir yang dialami, sebabnya satu, jin yang ditugaskan untuk menyihir telah masuk ke dalam badan orang itu.

Jadi, tidak ada jalan lain untuk merawat melainkan dengan melakukan terapi ruqyah syar’iyyah di mana-mana pusat rawatan berhampiran anda.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

sumber: perawatislam

Friday, September 08, 2017

Bagaimana Mengetahui Jin Dan Syaitan Sedang Mengganggu

Bagaimana Mengetahui Jin Dan Syaitan Sedang Mengganggu

Golongan jin dan syaitan merupakan kelompok makhluk ingkar dengan perintah Allah sejak diusir dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s.

Jin
Gambar hiasan.

Namun, tidak ramai tahu kisah di sebaliknya dan seorang netizen bernama Daus, berkongsi menerusi laman Twitter miliknya semalam tentang golongan jin selain juga manusia yang digemari oleh saka.

Perkongsian seperti ini sememangnya mendatangkan manfaat dan dapat menambah ilmu kepada semua pembaca apabila ramai netizen di Twitter tertarik dengan kisah dibawakannya.

Bahan thread ini juga sebenarnya merupakan ringkasan perkongsian yang pernah disampaikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kasim Elias ketika memberi ceramah mengenai saka.

***

Thread ni tentang tiga golongan jin. Ha? Tak tahu, takpe sekarang korang kena tahu.

Jin yang berbentuk ular

1. Jin yang berbentuk ular ni memang suka sangat masuk rumah orang.

2. Jin yang berbentuk ular biasanya takkan masuk dimana-mana pintu, sebaliknya tiba-tiba sahaja da ada dalam rumah kita.

3. Jin yang berbentuk ular, tidak melingkar macam ular biasa, tapi memanjang. Matanya tak akan berkedip, kadang-kadang suka sangat duduk dalam almari.

4. Nabi SAW cakap kalau nampak ular dalam rumah, jangan bunuh dulu, sebaliknya bagi salam, sebab mungkin ular ni bukan jin tapi ular betul. Cuba baca "Salaamun a'lanuhin fil a'lamiin, Salaamun a'laa sulaiman fil a'lamiin".

5. Kalau tak hafal ayat ni, jangan risau, cakap dalam bahasa melayu pun boleh. Caranya cakap macam ni "Kalau kamu ular betul, aku akan bunuh, kalau kamu jin, baik kamu keluar sekarang."

Biasanya kalau ulat itu adalah jin, dia akan hilang serta merta.

6. Pastikan kita tanya dulu sebab kalau kita terus bunuh, nak nak pula ular tu adalah jin, habislah kita. Jin ni macam yang kita tahu ada sifat dendam, jadi jin akan balas dendam, simple je ok?

Jin dalam bentuk anjing yang berwarna hitam

1.Anjing yang berwarna hitam dan garang bukan yang comel. Jangan main tuduh je anjing tu jin, kesian dia tau korang main tuduh je.. 😂

Nabi SAW cakap golongan jin yang ketiga iaitu golongan jin yang suka berpindah randah (Saka)

1. Biasanya ini adalah jenis jin yang diwarisi ataupun dipanggil saka.

2. Saka ni dia suka berjalan-jalan, suka sangat terbang dan singgah atas pokok. Segala tempat dia suka.

3. Saka macam ni juga suka terbang dan suka duduk atas bumbung, suka singgah bumbung rumah orang.

4. Kadang-kadang dia ikut sesiapa yang suka sangat balik rumah waktu maghrib. Sebab tu bila kita sampai rumah waktu maghrib, untuk elak jin ikut dan masuk rumah, baca ayat kursi 9 kali. Berhenti dan ludah 3 kali sebelah kiri. Insyaa-Allah jin tu takkan berani masuk atau dia akan terbakar terus.

Seterusnya, kami nak kongsikan pula tanda-tanda orang yang sudah dimasuki saka atau sedang cuba diganggu oleh saka.

Sebelum tu kami nak bagitau yang jin atau saka suka pada orang orang yang macam ni:

1. Orang yang cetek ilmu agamanya, solat tak, puasa malas. Orang yang jenis macam ni adalah peluang untuk dapat saka sangatlah cerah! Jadi, jangan malas-malas nak solat dan nak buat ibadah.

2. Anak cucu yang suka melakukan maksiat.

3. Orang yang nak kehebatan duniawi contohnya nak cantik, nak kuat, nak disayangi, nak terkenal.

4. Orang yang kuat pegangan agama pun akan dicuba oleh jin sebab dia nak tengok sejauh mana kekuatan kita menahan dari gangguan dia. Salah satu kejayaan besar bagi jin sebab dapat menumpaskan golongan beriman.

Mimpi

Macam mana nak tahu yang kita ni sedang diganggu jin atau saka atau kita ni sudah ada saka ketika dalam mimpi?

1. Mimpi melihat hantu dalam tidur.

2. Mimpi berada di tempat yang sunyi.

3. Mimpi berada di kawasan kotor atau perkuburan.

4. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

5. Berdiri dan berjalan dalam tidur.

6. Ketawa dan menangis di dalam tidur.

7. Gigi berlaga ketika tidur.

8. Mimpi melihat binatang seperti kucing, serigala, unta, ular, tikus.

9. Orang yang mimpi dipatuk ular (kadang-kadang mimpi pasal saka sudah masuk dalam badan).

10. Mimpi menakutkan dan seram.

11. Mimpi buruk, seperti kena tindih.

12. Mimpi yang menjadikan kita sering terjaga waktu malam dalam keadaan takut.

13. Susah tidur malam, melainkan setelah bersusah payah.

14. Mimpi menyusukan budak, mendukung anak (khas untuk orang wanita). Kalau dapat mimpi tu, kita dukung dan kita timang budak tu tak apa, tapi bahaya bila budak dalam mimpi tu selak baju kita dan dia cuba nak menyusu. Kalau jadi macam ni, kita kena cepat-cepat campak budak tu. Kita boleh kawal mimpi kita, itu yang diberitahu oleh Ustaz Kazim. Apabila kita sudah terjaga, sila ludah 3 kali di sebelah kiri dan terus beralih dari tempat tidur kita tu. Kaedah ni boleh digunakan untuk semua mimpi buruk, Insyaa Allah mimpi buruk tu takkan beri kesan pada kita.

15. Mimpi melihat salib gereja paderi.

16. Orang yang selalu merintih iaitu orang yang tidur sambil merintih menangis.

Tanda-tanda gangguan Jin ketika jaga adalah:

1. Terlalu emotional ataupun sensitif. Bergurau sikit pun nak terasa. Asal cakap sikit nangis.

2. Mudah naik darah atau panas baran. Kadang-kadang benda ni bukan orang tu, tapi jin yang mengawal dia.

3. Selalu sangat pening, bila pergi hospital, doktor cakap migrain.

4. Selalu lalai dalam ingat pada Allah, rasa malas bila nak solat dan kalau tak solat rasa macam gembira atau tak rasa apa-apa.

5. Mengantuk pada waktu maghrib. Bila maghrib je ngantuk, bila ngantuk je, waktu maghrib. Bila menguap tu sampai terkeluar air mata.

6. Mengantuk pada bukan tempatnya khususnya majlis ilmu, bila dah habis majlis ilmu tak mengantuk pula.

7. Lesu dan malas.

8. Bila dapat kesusahan mudah sangat panik dan mudah gelabah, masalah sikit pun dah kelam kabut.

9. Rasa sakit pada satu-satu anggota badan ,kadang-kadang sakit pinggang, lepas tu sakit sendi pula.

10. Melihat sesuatu yang pelik, contohnya kita tengah mandi, tiba-tiba nampak orang melintas depan kita.

11. Selalu didatangi penyakit pelik yang tak dapat diubati, yang tak boleh dikesan oleh doktor atau yang selalu doktor sebut adalah kanser. Kanser ni puncanya dari 3 benda iaitu santau yang tak diubati, santau yang tak boleh diubati atau santau yang lambat diubati dan bertukar menjadikanser. Kanser boleh datang dari bentuk jin, jadi untuk hilangkan kanser, rajin-rajin bangun solat malam, Insyaa Allah kanser akan hilang. Tapi kena istiqamah bangun solat malam. Ustz kazim cerita, ada sorang pesakit ni, dia sakit kanser, Ustaz Kazim pesan dekat dia bangun solat malam dan Alhamdulillah kanser tu hilang.

Kesan dan akibat ada saka

1. Sukar untuk mendapatkan anak, kadang-kadang tak dapat anak langsung, kadang-kadang juga, nak bersetubuh suami isteri pun payah benar. Jadi cuba periksa balik, ada tak kita amalkan jampi nenek moyang kita? Contohnya cara nak dapatkan seri wajah, cara nak majukan bisnes dan sebagainya. Dan untuk pengetahuan anda, itulah salah satu sebab anda suami isteri susah mendapat anak ataupun tak dapat anak langsung.

2. Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup. Contohnya mana-mana kita pergi kita akan nampak orang tua terbongkok-bongkok ataupun perempuan. Ataupun apa-apa benda yang pelik melintas ataupun berjalan. Tak kisahlah dia buat apapun, janji kita nampak. Kenapa kita asyik alami perkara begini? Sebab itulah khadam kita, dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut kita mana saja kita pergi.

3. Orang yang tak suka bergaul dan hidup bermasyarakat.

4. Sangat sensitif.

5. Orang itu akan mengetahui perkara yang orang lain tak tau. Contohnya dia tau di belakang rumah kita ada harta karun, bila kita periksa, memang ada.

6. Cucu suka menangis, budak yang kecil lagi tapi nakal ,perangai buruk, ganas. Biasanya keturunan yang ada saka atau jin, anak cucunya akan bermasalah.

7. Kehidupan yang tidak tenteram.

Sampai sini perkongsiannya yang diadaptasi dari ceramah Ustaz Kazim Elias. 😊

***

Apa yang dikongsikan oleh pemuda ini sangat berguna untuk dijadikan pengajaran atau rujukan kepada diri kita sehingga turut menjadi tular. Hakikatnya jin dan syaitan memang ada di mana-mana sahaja.

Tugasan ‘khas’ makhluk ini seperti yang kita sedia maklum ialah untuk menyesatkan umat Islam. Janganlah kita mudah terperdaya dengan taktik licik makhluk yang dilaknati Allah SWT.

Makhluk dijamin penghuni neraka ini memang tidak akan pernah penat untuk turut sama memimpin umat Islam mengikut mereka masuk ke neraka.

Nauzubillah min zalik.

BACA INI JUGA:

sumber: twitter.com/fiegrxm

Sunday, April 02, 2017

41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

Terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila dan dia buat apa yang dia suka.

Gangguan Jin

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom gangguan Jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin, tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah.

1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2. Badan terasa berat dan malas.

3. Sukar mendapat jodoh.

4. Badan terasa bisa-bisa.

5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6. Sukar tidur malam.

7. Sakit pinggang tanpa sebab.

8. Sakit dada bila waktu asar keatas.

9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11. Bermimpi di tempat tinggi.

12. Bermimpi di tempat yang kotor.

13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15. Bayi kerap menangis.

16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19. Malas beribadat.

20. Nyanyuk ketika usia lanjut.

21. Panas baran.

22. Sikap berubah secara mendadak.

23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24. Suka melakukan tabiat buruk.

25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26. Kerap keguguran.

27. Gagal melakukan hubungan kelamin.

28. Mengantuk bila dengar al-quran.

29. Bermimpi seram yang menakutkan.

30. Darah haid turun lebih 15 hari.

31. Batuk yang berpanjangan.

32. Selalu ditindih ketika tidur.

33. Kuat berangan.

34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35. Nafsu seksual yang melampau.

36. Selalu melihat kelibat dirumah.

37. Terasa diri selalu diperhatikan.

38. Mandul.

39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40. Melihat jin secara terus.

41. Sakit mental atau gila.

Jika anda sering mengalami masalah-masalah diatas, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!

sumber: jalanakhirat

Sunday, January 05, 2014

Video Rakaman CCTV Jin Jilat Makanan!

Video Rakaman CCTV Jin Jilat Makanan!

Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Jin jilat makanan

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.

Wallahu a'lam.




BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com