Friday, December 04, 2015

Jadual Pembayaran BR1M 5.0 2016

Jadual Pembayaran BR1M 5.0 2016

Jadual pembayaran ansuran Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 atau BR1M 2016 berdasarkan kategori seperti berikut:

BR1M 5.0 2016.jpg

UPDATE!

1. Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1,050

  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 28 September 2016

2. Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1,000

  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 28 September 2016

3. Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800

  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 28 September 2016

4. Kategori BR1M Individu Bujang: RM400

  • RM400 pada Januari 2016

Para penerima diminta mengemaskini maklumat BRIM 2016 bermula 5 hingga 31 Disember 2015.

Proses kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara talian menerusi laman web berikut:

BACA INI JUGA: Panduan Permohonan dan Kemaskini BRIM 2016

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, November 21, 2015

Panduan Permohonan dan Kemaskini BRIM 2016

Panduan Permohonan dan Kemaskini BRIM 2016

Sekiranya anda sudah pun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat.

Panduan BR1M 5.0

Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2016 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.

Disyorkan pemohon baru BR1M tahun 2016, menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran.

Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat.

Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2016 boleh didapati mulai 1 Disember 2015. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas.

Permohonan Baru dan Kemaskini BRIM 2016 Online

1. Kemaskini BR1M. Bagi penerima BR1M yang ingin mengemaskini butiran peribadi, sila layari laman web Hasil.gov.my.

2. Pendaftaran Baru BR1M. Dan begitu juga kepada penerima yang layak buat kali pertama ataupemohon yang gagal dalam rayuan sebelum ini, sila mendaftar dilaman web Hasil.gov.my.

Syarat kelayakan Isi rumah
  • Telah berkahwin
  • Merupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
  • Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Syarat kelayakan BRIM Bujang
  • Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atas
  • Gaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
  • Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)

Jumlah bayaran BRIM 2016
  • Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu diberi RM400
  • Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 dibayar RM1000
  • Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke RM4,000 dibayar RM650
  • Individu yang berada dalam senarai ekasih diber RM1050

Borang BRIM 2016 boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN)
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan
  • Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat

BACA INI JUGA: Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Sumber: Br1m.net

Friday, September 18, 2015

Pembayaran Terakhir BR1M 2015 Dipercepatkan Mulai 21 September

Pembayaran Terakhir BR1M 2015 Dipercepatkan Mulai 21 September

Pembayaran akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadualkan pada akhir September ini akan dipercepatkan mulai 21 September, 2015.

br1m 2015

Pembayaran ini dipercepatkan sempena ketibaan Hari Raya Aildiladha pada 24 Sept, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini, ia dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti," katanya.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari, 2015 dan peringkat kedua pada 28 Mei, 2015.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta emel kepada: br1m@treasury.gov.my

BACA INI JUGA: Kalau Derma, RM2.6 Bilion Sepatutnya Milik Rakyat, Bukan Duit Najib!

Sumber: Astroawani.com

Monday, August 10, 2015

'Tuan-tuan Nak BR1M Lagi Ke Tidak?' - Najib

'Tuan-tuan Nak BR1M Lagi Ke Tidak?' - Najib

Tiada siapa patut menafikan kenyataan bahawa mata wang negara kini sedikit tenat dengan kejatuhan nilainya, namun ia bukanlah kayu pengukur untuk memberi takrifan menyeluruh tentang keadaan ekonomi Malaysia sekarang.

BR1M

Hanya kerana khabar angin berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (BR1M), dana derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Najib Razak serta beberapa isu fitnah lain, segelintir pihak terutamanya pembangkang terus mendesak agar figura tersebut melepaskan jawatannya selaku ketua kerajaan.

Ibarat tak pernah langsung melakukan sumbangan terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan Malaysia, golongan tersebut menggunakan retorik sama untuk berhujah menghentam Najib.

Mengakui bahawa diri beliau ralat dengan situasi tersebut, Najib dalam ucapannya di perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Pasir Gudang, memberikan contoh situasi yang melanda syarikat penerbangan Malaysia, MAS.

“Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

“MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

“Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula dipersalahkan.”

Senang cakap, kenapa segelintir dari kita mudah membuat konklusi bahawa syarikat pelaburan yang baru berusia beberapa tahun itu gagal, namun langsung tak nampak bencana lebih besar yang dihadapi satu lagi syarikat milik Malaysia yang telah wujud puluhan tahun lalu? Fikirkan.

Kalau dilihat, Najib sedaya upaya mengotakan janjinya yang dibuat pada Pilihan Raya Umum lalu apabila menggunakan manifesto ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Antara yang jelas, perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalurkan mengikut kategori sama ada individu mahupun seisi rumah. Jelas sejelas jelasnya, ia menunjukkan bahawa hasrat kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat sememangnya sentiasa dikotakan.

Dalam ucapan sama pagi tadi, Najib turut menghulurkan soalan terhadap perwakilan yang hadir berkenaan solusi yang lebih baik sekiranya mereka merasa bahawa bantuan tersebut tidak relevan.

“Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak?

“Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?”

Ucapan tersebut mula menimbulkan pertanyaaan di benak ramai pihak, adakah Najib benar-benar ingin menghentikan pemberian RM950 untuk isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM750 untuk isi rumah berpendapatan RM4000 ke bawah?

Pastinya, ia turut memberi kesan kepada golongan bujang apabila bantuan sama bernilai RM350 untuk individu yang berpendapatan RM2000 ke bawah bakal terhapus sama sekali.

Adakah ini hasrat yang dimahukan golongan berpendapatan rendah? Sudah tentulah tidak kerana dalam menghadapi cabaran kehidupan kini, nilai tersebut amatlah dihargai dan sangat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Justeru, kritikan semberono itu hanyalah dari segelintir pihak yang sudah kekontangan idea untuk menhentam kepimpinan Najib dan cuba memporak-perandakan imej beliau di mata masyarakat yang bersyukur terhadap pemberian itu.

Jelasnya, inilah strategi pihak terbabit untuk menyebarkan fitnah supaya BR1M dihentikan lantas memudahkan tugas menyuntik propaganda kepada rakyat supaya membenci kerajaan.

Dalam situasi ini, siapa yang akan untung dan siapa yang bakal rugi? Fikirlah sedalam-dalamnya…

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 02, 2015

Tarikh Akhir Rayuan BR1M Dilanjutkan 15 April 2015

Tarikh Akhir Rayuan BR1M Dilanjutkan 15 April 2015

Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 kepada 15 April ini.

BR1M-4.0

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, lanjutan tarikh akhir itu bagi memberi peluang kepada pemohon-pemohon yang gagal mengemukakan rayuan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat.

“Terdahulu, tarikh akhir tempoh rayuan BR1M 2015 adalah pada 31 Mac 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Kewangan dalam pada itu memaklumkan kerajaan turut bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 bermula 28 Mei 2015.

Kata kenyataan itu, sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan hampir 7.28 juta penerima telah mendapat manfaat dariapda BR1M 2015.

Menurut kenyataan itu, seramai 4.17 juta merupakan penerima kategori isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 dan 410,000 penerima kategori isi rumah berpendapatan di antara RM3,001 – RM4,000.

“Manakala penerima bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta penerima. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 bilion bagi menjayakan program BR1M ini,” kata kenyataan itu.

BACA INI JUGA: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, February 12, 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 ditutup pada 31 Januari 2015, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan.

Br1m2015-gagal

Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal.

Menerusi semakan penulis dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama permohonan BR1M tidak diluluskan atau gagal.

PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI SYARAT LAYAK

Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan.

PERTINDIHAN NAMA PADA TANGGUNGAN

Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Kassim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak.

MAKLUMAT TIDAK LENGKAP

Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon.

Punca-punca lain:
  • Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  • Maklumat tanggungan tidak lengkap
  • Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
  • Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  • Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  • Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  • No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  • Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  • Permohonan lebih daripada satu kali
  • Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  • Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  • Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Sumber: Aiskosong.com

Friday, January 02, 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015 Dilanjutkan Sehingga 31 Januari 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015 Dilanjutkan Sehingga 31 Januari 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015. Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 Januari 2015 depan dari tarikh sebelum ini yang dijadualkan pada akhir Januari 2015.

kemaskini-br1m-4.0

Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan atau kemaskini BRIM dilanjutkan kepada tarikh baharu iaitu pada 31 Januari 2015 bagi memberi peluang orang ramai yang masih belum melakukan sebarang proses kemaskini mahupun permohonan baru.

Kerajaan juga bersetuju permohonan baru dan kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (pengemaskinian) dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 daripada tarikh asal 31 Disember 2014.

Bayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada penerima dari negeri yang dilanda banjir.

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1m 4.0 2015

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/4566 atau melalui email:br1m@treasury.gov.my,

-SENTIASAPANAS.COM