Thursday, February 12, 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Punca Pemohon Gagal Mendapat BR1M 2015

Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 ditutup pada 31 Januari 2015, bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan.

Br1m2015-gagal

Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal.

Menerusi semakan penulis dengan mereka yang berkaitan dalam perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama permohonan BR1M tidak diluluskan atau gagal.

PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI SYARAT LAYAK

Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan.

PERTINDIHAN NAMA PADA TANGGUNGAN

Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Kassim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak.

MAKLUMAT TIDAK LENGKAP

Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon.

Punca-punca lain:
  • Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
  • Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  • Maklumat tanggungan tidak lengkap
  • Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
  • Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
  • Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pemohon kategori individu (bujang) itu gagal
  • Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
  • No. pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Nama pemohon berbeza dengan data JPN
  • Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  • Permohonan lebih daripada satu kali
  • Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
  • Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat
  • Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual

BACA INI JUGA: Istidraj, Nikmat Allah Kepada Manusia Ingkar

Sumber: Aiskosong.com

Friday, January 02, 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015 Dilanjutkan Sehingga 31 Januari 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015 Dilanjutkan Sehingga 31 Januari 2015

Kemaskini BR1M 4.0 2015. Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 Januari 2015 depan dari tarikh sebelum ini yang dijadualkan pada akhir Januari 2015.

kemaskini-br1m-4.0

Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan atau kemaskini BRIM dilanjutkan kepada tarikh baharu iaitu pada 31 Januari 2015 bagi memberi peluang orang ramai yang masih belum melakukan sebarang proses kemaskini mahupun permohonan baru.

Kerajaan juga bersetuju permohonan baru dan kemaskini BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (pengemaskinian) dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015 daripada tarikh asal 31 Disember 2014.

Bayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada penerima dari negeri yang dilanda banjir.

Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1m 4.0 2015

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/4566 atau melalui email:br1m@treasury.gov.my,

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 07, 2014

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Bagi pemohon baru dan penerima sedia ada BR1M, anda boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2015 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah berjaya atau tidak.

Semakan Status BR1M 4.0 2015

Bagaimanapun keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA DAN PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0

Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

BR1M 4.0

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

BR1M 4.0 [2]

SOALAN KESELAMATAN
  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  2. Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  4. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.
  5. Contoh soalan keselamatan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut

BR1M 4.0 [3]

MASALAH PERMOHONAN BR1M 4.0

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my

1. Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015 SINI
2. Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015 SINI

Sumber: Mysumber.com

Wednesday, December 03, 2014

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Bagi penerima sedia ada BR1M, pengemaskinian maklumat peribadi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 2015 perlu dibuat bagi memastikan nama tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2015.

Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015

Malah, ada dikalangan penerima BR1M sedia ada telah menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini butir-butir bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini.

Contoh lampiran surat kemaskini maklumat pemohon yang di hantar ke alamat penerima;

Surat Kemaskini BR1M 4.0

Penerima BR1M Sedia Ada Tidak Perlu Mendaftar

Sebagai makluman, penerima BR1M sebelum ini tidak perlu mengemukakan permohonan baharu, sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.

Panduan Dan Cara Kemaskini BR1M 4.0 2015

Pengemaskinian maklumat BR1M 4.0 boleh dibuat melalui cara berikut:-
  1. Masuk ke laman web https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Sila masukkan No Mykad anda.
  3. Klik pada tab Kemaskini Permohonan.
  4. Masukkan jawapan kepada soalan keselamatan dan klik hantar. (Anda akan ditanya 2 soalan dan pastikan jawapan diberikan adalah betul).
  5. Seterusnya melengkapkan segala maklumat kemaskini anda.

Anda digalakkan untuk membuat kemaskini selepas jam 5 petang untuk mengelak 'server' yang terlalu sesak.

Jika mengemaskini secara online mendatangkan masalah kepada anda, sila gunakan cara manual iaitu menggunakan borang dan hantar ke Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

1. Download borang kemaskini BR1M 4.0 SINI
2. Download borang Pendaftaran Baru BR1M 4.0 SINI

Selamat mencuba..

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 11, 2014

Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015

Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015

Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online. Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka pada minggu kedua bulan Disember 2014.

Panduan-BR1M-2015

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015

1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950

Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750

Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah

Skim Khairat Kematian RM1,000

Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0

Friday, October 10, 2014

BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950

BR1M 2015 Dinaikkan Kepada RM950

Kadar BR1M 2015. Dengan mengambil kira peningkatan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan kemampuan fiskal, kerajaan hari ini mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Bayaran BR1M 2015

Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar BR1M dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Beliau berkata bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000

Beliau menambah, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan akan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 iaitu sebanyak RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Individu Bujang

Perdana Menteri menarik perhatian, bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

“Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan,” katanya.

Insurans takaful berkelompok (i-BR1M)

Najib turut mengumumkan, kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebelum ini, kerajaan memberikan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah menerusi BR1M 1.0 yang diperkenalkan pada 2012.

Untuk BR1M 2.0 pada 2013, jumlah yang sama diberikan kepada golongan tersebut dan kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak RM250 pula diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0, bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi bantuan wang sebanyak RM650 dan bantuan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Kerajaan juga pada BR1M3.0 memberikan sebanyak RM300 kepada kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada BR1M 3.0 juga, bantuan buat pertama kalinya diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber: BERNAMA