Wednesday, March 14, 2018

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Dana haram yang dirampas Switzerland tidak akan dikembalikan kepada kerajaan asal tetapi kepada rakyatnya, jelas seorang penggubal undang-undang Switzerland, MP Geneva, Carlo Sommaruga, yang mana dalam satu emel, memberitahu bahawa dana itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukannya melalui NGO yang mempunyai integriti yang tinggi.

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Carlo Sommaruga membentangkan usul memohon pengembalian dana berkaitan 1MDB sebanyak CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas kerajaan Switzerland kepada Malaysia.

"Tekanan politik untuk mengembalikan wang kepada rakyat Malaysia akan sangat tinggi (sekiranya ada) undi positif oleh Majlis Nasional.

"Tidak, wang itu tidak akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia, tetapi hanya kepada rakyat Malaysia.

"Biasanya, pengembalian aset yang dirampas disalurkan melalui program NGO Malaysia, yang menjamin program pembiayaan tanpa rasuah untuk kepentingan awam, dan terutamanya kepentingan penduduk miskin.

"Oleh itu, tidak penting jika kerajaan Malaysia menerima atau menolak penghantaran balik," kata setiausaha antarabangsa Sommaruga, Peter Hug dalam emel itu.

Peter Hug memetik Perkara 17 Akta Aset Haram Asing (FIAA) Switzerland, yang menetapkan bahawa pengembalian aset mesti dilakukan sama ada untuk memperbaiki keadaan hidup penduduk negara asal atau untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu dan dengan demikian menyumbang kepada usaha melawan impunity (kebebasan daripada hukuman).

Perkara 18 Akta yang sama menetapkan bahawa jika tiada perjanjian dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui organisasi nasional atau antarabangsa, termasuk NGO.

Pengembalian aset yang berjaya sebelum ini termasuk dana haram dari syarikat minyak milik Brazil, Petrobras pada 2015, dan dari kerajaan Kazakhstan pada tahun 2014.

NGO dan ahli Parlimen pembangkang Malaysia telah melobi untuk dana itu dipulangkan kepada "benefisiari yang sah", iaitu rakyat Malaysia.

Dana berkenaan dirampas oleh kerajaan Switzerland dari tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas mereka terlibat dalam pengubahan wang berkaitan 1MDB. Bank-bank itu sedang membuat rayuan terhadap rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Bagaimanapun, Peter Hug menegaskan bahawa prosiding mahkamah yang sedang berjalan itu tidak akan menjejaskan usul Sommaruga di Parlimen Switzerland.

Dana yang dirampas dari bank-bank tersebut telah dimasukkan ke dalam Perbendaharaan Persekutuan Switzerland kerana tidak ada pihak yang menuntut, kata Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer.

Mengulas mengenai rampasan itu, yang telah dilaporkan dalam akhbar Switzerland - Tages Anzeige - Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata bahawa dia tidak tahu sama ada Putrajaya berhasrat untuk menuntut wang itu.

Menurut Peter Hug, walaupun jika usul untuk mengembalikan dana itu berjaya dalam pengundian, namun proses itu sendiri boleh mengambil beberapa tahun.

Dia menjelaskan bahawa kerajaan Switzerland hanya perlu bertindak atas usul Sommaruga jika ia melalui kedua-dua dewan di Parlimen, di mana selepas itu, pindaan perundangan perlu dilakukan untuk memudahkan penghantaran balik dana.

"Ini akan mengambil banyak masa, sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun," kata Peter Hug.

Mengenai mengapa Sommaruga memutuskan untuk membawa usul seumpama itu, beliau berkata ia adalah kerana melawan dana haram adalah sejajar dengan prinsip MP Parti Demokratik Sosial itu.

"Parti itu telah berjuang selama beberapa dekad menentang penglibatan bank-bank Switzerland dengan ahli-ahli rasuah elit di negara lain.

"Perjuangan menentang aliran kewangan haram adalah (juga) salah satu matlamat paling penting dalam Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030," kata Peter Hug.

1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya

Sementara itu, 1MDB menyatakan bahawa CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik firma pelaburan negara itu.

Sebaliknya, 1MDB mendakwa bahawa wang berkenaan adalah pertikaian antara bank Switzerland dan kerajaan negara tersebut.

"Menurut Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer, bank-bank yang relevan tmempertikaikan tindakan Pusat Kawal Selia Kewangan Swiss (Finma) dan sedang merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah dituntut oleh bank-bank yang relevan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB," kata firma itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

sumber: malaysiakini

Thursday, March 08, 2018

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Anak Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull adalah individu terbaru yang mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDB, firma pelaburan Malaysia yang bermasalah.

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Menurut The Australian, Alex Turnbull seorang tokoh perbankan mendakwa beliau telah diketepikan daripada kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura empat tahun lalu.

Ini selepas beliau cuba mengketengahkan perjanjian mencurigakan membabitkan berbilion-bilion dolar bank global itu dengan 1MDB.

Laporan itu memetik Turnbull sebagai berkata bahawa beliau telah menimbulkan kebimbangan dengan rakan-rakan mengenai bon AS$6 bilion yang diterbitkan untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 serta ketiadaan ketelusan dalam dokumen mengenai cara dana itu akan digunakan.

"Apabila perjanjian 1MDB dimeterai dengan Goldman, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan dan berkata, 'Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, dan untuk apa kegunaan dana itu? " katanya yang dipetik oleh The Australian.

"Dan saya diberi nasihat oleh bahagian pematuhan (Goldman Sachs)," kata Turnbull yang dilaporkan tidak terlibat dalam menerbitkan bon berkenaan yang menyaksikan bank pelaburan global itu membuat keuntungan AS$590 juta (RM2.3 bilion) bentuk yuran dan komisen.

Bank Yahudi Goldman Sachs Kaut RM2.3 Bilion Dari Pinjaman 1MDB

Katanya, hasil usaha itu, beliau kemudian diketepikan dan akhirnya memilih meletak jawatan dari Goldman Sachs pada tahun 2014 untuk memulakan firma dana lindung nilai miliknya sendiri, Keshik Capital di Singapura.

Dalam menimbulkan kebimbangannya di Goldman Sachs, The Australian juga memetik Turnbull sebagai merujuk kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu, warga negara Mongolia pada tahun 2006, di sebuah hutan belukar berhampiran Shah Alam.

"Berapa banyak model Mongolia yang perlu kita kebumikan di hutan untuk mendapatkan harga ini?" katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Luahan Warga Netizen Dan Teori Konspirasi Pembunuhan Altantuya

sumber: malaysiakini

Thursday, December 07, 2017

Malaysia Enggan Kerjasama Menentang Rasuah Kleptokrasi

Malaysia Enggan Kerjasama Menentang Rasuah Kleptokrasi

Kerajaan Malaysia dikatakan tidak membalas permintaan Bank Dunia untuk memasukkan isu 1MDB sebagai kajian kes dalam Forum Global Mengenai Pemulihan Aset (Gfar).

Malaysia Enggan Kerjasama Menentang Rasuah Kleptokrasi?

"Bank Dunia, yang menjadi tuan rumah Gfar, berusaha memasukkan 1MDB sebagai kajian kes tetapi Bank Dunia hanya boleh melakukannya dengan pengesahan kerajaan Malaysia, yang mana ia tidak berlaku," kata Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 ) Cynthia Gabriel.

Cynthia berkata kerajaan Malaysia tidak menolak permintaan itu, namun mereka tidak menjawabnya.

Beliau berkata C4 terlibat dengan Gfar sejak awal memandangkan NGO itu turut terlibat dalam Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCAC).

"Apabila saya tanya kepada Bank Dunia mengenai 1MDB, kami diberitahu bahawa tidak ada respon daripada kerajaan," katanya.

Oleh kerana 1MDB tidak disertakan sebagai kajian kes di Gfar, beliau berkata ia menghalang pengamal undang-undang dari Malaysia menyertai forum yang diadakan di Washington DC pada 4 Disember.

"Kami sangat kecewa kerana kerajaan Malaysia telah mengabaikan dan meminggirkan 1MDB dalam forum ini.

"Akibatnya, pendakwa, peguam, masyarakat sivil dan semua di Malaysia tidak boleh menyertai acara tersebut.

"Kami telah dinafikan untuk mengambil bahagian penting dalam pemulihan aset yang dicuri," katanya.

Malaysia juga merupakan penandatangan Uncac yang bercakap mengenai kerjasama antarabangsa dan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Kerajaan abai tanggungjawab

Enggan mengakui dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dalam pemulihan aset yang dicuri, beliau berkata kerajaan Malaysia mengabaikan tanggungjawabnya di bawah konvensyen itu.

"Kami mendesak dan menuntut agar Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) membuka siasatan ke atas 1MDB, berdasarkan ucapan terbaru di Gfar oleh Peguam Negara AS (Jeff Sessions), yang menunjukkan bahawa kes itu masih aktif dan merupakan kes kleptokrasi terbesar.

"Itulah yang dia (Sessions) katakan; bahawa ini adalah kleptokrasi paling buruk," katanya.

Terdahulu, Sessions menyifatkan dakwaan penyalahgunaan dana daripada 1MDB sebagai "kleptokrasi paling buruk".

Bercakap di Gfar, beliau mendedahkan hampir separuh daripada kutipan rasuah AS$ 3.5 bilion yang dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat setakat ini datang dari saman pelucuthakan sivil yang berkaitan 1MDB.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 1MDB Kleptokrasi Paling Teruk, Kata Peguam AS

sumber: mk

Tuesday, December 05, 2017

1MDB Kleptokrasi Paling Teruk, Kata Peguam AS

1MDB Kleptokrasi Paling Teruk, Kata Peguam AS

Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB, dedah Peguam Negara Jeff Sessions.

1MDB kleptokrasi paling teruk

"Hampir separuh daripada AS$ 3.5 bilion dalam kutipan rasuah yang telah kita tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan.

"Tindakan itu berkaitan dengan dana kekayaan negara Malaysia yang dikenali sebagai 1MDB," kata Sessions dalam ucapannya di Global Forum Global on Asset Recovery di Washington DC.

Beliau berkata pegawai yang dikatakan rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk "perbelanjaan mewah" seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta.

Pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat, katanya.

"Ini kleptokrasi paling teruk.

"Hari ini, Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim yang dikatakan ini," katanya.

Beliau bercakap mengenai usaha AS bekerjasama dengan badan penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia dan bagaimana ia telah memberi manfaat kepada mereka.

Amerika Syarikat telah mengembalikan lebih AS$ 255 juta hasil rasuah sejak tahun 2004 sebagai pampasan kepada mangsa, katanya.

"Perolehan itu hanya mungkin dilakukan kerana kerjasama dengan rakan penguatkuasa undang-undang asing kita," katanya.

Mengulas pengalaman selama 14 tahun sebagai pendakwa, beliau berkata bukti terbaik dalam kes rasuah adalah seperti rekod bank, rekod penerbangan pesawat dan rekod telefon.

Jika maklumat tersebut tidak dikongsi dengan betul antara negara, maka "keadilan tidak dapat dilakukan" dalam banyak kes.

"Itulah sebabnya kita semua mesti berbuat lebih banyak untuk mempercepat permintaan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

"Permintaan ini memastikan bahawa pendakwa mempunyai bukti bahawa mereka perlu membawa penjenayah ke muka pengadilan," katanya.

DOJ telah memfailkan tiga saman pelucuthakan sivil untuk merampas aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

Kali ketiga saman tersebut difailkan ialah pada Jun 2017 lalu.

BACA INI JUGA: Kleptokrasi Adalah Kerajaan Yang Mencuri Harta Negara Dan Wang Rakyat

sumber: mk

Saturday, June 24, 2017

Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan bilion ringgit wang negara.

NAJIB+1MDB

Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diseleweng serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.

Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.

RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.

Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya.

Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?

1) AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi

2) AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)

3) AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)

4) AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”

Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion

1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.

Jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.

Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:

5) RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)

6) RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)

7) US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)

8) AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)

9) AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)

10) AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)

Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion

11) Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).

Bagaimana hutang 1MDB ditutup?

Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.

Persoalannya, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?

“…kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara” – Petikan dari kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan bertarikh 15 November 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

sumber: roketkini

Wednesday, June 21, 2017

Rahman Dahlan Dedahkan Siapa Isteri MO1

Rahman Dahlan Dedahkan Siapa Isteri MO1

Jika sebelum ini pengarah strategik BN, Abdul Rahman Dahlan adalah menteri yang mengesahkan bahawa MALAYSIAN OFFICIAL 1 (MO1) yang disebut dalam saman pelucut hak 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siapa isteri MO1

Kali ini menteri di Jabatan Perdana Menteri itu jugalah yang mengesahkan bahawa Rosmah adalah isteri MO1 yang menerima "rantai berlian merah jambu 22-karat" daripada Jho Low, hasil penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen DOJ.

Rahman dengan jelas menyebut nama Datin Rosmah dan berliannya disindir dan digambarkan oleh dokumen DOJ sebagai membuat sesuatu yang salah.

Dalam kenyataan itu Rahman mempersoalkan mengapa DOJ tidak memasukkan berlian yang diterima oleh Datin Rosmah ke dalam dokumen sebagai salah satu harta yang hendak dirampas.

"You sindir dan you memberikan gambaran seolah-olah Datin Seri Rosmah dengan diamond nya membuat sesuatu yang salah, tetapi dalam final analysis dalam dokumen yang you serahkan, you tak masukkan pun juga cincin ataupun diamond itu sebagai salah satu harta yang hendak di confiscate (rampas)," katanya dalam satu sidang media.

Dalam erti kata lain tidak ada lagi keraguan bahawa isteri MO1 yang terima berlian dan pelbagai barangan kemas bernilai ratusan juta ringgit hasil penyelewengan dana 1MDB seperti ditulis dalam dokumen pihak berkuasa Amerika Syarikat, tidak lain dan tidak bukan adalah Datin Seri Rosmah binti Mansor isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kalau menteri ni tak dedahkan tentu kita tidak akan tahu sampai hari kiamat siapakah gerangan "Isteri MO1" yang disebut dalam dokumen DOJ itu (pura-pura merasa sangat terkejut).

BACA INI JUGA: 1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

sumber: milosuam

Tuesday, June 20, 2017

Senarai Terbaharu Sitaan Terperinci DOJ Yang Patut Kena Saman Kerana Fitnah 1MDB

Senarai Terbaharu Sitaan Terperinci DOJ Yang Patut Kena Saman Kerana Fitnah 1MDB

Saman sivil 'KARI' (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) atau Inisiatif Dapatkan Balik Aset Yang dicuri Kerajaan, oleh DOJ pada 15 Jun 2017 di Amerika Syarikat, bertujuan untuk mendapatkan semula AS$540 juta (RM2.43 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.

KARI 1MDB 2017

Antara harta yang dimohon untuk dirampas adalah permata merah jambu (pink diamond) 22 karat yang didakwa dibeli dengan duit songlap 1MDB dan gambar yang dihadiahkan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

Senarai lengkap harta curi Jho Low dan konco-konconya adalah seperti berikut:

1. Kapal mewah “The Equanimity” kegunaan Jho Low;

2. Sejumlah 2.5 saham (D Preferred Stock) syarikat Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian komputer.

3. Semua hak milik dan kepentingan di dalam Electrum Group, syarikat pengurusan pelaburan;

4. Hak ke atas filem "Dumb and Dumber" terbitan by Red Granite Pictures (milik bersama Riza Abdul Aziz, anak Rosmah dengar suami pertama);

5. Hak ke atas filem "Daddy's Home" terbitan Red Granite Pictures;

6. Poster litograf oleh pelukis Jerman Heinz Schulz-Neudamm untuk filem bisu (silent film) "Metropolis" tahun 1927;

7. Semua hak ke atas Fly Wheel Sports, rangkaian kelab kesihatan;

8. Sebutir permata 11.72 karat berbentuk jantung;

9. Sebiji loket permata 8.88 karat berwarna merah jambu dipagari oleh permata merah jambu terang 11 karat;

10. Satu set perhiasan mengandungi sebentuk cincin emas bertatah permata putih 18 karat, rantai, subang permata dan gelang bertatah permata;

11. Sepasang subang permata dan sebentuk cincin permata dengan 7.53 karat permata jenis 2A, 3.05 karat permata jenis 2A dan 3.08 karat permata jenis 2A;

12. Lukisan berjudul “Nature Morte au Crane de Taureau” (bahasa Perancis) oleh Pablo Picasso;

13. Sebuah kolaj berjudul “Redman One” oleh Jean-Michel Basquiat; dan

14. Gambar berjudul “Boy with the Toy Hand Grenade” oleh Diane Arbus.

Rakyat Malaysia sokong SAMAN DOJ

Dengan fitnah terbaharu DOJ ini yang begitu teliti dan terperinci menyenaraikan barang-barang yang dibeli dengan duit curi 1MDB, inilah peluang terbaik kerajaan Malaysia membuktikan tiada sebarang rompakan wang rakat berlaku.

Rakyat tentunya tidak kisah dengan kos besar yang terpaksa dibayar untuk membawa saman ini ke AS.

Apa yang penting adalah menyaman DOJ dan membutikan fitnah ini benar-benar berlaku.

BACA INI JUGA:

sumber: greenboc

DOJ Perinci Cubaan 1MDB Tutup Tembelang 'Unit Dana'

DOJ Perinci Cubaan 1MDB Tutup Tembelang 'Unit Dana'

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam memfailkan penyitaan aset ketiga dan terbarunya yang diumumkan, mendedahkan fasa terdahulu tidak mendedahkan bahawa lebih banyak dana 1MDB sebenarnya telah diseleweng.

DOJ imdb 2017

Dalam pemfailan setebal 251 muka surat itu, DOJ menerangkan dalam bahagian keempat yang disebut sebagai fasa "Pilihan Belian Semula" bagaimana wang AS$850 juta yang diperolehi melalui dua pinjaman berjumlah AS$1.225 bilion diseleweng.

1MDB, melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited membuat pinjaman AS$250 juta dan AS$975 juta dari Deutsche Bank.

Dana tersebut, seperti dalam fasa sebelumnya, sebahagiannya digunakan untuk kepentingan individu tertentu termasuk eksekutif 1MDB dan Aabar Investments PJS serta para pegawai Malaysia selain saudara-mara mereka.

Bagaimanapun, perbezaan ketara adalah sejumlah besar dana digunakan untuk menutup kelemahan anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited yang mendakwa memiliki 'unit dana' bernilai AS$2.318 bilion dalam Bridge Global Absolute Return Fund (Bridge Global Fund) yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited. Namun, ini disifatkan DOJ sebagai 'agak tidak bernilai'.

Ini dicapai dengan mengitar semula pinjaman Deutsche Bank menerusi rangkaian transaksi yang dibuat agar kelihatan seolah-olah Brazen Sky telah beransur-ansur menebus unit dana dengan wang tunai, tetapi sebenarnya, menggunakan dana yang sama.

Sebelum melihat cubaan skim yang begitu rumit dan kompleks ini untuk menutup unit dana itu, harus difahami bahawa pemfailan DOJ yang pertama telah menggariskan tiga fasa lain berhubung dakwaan bagaimanadana 1MDB itu disalurkan.

Salah satu daripadanya adalah fasa di mana Good Star dengan 1MDB melabur AS$1.83 bilion dalam usahasama palsu dengan PetroSaudi International dan AS$1.03 bilion daripada jumlah tersebut disalurkan kepada jutawan Pulau Pinang Jho Low dari Good Star Limited.

1MDB kemudian mengisytiharkan bahawa ia telah menjual pelaburan itu dan menerima AS$2.318 bilion dalam bentuk saham, termasuk keuntungan besar AS$488 juta daripada pelaburan asal.

Ia kemudiannya melaburkan dana tersebut dalam "unit dana" yang diuruskan oleh Bridge Partners Investment Management Limited.

Pada hakikatnya, "unit dana" itu tidak boleh bernilai AS$ 2.318 bilion memandangkan sekurang-kurangnya AS$1.03 bilion telah diselewengkan dan keuntungan tambahan AS$488 juta juga tidak wujud.

Justeru, unit dana tersebut bernilai tidak lebih daripada AS$ 800 juta, atau mungkin kurang ataupun langsung tidak bernilai.

Jika demikian, bagaimana pula Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dalam satu kenyataan pada 12 Okt 2015, mengumumkan bahawa 1MDB telah menebus AS$1.39 juta daripada AS$2.3 bilion "unit dana" yang dipegang oleh Brazen Sky Limited?

BACA INI JUGA: 5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

sumber: malaysiakini

Monday, June 19, 2017

‘Artis Hollywood Lebih Jujur Daripada Menteri Malaysia'

‘Artis Hollywood Lebih Jujur Daripada Menteri Malaysia'

Usaha beberapa menteri kabinet cuba mempertikaikan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung saman sivil membabitkan 1MDB menunjukkan bahawa pelakon Hollywood lebih memandang serius perkara itu.

Leonardo DiCaprio

Ini dapat dilihat apabila bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio sanggup menyerahkan hadiah jutaan dolar yang diterima daripada individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, setelah mereka disenaraikan dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ.

DOJ Khamis (15/6/2017) lalu memfailkan saman ketiga dalam kes itu dan kali ini menyenaraikan lebih banyak aset yang didakwa dibeli oleh tokoh perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, sekutunya yang juga adalah anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

Ia termasuk patung Oscar Marlon Brando, lukisan Diane Arbus bertajuk "Boy With Toy Hand Grenade" dan lukisan oleh Pablo Picasso dan Jean-Michel Basquiat, yang semuanya dihadiahkan kepada DiCaprio.

DiCaprio, yang membintangi filem "The Wolf of Wall Street" yang diterbitkan oleh Riza melalui Red Granite Pictures yang didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB, menyerahkan patung Oscar dan lukisan berkenaan susulan saman DOJ itu.

Tindakan DiCaprio sememangnya perkara yang boleh dipuji kerana beliau jelas tidak mahu terlibat langsung dalam penggubahan wang haram dan 1MDB.

DiCaprio juga menyatakan akan memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan kembalikan semula sebarang hadiah atau sumbangan jika ianya berpunca daripada sumber yang dipersoalkan.

Sebaliknya di Malaysia, seperti tiada sesiapa yang terlibat dan tidak tahu apa yang berlaku, sedangkan 1MDB itu adalah syarikat Malaysia, duit dari Malaysia dan yang disiasat itu individu dari Malaysia sendiri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan mencabar DOJ melakukan pendakwaan jika benar agensi penguat kuasa AS itu memiliki bukti berkaitan dana 1MDB.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula mendakwa tindakan itu sebagai campur tangan asing ke atas kedaulatan negara.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pula membidas DOJ dan menganggap tindakan itu sebagai satu "sindiran" terhadap perdana menteri. Sedangkan katanya, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesilapan jenayah apabila beliau langsung tidak dinamakan dalam tuntutan mahkamah berkenaan.

Saman itu hanya merujuk kepada "Malaysian Official 1" yang menurut Abdul Rahman pada tahun lalu adalah Najib.

MO1 didakwa menerima dana daripada sekutu Low, yang berasal dari 1MDB, dan dikembalikan sebahagian daripadanya.

Low juda didakwa membeli loket berlian dan rantai bernilai AS$ 27 juta dengan dana yang dicuri itu yang diberikan kepada isteri MO1.

Jumlah yang diterima dan dikembalikan oleh MO1 sepadan dengan dana yang diterima oleh Najib yang didakwa sebagai sebahagian daripada sumbangan politik daripada seorang putera Arab Saudi.

Ketika membersihkan Najib tahun lalu, Apandi berkata AS$602 juta telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi itu.

Jika di Singapura, pegawai bank telah diambil tindakan, ditangkap dan bank ditutup tetapi amat pelik, di Malaysia, peguam negara kata tiada kes.

Bagaimana ini boleh berlaku, orang luar nampaknya lebih bertanggungjawab dengan skandal 1MDB ini?

Dapat dilihat 'orang luar' dengan rela hati membersihkan nama mereka dengan jujur tetapi orang Malaysia (para menteri) pula bermati-matian mempertahankan MO1 kerana jawatan yang diraih.

Kini jelas Malaysia semakin popular di mata dunia namun ia sesuatu yang memalukan kerana dikenali disebabkan perkara negatif dan memburukkan nama negara.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

1MDB Melawan Hujah DOJ Dengan Fakta Kosong!

Berdasarkan tiga tindakan yang sudah diambil oleh Jabatan Kehakiman AS setakat ini dalam proses untuk merampas beberapa aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang dilencongkan, perkara paling nyata ialah PM Malaysia sudah kehilangan nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

DOJ 2017

Dalam saman sivil pertama Julai 2016 lalu, antara yang disebut oleh DOJ ialah wang berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah berpunca daripada dana 1MDB.

Dapatan DOJ berdasarkan pengaliran wang yang dikesan dengan bantuan FBI tidak membuktikan sama-sekali wang tersebut adalah sumbangan derma daripada keranat Diraja Arab Saudi sebagaimana yang disebut berulangkali oleh Najib.

Sementara salah seorang menteri kabinet, mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri, fakta yang disebut oleh DOJ itu tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti yang kukuh sehingga kini.

Yang ada hanyalah penafian kosong semata-mata. Lagi-lagi hujah yang digunakan ialah SPRM, Peguam Negara dan PAC tidak mengesahkan adanya kehilangan wang 1MDB dalam siasatan mereka.

Tetapi, kenapa Pesuruhjaya SPRM tidak disambung khidmatnya, Peguam Negara ditukar secara mengejut dan laporan audit 1MDB masih diOSAkan?

Malah, kenapa beberapa anggota kabinet yang bertanya mengenai 1MDB dipecat daripada jawatan mereka?

Mengapa juga bukti-bukti sahih mengenai pemberian derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi tidak ditampilkan sehingga sekarang?

Mana Zahid Hamidi yang dulunya pernah mengaku berjumpa dengan wakil keluarga Raja Arab tersebut?

Adakah Najib bercakap benar mengenai wang tersebut yang diterimanya melalui akaun bank peribadi?

Najib juga mengaku sebahagian daripada kononnya wang derma itu sudah dipulangkan semula kepada pemberinya kerana tidak habis digunakan. Dilaporkan wang yang dipulangkan semula itu berjumlah AS$620 juta.

Kepada siapa wang tersebut dipulangkan?

Hasil siasatan DOJ mendapati wang tersebut dipulangkan kepada akaun Tanore Finance dan berdasarkan perbicaraan di Singapura yang menyebabkan dua bank ditutup dan beberapa orang telah didakwa serta didapati bersalah atas penggubahan wang haram, Tanore Finance adalah disahkan milik Tan Kim Loong @ Jho Low.

Jadi, kepada siapa Najib pulangkan wang tersebut, kepada penderma yang merupakan kerabat Diraja Arab Saudi atau kepada Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?

Kalau derma diterima daripada kerabat Diraja Arab Saudi, kenapa ia dipulangkan kepada Tanore Finance?

Adakah Najib berkata benar mengenai pemulangan wang tersebut?

Dalam tindakan terbaru DOJ beberapa hari lalu, siasatan mereka juga mendapati sebahagian daripada wang yang dipulangkan itu telah dibelanjakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22k warna merah jambu bernilai AS$27.3 juta atau hampir RM120 juta bagi kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Bagaimana wang yang Najib dakwa sudah dipulangkan masih boleh dibelanjakan untuk membeli barang kemas?

Siapa yang menggunakan wang tersebut untuk berbelanja? Kerabat Diraja Arab Saudi atau Eric Tan Kim Loong @ Jho Low?

Bolehkah Malaysian Official 1 tampil menunjukkan fakta sebenar bagaimana isteri Malaysian Official 1 memperolehi set barang kemas bernilai ratusan juta ringgit daripada dana yang sudah dipulangkan?

Dalam beberapa jawapan Najib mengenai wang 1MDB yang dikaitkan dengannya, antara jawapan beliau ialah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat" dan "kalau saya nak menyamun duit rakyat, takkan saya guna akaun bank peribadi."

Berdasarkan siasatan serta dapatan DOJ dan ia tidak pernah disanggah dengan bukti-bukti setakat ini, bolehkah suara hati kita, tambahan di bulan Ramadan yang mulia ini mengatakan Najib telah berkata benar?

Bukan soal fitnah, campurtangan asing atau sebagainya harus dikaitkan, tetapi berdiam diri dan "buat sardin" bukanlah jawapan yang memadai dalam dunia moden, era ketelusan dan langit terbuka seperti sekarang, lebih-lebih lagi tidak mungkin laporan setebal 251 halaman dapat direka dengan begitu mudah sebagaimana saman sivil terbaru DOJ yang difailkan dua hari lalu jika semata-mata berasaskan fitnah.

Kecuali jika Najib dapat segera menolak semua yang dinyatakan DOJ itu berserta dengan bukti-buktinya sekali, termasuk penyata bank dan sebagainya, beliau sebenarnya sudah kehilangan semua nilai moral untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana dosa paling besar bagi pemimpin ialah "menyalahgunakan, apalagi mencuri wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan keluarga" serta "tidak berkata benar atau berbohong untuk mempertahankan diri."

Di celah dunia mana pun, pemimpin sebegitu akan menerima balasan akhirnya.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

sumber: shahbudindotcom

Saturday, June 17, 2017

DOJ Buru Isteri MO1 Didakwa Terlibat Skandal 1MDB

DOJ Buru Isteri MO1 Didakwa Terlibat Skandal 1MDB

Dokumen terbaharu dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menjadi tumpuan apabila ia mendedahkan tentang pembelian loket dan rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri Malaysian Official 1 (MO1).

ISTERI MO1

Apa yang menarik dalam tindakan kali ketiga dan terbaru oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita beberapa lagi aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diseleweng ialah ia turut menyebut mengenai pembelian dan hadiah barang kemas mewah untuk isteri Malaysian Official 1.

Daripada wang derma AS$620 juta yang kononnya dikembalikan oleh Malaysian Official 1 kepada pemberinya, DOJ mendapati sebahagian wang tersebut turut digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu berharga AS$27.3 juta atau kira-kira RM120 juta.

Ia didakwa dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Selain itu, Jho Low didakwa menghadiahkan 27 barang kemas lain lagi bernilai RM5.5 juta atau AS$1.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 dalam beberapa masa yang berbeza.

Senarai barang kemas tersebut ialah:-
  • 1 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian berharga AS$52 ribu.
  • 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
  • 1 gelang tangan "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
  • 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$99 ribu.
  • 3 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$91,200.
  • 2 gelang tangan emas 18k bertatah berlian berharga AS$60,800.
  • 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$76,125.
  • 2 gelang tangan emas hitam 18k bertatah berlian hitam berharga AS$35,500.
  • 2 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$92 ribu.
  • 4 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih dan jed hitam berharga AS$68 ribu.
  • 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$65 ribu.
  • 1 utas rantai "rose gold" berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati berharga AS$150 ribu.
  • 1 utas rantai "rose gold" 18k bertatah berlian putih berharga AS$70,714.
  • 1 utas rantai emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$55,489.
  • 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$40,172.
  • 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih dan hitam berharga AS$240 ribu.

Bermakna, jumlah keseluruhan barang yang dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1 yang DOJ percaya bersumberkan dana 1MDB yang diselewengkan ialah berjumlah AS$28.6 juta (AS$27.3 juta + AS$1.3 juta) atau dalam mata wang Malaysia kira-kira RM125.5 juta.

Keseluruhan dana 1MDB yang dipercayai diseleweng adalah berjumlah AS$4.5 bilion atau RM20,000 juta, manakala harta dan pelbagai aset lain yang dalam senarai DOJ untuk dikejar atau disita ialah sebanyak AS$1.7 bilion atau RM7,000 juta.

Dengan menyenaraikan barang-barang kemas mewah yang dipercayai dibeli dengan menggunakan dana 1MDB itu, apakah DOJ akhirnya akan menyita dan merampasnya juga daripada isteri Malaysian Official 1 sebagaimana sebelum ini mereka berusaha menyita dan mendapatkan balik pelbagai aset, hotel, kondo mewah, karya seni dan sebagainya daripada Jho Low dan Riza Aziz?

Anda boleh baca sendiri dokumen setebal 251 muka surat itu sila klik link ini — Department of Justice, 15 Jun 2017

Bagaimana DOJ mahu menyitanya daripada isteri Malaysian Official 1?

Adakah untuk tujuan tersebut, DOJ perlu datang ke Malaysia dan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan semua barangan kemas yang disenaraikan itu?

Siapa isteri Malaysian Official 1 itu?

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudindotcom

5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

Selain perincian berkaitan aset-aset dipertikai, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam langkah terbarunya turut mendedahkan watak-watak baru di sebalik dakwaan skandal 1MDB itu.

Penjenayah baru 1MDB

Antara yang disebut termasuk “1MDB Officer 4” dan“1MDB-SRC Officer”.

Walaupun nama mereka tidak dinyatakan, saman terbaharu DOJ memberikan perincian yang dapat memberi gambaran berhubung identiti pihak itu.

1. 1MDB Officer 4

Menurut DOJ, 1MDB Officer 4 adalah rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pengarah eksekutif kewangan 1MDB, paling minimum, antara tahun 2012 hingga 2015.

Menurut jabatan itu, 1MDB Officer 4 terlibat dalam rundingan dengan Goldman Sachs pada 2012 dan menjadi orang perhubungan utama untuk pinjaman 1MDB daripada Deutsche Bank pada 2014.

Berdasarkan garis masa yang diberikan, kemungkinan besar individu itu adalah Terence Geh, yang menurut Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara masih menjadi pengarah eksekutif kewangan 1MDB pada Oktober 2015.

Sebelum ini, nama Geh muncul dalam dokumen mahkamah Singapura yang menjelaskan bagaimana dana SRC International dipindahkan kepada rakan Jho Low, Eric Tan.

Dana-dana itu disalurkan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 – dana yang dilanggan oleh SRC International yang didakwa diselia oleh Geh.

Bagaimanapun, saman terbaru DOJ memberi gambaran bahawa Geh mempunyai peranan lebih besar dalam skandal melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Menurut DOJ lagi, 1MDB Officer 4 terlibat mengelirukan KPMG, juruaudit syarikat itu pada 2012, berkaitan hal ehwal aset yang dipegang oleh Brazen Sky.

1MDB Officer 4 juga membantu menubuhkan Aabar-BVI, untuk urusan pemindahan bon-bon yang melibatkan 1MDB.

Rundingan lain didakwa melibatkan kelulusan pinjaman Deutsche Bank yang kemudian turut didakwa dilencongkan.

2. 1MDB-SRC Officer

1MDB-SRC Officer juga seorang warganegara Malaysia. Tempoh minimum dia menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah SRC International dari hujung 2011 hingga 2013.

“Pada 2011, sebelum berkhidmat di kedudukan itu di SRC International, 1MDB-SRC officer pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB,” kata DOJ.

Berdasarkan penjelasan itu, kemungkinan ia merujuk kepada Nik Faisal Ariff Kamil, yang menjadi pengarah di SRC International dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Menurut DOJ, 1MDB-SRC Officer terlibat dalam perpindahan AS$681 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB ke akaun Malaysian Official 1 (MO1).

Dia juga didakwa terlibat dalam pemindahan dana untuk usaha sama palsu antara 1MDB dan PetroSaudi International kepada Good Star Limited, syarikat yang dikawal oleh Low.

1MDB-SRC Officer juga dikatakan pernah berjudi bersama Low di kasino Las Vegas pada 2012.

Pihak lain yang turut bersama adalah bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.

3. Jasmine Loo Ai Swan

DOJ juga menyebut nama seorang individu yang namanya dirahsiakan sebelum ini.

Dirujuk sebagai 1MDB Officer 3 sebelum ini, DOJ kini menamakannya sebagai Jasmine Loo Ai Swan. Loo adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan perniagaan itu.

DOJ dan mahkamah Singapura menyebut beliau diberikan kuasa menandatangani untuk akaun Tanore Corporation yang digunakan untuk memindahkan wang AS$681 juta kepada MO1.

4. Isteri MO1 dan lain-lain

Pihak lain dinamakan dalam latar belakang saman atau “individu relevan” adalah sama seperti saman sebelum ini.

Mereka adalah Low, 1MDB Officer 1, 1MDB Officer 2, MO1, Riza, Tan, Khadem Abdulla Al-Qubaisi, dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Bagaimanapun, watak baru muncul dalam saman itu, iaitu isteri MO1, yang mencuri perhatian banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 yang disebut dalam saman pertama DOJ merujuk kepada Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan Najib bukan sebahagian daripada subjek siasatan.

Dalam pemfailan terbaharu, DOJ mendakwa sebahagian daripada AS$620 juta yang dikatakan dipulangkan oleh MO1 kepada “penderma” digunakan untuk membeli rantai dan loket permata merah jambu 22 karat kepada isteri MO1 yang bernilai AS$27.3 juta.

DOJ juga menuduh hartawan Jho Low membeli 27 bentuk rantai emas 18 karat dan gelang kepada isteri MO1 yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta.

Najib sudah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. Beliau juga mendakwa dakwaan-dakwaan itu bertujuan menggulingkannya daripada tampuk kuasa.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku.

5. Malaysian Friend

Selain isteri MO1, watak yang dirujuk sebagai "Malaysian Friend" juga mencuri perhatian awam.

Walaupun identiti itu masih tidak jelas, wanita itu dikatakan menerima rantai dan loket permata merah jambu dan dikatakan menyerahkannya kepada isteri MO1.

BACA INI JUGA: 1MDB, Akta RICO Dan Rahsia Kod SWIFT, Kerisauan Tun Mahathir Kini Terbukti Benar!

sumber: malaysiakini

Tuesday, June 06, 2017

Integriti Singapura Menentang Perilaku Curang 1MDB

Integriti Singapura Menentang Perilaku Curang 1MDB

Soal mengapa perihal 1MDB menjadi begitu berpanjangan, melibatkan bank-bank di negara-negara terkemuka, adalah soal seribu satu yang menerawang bak penerawangan kisah seribu satu malam.

Monetary Authority of Singapore 1MDB

Malaysia kini di bibir MAS, singkatan Monetary Authority of Singapore, bank negara Singapura, yang menurut sebuah akhbar Malaysia berbahasa Inggeris yang berkongsi pelana dengan akhbar New York Times, di Singapura terdapat beberapa buah bank besar Switzerland, England dan Singapura dikenakan hukuman akibat perilaku curang kewangan bersabit dengan 1MDB.

Apa yang berlaku laksana ungkapan bijaksana Melayu: Satu, takkan pokok bergoyang kalau tiada angin. Dua, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.

Singapura dan Switzerland adalah dua buah negara di kalangan negara yang terbaik di dunia dalam amanah kewangan. Sebarang kesalahan perilaku dalam lapangan kewangan dikorek ke lubang cacing dan pesalah dihukum menurut peruntukan undang-undang dengan tidak memilih bulu.

Itu sebabnya bank Credit Suisse, salah sebuah bank Switzerland yang terbesar, dan bank besar Singapura UOB dikenakan hukuman denda oleh MAS atas perlakuan curang kewangan dengan 1MDB.

Bukan itu saja, MAS juga mendenda sejumlah RM90 juta akibat 1MDB ke atas bank-bank dan badan-badan kewangan ternama: BSI Bank, Falcon Private Bank, DBS Group Holdings Ltd, UBS Group AG, Standard Chartered plc, Coutts & Co, Credit Suisse and UOB. Bank UBS dan BSI itu adalah bank Switzerland, selain Credit Suisse.

Denda itu terbingkas daripada sikap yang longgar dan salah mengawal penyangakan wang oleh pengurus-pengurus kanan. Lebih dahsyat lagi, BSI Switzerland telah diarahkan tutup oleh MAS pada tahun 2016 yang lalu.

Selain daripada itu, MAS juga tidak silu-silu mengeluarkan amaran keras terakhir, dipanggil Prohibition Orders, terhadap beberapa orang wakil dan pegawai bank, termasuk yang berkaitan dengan Maybank, agar tidak mengulangi lagi kesalahan mereka sepanjang hayat.

Berdasarkan maklumat itu, nyata sekali 1MDB yang ditubuhkan pada tahun 2009, walaupun pada zahirnya bermaksud baik, telah terbukti terkeleceh.

Tidak kurang daripada Peguam Negara dan Jabatan Keadilan AS yang mengumumkan pada tahun lepas, tentang kesilapan penyangakan wang IMDB di AS hingga menjejaskan sistem kewangannya.

Anak tiri Datuk Seri Najib dan kawannya Jho Low disabitkan; dan Najib sendiri terpaksa menafikan bahawa beliau Pegawai Malaysia MO1 yang disebutkan Peguam Negara itu.

Dalam hidup bernegara, kita sedar adanya konsep negara bangsa, negara undang-undang dan negara anarki. Jarang negara yang tiada bangsa, tetapi negara anarki, yang bererti terencat dan kelam kabut, mungkin hanya terdapat di bumi Arab, Afrika dan laluan Sutera.

Untuk menjadi teratur, aman, terkawal dan diyakini dunia, ia mesti negara undang-undang. Ia bererti undang-undang terlaksana sebaik-baiknya, tanpa halangan dan tiada siapa yang mengatasi undang-undang.

Untuk memastikannya, tentera dan polis ditubuhkan untuk menahan segala ancaman dan menjaga segala gugatan keselamatan negara. Mahkamah pula diungguli untuk memastikan negara benar-benar berteraskan undang-undang.

Segala perbuatan yang boleh menjejaskan kebajikan negara, terutama dalam pengagihan rezeki secara adil dan saksama, memerlukan kawalan beramanah daripada badan-badan seperti Bank Negara dan SPRM. Wang yang dikutip dan dibelanjakan oleh negara perlu dikesani oleh juruaudit negara.

Tentunya pula peguam negara, pendakwa bagi pihak rakyat, diwajarkan dengan tugas mendakwa sesiapa yang dianggap bersalah, tidak kira siapa.

Jika tidak begitu halnya, maka alternatifnya ialah negara anarki yang dijauhkan ALLAH. Sebagai negara undang-undang, Malaysia memilih sistem demokrasi yang berteraskan pilihan raya untuk menubuhkan kerajaan.

Demokrasi juga menuntut rakyat mendapat persamaan hak, termasuk pendidikan dan maklumat sebebas dan seluas mungkin.

Dari pendidikan dan maklumat begitu, rakyat boleh berada dalam kedudukan membuat keputusan yang wajar untuk memilih kerajaan dalam pilihan raya.

Dalam semua agama, maklumat yang baik datangnya dari perbuatan baik; maklumat buruk datang dari perbuatan buruk.

Penafiannya mungkin berkesan dalam satu jangka yang singkat, tetapi lambat laun rakyat akan tahu kedudukan sebenar.

Akibat yang berlaku tidak perlu diulangi; sudah terang lagi bersuluh.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

sumber: sinarharian

Tuesday, February 07, 2017

Jet Jho Low Berharga RM133 Juta Dirampas Singapura Berkaitan 1MDB!

Jet Jho Low Berharga RM133 Juta Dirampas Singapura Berkaitan 1MDB!

Sebuah jet peribadi yang berharga USD30 juta (RM133 juta) milik Jho Low yang disyaki pihak berkuasa Singapura dibeli menggunakan duit hasil curian daripada 1MDB, dilaporkan tersadai di salah sebuah lapangan terbang Singapura.

Jet+Jho+Low

Jet jenis Bombardier Global 5000 milik Jho Low itu dikatakan sudah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura sejak dua minggu lalu, di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Jet tersebut dilapor merupakan sebahagian daripada aset-aset haram yang dibeli menggunakan wang curi daripada 1MDB bernilai lebih USD1 bilion dan sedang dalam proses rampasan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ (Department of Justice).

DOJ pada Julai tahun 2016 lalu telah mengeluarkan satu arahan untuk merampas jet berkenaan di dalam satu fail mahkamah yang menyenaraikan aset-aset bernilai lebih USD1 bilion yang didakwa telah dibeli oleh Jho Low dan rakan-rakan subahatnya menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB.

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat itu antara lain turut menyebut butiran jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dengan nombor siri 9265 dan nombor pendaftaran N689WM, yang memiliki dua enjin Rolls Royce bernombor siri 12487 dan 12488 lapor theedgemarket.

BACA INI JUGA: Kenapa Tun Mahathir Bawa Kes 1MDB Ke Peringkat Antarabangsa?

Sumber: milosuam

Friday, January 27, 2017

Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Tak sampai seminggu Tun dikaitkan dengan BMf, beliau telah menjawab dengan jelas menjadikan mereka yang terkinja-kinja membuat tuduhan tanpa sebarang fakta berada dalam kesipuan.

Skandal BMF

Kenapa Tun Mahathir mampu menjawab dengan cepat dan tepat? Yang pasti, jika ianya suatu yang tidak benar dan fitnah, sudah tentu fakta dan situasi menyebelahi Tun.

Tiap kali Tun difitnah dan dapat dijawab oleh Tun dengan cepat, fakta jelas dan tidak meragukan maka populariti Tun meningkat dan rakyat semakin percaya.

Sebaliknya jika tuduhan itu benar, sampai sekarang beberapa individu terus senyap, menghilangkan diri dan ada tukang karut yang tolong jawab. Umum sudah tahu bangkai gajah, pembohongan tidak bertahan lama menutupnya.

Satu demi satu Tukang Karut telah menarik diri dari mempertahankannya.

Faktor utama;
  • Tun tidak menubuhkan BMf.
  • Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
  • Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
  • Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
  • Kes telah dibawa ke mahkamah.

BMf dengan 1MDB, bezanya macam langit dengan bumi!

Tun Mahathir menyatakan perbezaan antara skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku pada eranya dengan isu 1MDB yang membayangi Datuk Seri Najib Razak.

1. Dalam kemaskini terbaru di blognya, Dr Mahathir berkata, kes BMF tidak membabitkan tuduhan salah laku secara langsung dengan kerajaan Malaysia.

2. Sebaliknya, isu 1MDB berkaitan secara langsung dengan salah laku dengan keadaan sekarang.

3. Isu BMF tidak berkait secara langsung dengan saya sebagai perdana menteri ketika itu. Sebaliknya, isu 1MDB mempunyai kaitan terus dengan Najib (Abdul) Razak, perdana menteri ketika ini. Malah hakikatnya dia berada di tengah-tengah skandal berkenaan, katanya.

4. Skandal BMF diperkatakan ramai pada awal 1980-an apabila berlaku urus niaga yang mencurigakan serta menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion.

5. Ia membabitkan pinjaman bernilai RM2.5 bilion kepada beberapa syarikat yang mempunyai rekod meragukan, termasuk yang berpangkalan di Hong Kong.

6. Ia menjadi lebih panas apabila seorang pegawai bank yang ditugaskan untuk menyiasat kes berkenaan di Hong Kong, Jalil Ibrahim, dibunuh.

7. Skandal itu juga menyaksikan Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) yang memiliki BMF terpaksa diselamatkan oleh kerajaan yang menyuntik modal kepadanya.

8. BBMB adalah syarikat perbankan yang mempunyai saham kerajaan di dalamnya. Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri kira-kira dua tahun sebelum itu.

9. Najib pula sentiasa menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB untuk kepentingan peribadi seperti dituduh banyak pihak - termasuk Dr Mahathir.

10. Sebaliknya Najib berkata, tuduhan berkenaan sengaja dibuat sebagai pakatan musuh untuk menggulingkannya.

11. Peguam Negara juga sudah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku membabitkan isu 1MDB.

12. Mengulas mengenai dokumen CIA baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, ia disediakan oleh agensi perisikan AS dan bukan laporan khusus negara itu mengenai isu BMF.

13. Sebaliknya, kata Dr Mahathir, siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS secara khusus mengaitkan dapatan mereka dalam isu 1MDB dengan Malaysian Official 1 (MO1).

14. Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib namun menegaskan perdana menteri tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah dikemukakan oleh DOJ itu. Justeru, kata pengarah komunikasi startegik BN itu, Najib tidak disiasat.

15. Tun Mahathir juga mengingatkan, berhubung isu BMF, kerajaan menubuhkan jawatankuasa siasatan khas dan hasil perolehan mereka didedahkan kepada umum.

16. Mengenai isu 1MDB, kerajaan Najib belum menubuhkan sebarang jawatankuasa siasatan bebas. Malah, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB sedia ada tidak didedahkan, dan diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi, tambahnya.

17. Berkaitan kesan daripada skandal BMF, kata Tun Mahathir, ada tindakan diambil ke atas beberapa individu terlibat, sama ada di Hong Kong atau Malaysia.

18. Keadaan bagaimanapun tidak sama, katanya. Bagi kes 1MDB, menurut Tun Mahathir, pihak yang berkaitan - seperti polis - belum membuat sebarang kesimpulan walaupun pihak berkuasa di AS, Switzerland dan Singapura sudah bertindak, termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

19. Tetapi kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditolak peguam negara yang baru dan melantik dirinya menggantikan peguam negara terdahulu yang diketepikan, kononnya atas sebab kesihatan tetapi tanpa laporan Lembaga Perubatan, katanya lagi.

20. Tun Mahathir juga menegaskan, kesan isu BMF itu secara umumnya diterima baik masyarakat, termasuk di kalangan pembangkang serta kumpulan politik lain.

21. Untuk menguatkan hujahnya bekas Perdana Menteri itu memetik laporan The New York Times pada 8 Januari 1985, bertajuk “Malaysia discloses details of bank scandal” (Malaysia mendedahkan butiran skandal bank).

22. Mengenai isu 1MDB, Peguam Negara sebenarnya menghentikan siasatan lanjut, sedangkan dia tidak diberi kuasa untuk berbuat begitu. Parti-parti pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan skandal melibatkan 1MDB, katanya.

BACA INI JUGA: Skandal BMF Dan Misteri Pembunuhan Jalil Ibrahim

Sumber: malaysiakini

Wednesday, July 27, 2016

Benarkah Siasatan DOJ Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kerajaan Malaysia?

Benarkah Siasatan DOJ Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kerajaan Malaysia?

Isu kontroversi 1MDB telah melihat seorang bekas menteri kabinet, seorang menteri besar dan seorang ketua parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang sangat sangat mengelirukan dan tidak tepat.

1MDB STOLEN MONEY

Mereka menyatakan penyiasatan kes 1MDB oleh kerajaan asing adalah campur tangan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Marilah kita merenung secara rasional situasi sebenarnya.

Kepada bekas menteri kabinet itu, saya ingin tekankan di sini apabila kes NFC yang melibatkan pemimpin tinggi dan pinjaman beratus juta yang tidak digunakan untuk penternakan lembu, kerajaan Amerika tidak menyentuh langsung isu tersebut kerana tiada kaitan dengan mereka.

Kerajaan Singapura terpaksa memberi kerjasama siasatan kerana sebahagian dari wang tersebut telah dilaburkan di Singapura.

Kes ini dalam proses perbicaraan. Tidak timbul kerajaan Singapura nak jatuhkan mana-mana pemimpin.

Dalam kes 1MDB, ia melibatkan berbillion billion ringgit wang rakyat yang di bawa keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, kepulauan Caymans dan juga Hong Kong dengan cara haram yang melibatkan penggubalan wang secara haram (money laundering).

Pada tahun 2015, Malaysia sendiri telah membawa pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram di Parlimen untuk memperketatkan undang-undang tersebut. Kita sendiri mengakui penggubalan wang haram adalah salah.

Negara-negara lain juga mempunyai undang undang mereka tentang aktiviti penggubalan wang haram.

Apabila 1MDB telah membawa wang dan melabur secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland mereka terpaksa menyiasat kes kes tersebut kerana menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan mereka sendiri.

Kalau 1MDB hanya mengedar atau melabur secara haram di dalam Malaysia sahaja, tiada sebab atau kuasa mereka hendak menyiasat kes dalam Malaysia.

Tetapi isu dan masalahnya, 1MDB menjalankan aktiviti secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland, dan kerajaan mereka wajib menyiasat kesalahan di bumi mereka.

Tiada apa apa konspirasi di sini yang mereka melanggar kedaulatan undang undang kita. 1MDB yang melanggar undang undang di negara mereka. Ini kita perlu faham dan jangan kelirukan rakyat.

Singapura terpaksa menutup Bank BSI mereka sendiri, menangkap pengurus-pengurus mereka dan merampas harta 1MDB kerana kesalahan isu berkaitan 1MDB di Singapura.

Bekalan air

Tiada sebab Singapura hendak berkonspirasi terhadap Malaysia apabila mereka bergantung begitu besar terhdap bekalan air kita, pekerja kita dan sedang berunding membina keretapi laju yang akan banyak menguntungkan Singapura.

Ini isu melanggar undang-undang Singapura.

Sebuah syarikat dari Abu Dhabi pula telah menuntut hutang 1MDB melalui Mahkamah Timbangtara Antarabangsa kerana 1MDB gagal membayar hutang mereka.

Adakah kita hendak tuduh Abu Dhabi, sebuah negara Islam, juga terlibat dalam konspirasi terhadap Malaysia.

Isunya ialah hutang 1MDB yang di ketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, bukan negara Malaysia yang hendak dihukum.

Switzerland terkenal sebagai negara berkecuali yang tidak pernah terlibat bermain politk antarabangsa dalam sejarahnya, menyiasat 1MDB kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai pusat perbankan dunia terbaik kerana aktiviti mencurigakan 1MDB di Swizerland.

Kembali kepada Amerika pula. Barack Obama adalah rakan golf akrab Najib yang telah dua kali melawat Malaysia dalam setahun.

Di Parlimen kita telah diberitahu olih seorang bekas menteri pertahanan Malaysia yang Amerika sedang berunding dengan Malaysia untuk membina perlabuhan tentera di Sabah bagi menghadapi ancaman negara China.

Dengan kes mahkamah antarabangsa oleh Filipina baru-baru ini terhadap China tentang kedaulatan Lautan Cina Selatan, yang menimbulkan ketegangan serantau ASEAN, mengapa Amerika hendak berbalah politik dengan Malaysia?

Topik panas

Ini semua tidak masuk akal melainkan ianya semata-mata isu perundangan kewangan antarabangsa berkaitan penggubahan wang haram yang amat serius.

Marilah kita menggunakan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan dan bukan emosi sebelum membuat anggapan tidak munasabah yang mengelirukan rakyat dan mengalih pandangan dari isu sebenarnya.

Negara kita menghadapi masalah kepercayaan dan kredibiliti yang amat serius sekarang.

Saya baru pulang dari luar negara dan isu 1MDB dan Najib adalah topik panas utama di luar sana. Rakyat Malaysia di luar negara dihujani pelbagai soalan dan cemuhan kerana isu 1MDB.

Yang amat melucukan adalah kenyataan dari bekas menteri wanita tadi bahawa campur tangan kuasa asing akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Iraq - yang dijajah!

Soalan kami berapa titik sahajalah rezab minyak Malaysia kalau dibanding dengan sumber Iraq, Arab Saudi atau Amerika sendiri?

Lagi pun bukankah perdana menteri Malaysia di antara kalangan kroni-kroni Amerika?

Pada tahun ini saya sendiri telah menyoal di Parlimen mengapa Malaysia menyertai latihan tentera - “ Northern Thunder” di Arab Saudi yang disertai oleh semua kroni Amerika dari negara Arab dan Afrika sahaja?

Kerana ingin mengambil hati Amerika, Malaysia sanggup "menyelit" dan merupakan negara tunggal yang bukan dari Arab dan Afrika dalam latihan tersebut.

Najib sendiri telah melawat tentera Malaysia semasa latihan tersebut. Patutlah Obama sayang pada Najib dan melawat Malaysia dua kali dalam setahun.

Presiden Amerika terakhir melawat Malaysia sebelum itu adalah Presiden Johnson pada tahun 1960an - iaitu hampir 50 tahun dahulu!

Apabila kita mendengar seorang bekas menteri kanan kerajaan, seorang ketua parti pembangkang, dan terakhir, seorang menteri besar Umno menyatakan isu 1MDB ini adalah usaha kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia, cuba kita fikirkan dari mana datangnya logik analisis mereka!

Emosi

Saya mohon mereka cuba asaskan teori mereka dari fakta-fakta yang nyata serta kukuh dan bukan dari emosi!

Kami boleh memahami kenapa bekas menteri kanan dan menteri besar membuat kenyataan demikian kerana ia berasakan emosi dan sentimen kepartian. Tetapi susah kita hendak memahami kenapa seorang ketua parti pembangkang membuat kenyataan yang sama!

Cuba kita renungkan, mengapa tiada bantahan dan tuduhan mencabul kedaulatan atau campur tangan kuasa asing – Amerika dibuat oleh mereka ini semasa perkara-perkara tersebut di bawah berlaku:-
  • Latihan beribu-ribu tentera Amerika di Terengganu beberapa tahun lalu.
  • Penggunaan pelabuhan Pelabuhan Kelang oleh Kapal Perang Amerika.
  • Cadangan pembinaan pelabuhan tentera Amerika di Sabah seperti pendedahan bekas Timbalan Menteri Pertahanan.
  • Perjanjian TPPA yang akan menggunakan undang-undang negara asing - Amerika di Malaysia.

Adakah bantahan mereka ini untuk membela kedaulatan Malaysia atau untuk menyambung hayat pemerintahan Najib supaya terus berkuasa dan meneruskan salah guna kuasa dan memperkayakan golongan-golongan tertentu?

*Penulis adalah Raja Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu

BACA INI JUGA: Rakyat Bayar Hutang RM26.7 Bilion Jika Tuntutan IPIC-Aabar Berjaya!?

Sumber: Malaysiakini

Tuesday, July 26, 2016

'Riza Aziz Tuai Apa Disemainya Kerana Jual Diri Kepada Syaitan'

'Riza Aziz Tuai Apa Disemainya Kerana Jual Diri Kepada Syaitan'

Anak tiri Najib Razak, Riza Aziz menuai apa yang disemainya kerana 'menjual diri kepada syaitan', tulis adiknya di Facebook.

Azrene+Soraya

Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1MDB.

"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya Abdul Aziz, seorang perunding imej.

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Riza masih dan adalah seorang yang dikasihi oleh keluarganya, walaupun kasih mereka 'tidak cukup untuk beliau' dan orang sekelilingnya.

"Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan," katanya.

Azrene mendakwa abangnya kini membayar harga kerana dosa yang dilakukannya walaupun Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan seperti didoakan rakyat tetapi Amerika Syarikat memberikannya.

"Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya kambing hitam keluarga - tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya.

Azrene+Ahmad

"Orang ramai boleh mengatakan saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.

"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," katanya.

Tidak kira apa alasan yang diberikan untuk mewajarkan apa yang dilakukan oleh abangnya, Azrene berkata jika tindakannya itu menjejaskan negara dan rakyat maka ia adalah salah, dan perlu diperbetulkan.

"Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan.

"Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab," tulis perunding imej itu lapor Mkini.

Sengketa keluarga

Rizal+Mansor

Mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

“Maka bertanyalah saya kepada si ibu...

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

“Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak..

"Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi.

Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".

Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.

“(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..

“Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.

“Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya,” tulisnya lagi.

DOJ memohon untuk merampas lebih AS$1 bilion aset termasuk keuntungan yang diperolehi oleh syarikat penerbitan filem milik Riza, Red Granite yang menghasilkan 'The Wolf of Wall Street' itu.

Aset-aset lain yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu termasuk hartanah kediaman mewah Riza di Beverly Hills, New York dan London.

Riza menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang yang diterimanya dan firmanya adalah "hadiah" lapor Mkini.

BACA INI JUGA: Rasuah Halal Dan Rasuah Haram Di Malaysia?

Friday, July 22, 2016

Tiada Wang 1MDB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?

Tiada Wang 1MDB Hilang, Kita Patut Ketawa Atau Menangis?

Apa yang jelas dan nyata berikutan tindakan Jabatan Kehakiman AS melakukan penyitaan hartanah dan aset terbesar dalam sejarah negara itu ialah kerana mendapati adanya penyelewengan dan kecurian wang melibatkan dana 1MDB.

1MDB STOLEN MONEY

Kecurian wang yang dikesan oleh Jabatan Kehakiman AS ialah sebanyak AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta.

Hartanah dan aset yang mahu dibekukan dalam saman Jabatan Kehakiman ialah sebanyak AS$1 bilion atau RM4,000 juta.

Berdasarkan Laporan Audit 1MDB yang bocor dan masih diOSAkan serta Laporan PAC yang sudah dibentangkan, wang 1MDB yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat disahkan ke mana perginya ialah sebanyak AS$7 bilion atau RM28,000 juta.

Dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, mereka juga berulangkali menyebut mengenai kecurian wang berkaitan 1MDB yang bukan saja digunakan untuk membeli hartanah dan aset, bahkan juga berhibur dan berjudi di kasino.

Sehari selepas Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan penyitaan itu, Singapura juga memaklumkan mereka telah membekukan aset bernilai RM710 juta berkaitan Jho Low susulan siasatan terhadap 1MDB serta aktiviti penggubahan wang haram.

Bersama penyitaan oleh Amerika dan Singapura serta jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipercayai hilang, bermakna banyak lagi yang masih lesap entah ke mana.

Berdasarkan tindakan kedua-dua negara itu, akal yang waras akan mengatakan wujud bukti yang sahih berkaitan kecurian, kehilangan atau penggelapan wang melibatkan 1MDB.

Jika tidak, bagaimana pembelian harta, bangunan, kondo, jet, lukisan mahal, berhibur, berjudi dan sebagainya boleh dilakukan dan semuanya pula ada dalam rekod FBI dan Jabatan Kehakiman AS?

Malah dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS, turut juga disebut ialah mengenai wang 1MDB sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Malaysian Official 1.

Masyarakat seluruh dunia yang menonton video Jabatan Kehakiman AS pasti juga turut percaya wujud salah laku, kecurian dan penggunahan wang haram melibatkan 1MDB dalam sebuah negara bernama Malaysia kononnya dibanggakan dengan Islam sederhananya.

Tetapi, apa reaksi pemimpin, menteri dan pengikut-pengikut yang selama ini selalu terjelir tekak menjerit mengatakan mereka berjuang untuk rakyat dan negara?

Apa pula kata Peguam Negara Malaysia?

Salleh Said Keruak mengatakan, 1MDB tidak pernah mengatakan wangnya hilang atau dicuri. Sebelum itu, beliau juga menyifatkan serangan berterusan terhadap 1MDB adalah bertujuan menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Abdul Rahman Dahlan terus cuba mempertahankan Perdana Menteri dengan mengatakan tiada nama Najib disebut dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS itu.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa disebalik mengucapkan selamat berjaya kepada pembangkang yang mengaitkan nama Najib dengan tindakan Jabatan Kehakiman itu, turut berusaha memesongkan pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa 1MDB tiada aset di Amerika.

Yang lain-lain pula, termasuk Pemuda UMNO mengatakan semua ini adalah percubaan mencabar kedaulatan negara, cuba menjatuhkan kerajaan serta menyamakan dengan serangan Amerika terhadap Iraq dahulu.

Peguam Negara Apandi Ali berkata, tiada bukti daripada sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan menunjukkan terdapat wang 1MDB digelapkan.

Beliau yang berkuasa penuh menentukan pendakwaan serta pernah mengarahkan SPRM menghentikan siasatan sebelum ini menambah lagi bahawa tiada pertuduhan jenayah pernah diambil terhadap mana-mana individu atas kesalahan mencuri atau menggelapkan wang 1MDB.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar enggan mengulas dengan alasan pihaknya tidak dimaklumkan berkaitan tindakan Jabatan Kehakiman AS itu.

Apakah kita sepatutnya ketawa atau menangis dengan semua reaksi mereka itu?

Bagaimana pemimpin kita, termasuk Peguam Negara kita masih mahu mengatakan tiada kecurian atau kehilangan wang berkaitan 1MDB sedangkan Amerika dan Singapura sudah menemui bukti-buktinya, manakala lima negara lain lagi sedang melakukan siasatan yang serupa?

Apakah mereka tidak meneliti atau rabun terhadap segala apa yang dilakukan oleh Amerika dan Singapura itu?

Mengapa, jika benar berjuang untuk rakyat, negara dan kebenaran, tidak ada satu pun daripada pemimpin UMNO dan kerajaan yang mendesak agar dibuka semula siasatan, ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas atau dilepaskan daripada OSA Laporan Audit 1MDB?

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Sumber: Shahbudindotcom

Thursday, July 21, 2016

Identiti Siapa 'Malaysian Official 1' 1MDB Terbongkar?

Identiti Siapa 'Malaysian Official 1' 1MDB Terbongkar?

Misteri 'Malaysian Official 1' mendorong rakyat untuk menggempur di laman Twitter dan Facebook untuk membincangkan tokoh enigma yang disebut dalam saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang difailkan semalam.

Malaysian Official 1

Mengikut saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank rasmi 'Malaysian Official 1'.

Meskipun DOJ memelihara identiti 'Malaysian Official 1', warga maya menerkam isu itu dan dengan cepat menjadikannya bahan jenaka.

Siapakah lelaki misteri "Malaysian Official 1"? #MalaysianOfficial1 pic.twitter.com/1cKxa7rsjB

— Fahmi Reza (@kuasasiswa) July 21, 2016

DOJ menyifatkan tokoh itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga mempunyai kedudukan berkuasa dalam 1MDB".

Menurut DOJ, setelah ditubuhkan, 'Malaysian Official 1' berkuasa ke atas 1MDB.

Menurutnya, 'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB dan pasukan pengurusan kanan firma pelaburan negara itu.

Laporan mengenai tokoh yang tidak dinamakan itu mendorong beberapa rakyat Malaysia menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak berkuasa untuk mengesannya.

Good morning. Today Putrajaya has a big task to do, find out who is #MalaysianOfficial1! @NajibRazak

— Yeo Bee Yin (@yeobeeyin) July 21, 2016
#MalaysianOfficial1 seems pretty corrupt. Sure hope Najib can help tangkap him/her.

— Zoe Randhawa (@zoerandhawa) July 21, 2016
Good job, 1Malaysia branding team! Effective branding, even the US Justice Dept uses #MalaysianOfficial1 instead of He-Who-Must-Not-Be-Named

— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) July 21, 2016
i think DoJ got it wrong. it should be #1Malaysia Official. it's all about #branding. #1MDB #joke #MalaysianOfficial1

— Adrian Tai (@adriantai) July 21, 2016
1MDB carian popular Google

Sementara itu, istilah 1MDB melonjak kepada 13 peratus daripada jumlah carian di Google semalam, apabila tersebar berita bahawa DOJ memfailkan tuntutan di mahkamah.

Sebaik sahaja sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat itu berakhir selepas tengah malam, waktu Malaysia, trend berkenaan terus meningkat sehingga 100 mata pada jam 7.30 pagi.

DOJ semalam memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang ia dakwanya dibeli menggunakan dana 1MDB. Ia merancang untuk mengembalikan hasil daripada penjualan aset-aset yang disita itu kepada Malaysia.

Menurut saman itu, urus niaga terbesar yang dibuat kepada ‘Malaysian Official 1’ adalah deposit AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya pada Mac 2013.

Jumlah itu didakwa adalah hasil bon AS$3 bilion 1MDB untuk usahasama pelaburan dengan Aabar, petik saman berkenaan.

Hasil bon itu, AS$1.26 bilion disalurkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya memasukkan AS$ 681 juta ke akaun rasmi ‘Malaysian Official 1’. MKini

Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

"Tidak ada lagi 'official' selain daripada Najib yang telah dibersihkan (salah laku oleh peguam negara)," dakwa setiausaha publisiti kebangsaan DAP pada sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Walaupun dokumen mahkamah tidak mengenal pasti Malaysian Official 1, Pua mendakwa ia menggambarkan individu itu sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan.

'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan penyingkiran lembaga pengarah 1MDB dan pasukan pengurusan kanan 1MDB, menurut dokumen berkenaan.

Artikel 117 daripada Memorandum dan Artikel (M&A) 1MDB menyatakan bahawa hanya Najib mempunyai kuasa itu, dakwa Pua.

Tambahnya, halaman 75, perenggan 263 dokumen itu menyatakan bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Malaysian Official 1 dalam siasatan ke atas AS$ 681 juta.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu menggesa Apandi menjelaskan dakwaan bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun Najib adalah daripada penderma Arab.

Dokumen-dokumen dari DOJ menunjukkan bahawa AS$ 681 juta berasal daripada AS$ 3 bilion bon yang diperoleh 1MDB.

Dari bon itu, AS$ 1.592 bilion telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya dipam AS$681 juta untuk 'Malaysian Official 1'.

"Di mana penderma Arab seperti yang didakwa oleh Apandi," soal Pua.

"Saya menyeru kepada Apandi untuk mendakwa Najib kerana kecurian besar itu atau dia harus meletakkan jawatan jika dia tidak sanggup berbuat demikian, sementara kita mencari orang lain yang mampu untuk membawa pertuduhan terhadap Malaysian Official 1, yang dengan jelas adalah Najib," dakwanya. MKini

BACA INI JUGA: 'Pengkhianatan Akan Dibalas Dengan Cara Setimpal', Tun Mahathir

Peguam Negara AS Sahkan AS$3.5 Bilion 1MDB Dirompak, 'Rakyat Malaysia Ditipu Besar-besaran'!

Peguam Negara AS Sahkan AS$3.5 Bilion 1MDB Dirompak, 'Rakyat Malaysia Ditipu Besar-besaran'!

Ulasan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Loretta Lynch telah menjadikannya rasmi semalam. Kata-katanya jelas. Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion milik rakyat Malaysia telah dicuri.

AS$3.5 Bilion 1MDB Dirompak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan AS (DOJ), dan Perkhidmatan Hasil Dalaman (agensi hasil cukai AS) telah mengetuai siasatan sangat teliti selama setahun.

Mereka membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia telah dirompak. Wang rakyat dialihkan – dicuri – daripada dana kerajaan 1MDB melalui penipuan dan pengubahan wang haram.

Apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB selama ini? Siapa curi wang itu? Ke mana ia pergi? Siapa bertanggungjawab benarkan perkara ini berlaku?

Inilah persoalan-persoalan yang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS.

Kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentuk dan mengetuai 1MDB, dan taikun ranggi Low Taek Jho atua leboh dikenali sebagai Jho Low, bekerja di belakang tabir.

Laporan Jabatan Keadilan AS menyenaraikan tiga lagi pegawai-pegawai 1MDB yang terlibat dalam penipuan ini.

Sementara nama mereka tidak disebut, jawatan mereka (CEO, dan lain-lain) dan terma-terma perkhidmatan disenaraikan.

Jadi, mudah untuk mengetahui siapa lagi pegawai-pegawai itu.

Dalam sidang media Lynch, beliau menggunakan istilan “dicuri” berkali-kali.

Lynch juga menyebut “pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan sekutu-sekutu mereka” terlibat dalam pengubahan wang haram, sebuah jenayah antarabangsa.

Beliau juga menyebut nama “Aziz” beberapa kali. “Aziz” dikatakan antara yang terlibat dalam kecurian daripada rakyat Malaysia dan pengalihan wang daripada 1MDB.

Diperincikan juga bagaimana “Aziz” menggunakan wang yang diperoleh melalui pengubahan wang haram untuk tujuan peribadi – membeli harta tanah di New York, London dan Los Angeles – dan malah membikin filem Hollywood.

Berdasarkan pemfailan Jabatan Keadilan dengan mahkamah, kita dengan jelas maklum bahawa “Aziz” ialah anak tiri Najib. Mereka menyebut Aziz dengan nama penuhnya Riza Aziz.

Pemfailan jabatan itu juga merujuk Riza Aziz sebagai mempunyai hubungan keluarga dengan ‘Malaysia Official 1’, yang juga dikaitkan dengan skandal ini.

Peranan Malaysia Official 1 ini telah digariskan dalam pemfailkan Jabtan Keadilan.

Jabatan Keadilan juga berkata Malaysia Official 1, yang tidak dinamakan dalam dokumen-dokumennya, memainkan peranan penting dalam mengarahkan aktiviti 1MDB, yang kemudian membawa kepada kehilangan sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion.

Terdapat 32 rujukan kepada Malaysia Official 1 dalam laporan Jabatan Keadilan.

Kesimpulan mudah dapat dibuat berhubung siapakah Malaysia Official 1. Berdasarkan keterangan, Jabatan Kehakiman AS sebenarnya bercakap tentang Najib.

Ke mana pula wang itu pergi?

'Rakyat Malaysia Ditipu Besar-besaran, Dana 1MDB Biayai Hutang Judi'

Dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, kata penyiasat Amerika Syarikat.

"Dana dicuri atas alasan bahawa ia adalah pelaburan 1MDB dalam penerokaan minyak.

"Atas kertas AS$1 bilion adalah untuk hak sumber, namun (ia) digunakan untuk kekayaan peribadi ... (termasuk) hutang perjudian di kasino Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London, jutaan dalam hartanah termasuk jet Bombardier bernilai AS$35 juta," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung aduan awam dibuat oleh jabatan itu untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran (dalam) satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia," katanya.

DOJ dakwa AS$731j disalur dari 1MDB ke akaun 'Malaysian Official 1'

Malaysian Official 1

AS$731 juta didakwa disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik 'Malaysian Official 1' (WSJ) yang tidak dinamakan, demikan menurut saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) semalam.

DOJ tidak menamakan 'Malaysia Official 1' tetapi menggambarkan individu itu sebagai "pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB."

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dinyatakan dalam saman itu sebagai saudara mara 'Malaysian Official 1'.

Semalam DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB. Ia merancang untuk memulangkan hasil daripada penjualan aset-aset yang disita itu kepada Malaysia.

Menurut saman itu, transaksi terbesar didakwa dibuat kepada 'Malaysian Official 1' adalah AS$681 juta deposit ke sebuah akaun AmBank pada Mac 2013.

"Plaintif mendakwa atas maklumat dan kepercayaan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah benefisiari utama dari Akaun AMPRIVATE BANKING-MR.

"Akaun AMPRIVATE BANKING-MR adalah akaun yang sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira $681 juta pada Mac 2013.

"Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun di mana bayaran AS$681 juta ini dibuat adalah milik Malaysian Official 1."

Menurut saman itu, jumlah itu didakwa datang dari AS$3 bilion bon 1MDB perolehi untuk melabur dalam satu usaha sama dengan Aabar.

Dari bon itu, AS$1.26 bilion didakwa telah dialihkan ke dalam akaun milik Tanore Finance Corporation, yang kemudiannya menyalurkan AS$681 juta kepada 'Malaysian Official 1',

Pada bulan Ogos 2013, AS$620 juta didakwa telah dikembalikan ke akaun bank Tanore di Singapura Tanore, yang DOJ dakwa milik sekutu hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Pihak berkuasa AS memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai berkata AS$681 juta - yang diterima dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - adalah sumbangan peribadi daripada ahli keluarga diraja Saudi.

Dua deposit lain

Saman itu juga mendakwa bahawa AS$50 juta dalam dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun Malaysia Official 1 dalam dua keadaan lain.

Dalam contoh pertama, saman itu mendakwa AS$24.5 juta daripada AS$1.03 bilion dialihkan dari 1MDB kepada Good Star Limited, dipercayai dimiliki Jho Low, telah "dipindahkan ke sebuah akaun di Riyad Bank yang diselanggarakan atas nama seorang putera Saudi."

Putera yang tidak dinamakan dikatakan menjadi pengasas bersama PetroSaudi.

Memetik rekod perbankan JP Morgan Chase, DOJ mendakwa AS$20 juta daripada AS$24.5 juta kemudiannya disalurkan ke dalam akaun Malaysian Official 1 pada tahun 2011.

Dalam contoh kedua, saman itu mendakwa, AS$1.67 bilion bon yang diperolehi 1MDB untuk perjanjian pembelian projek kuasa "telah disalahgunakan dan dilencongkan ke akaun bank di Switzerland dan Singapura."

Dana ini kemudian didakwa disalurkan kepada firma Kepulauan Virgin British Aabar Investment PJS Ltd (Aabar-BVI), yang mendepositkan AS$636 juta ke dalam akaun sebuah bank Singapura yang dipegang oleh Blackstone Asia Estate Partners Real.

Daripada jumlah ini, AS$30 juta didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official 1 pada bulan Oktober dan November 2012.

DOJ mendakwa akaun Blackstone itu dimiliki oleh sekutu Jho Low yang sama memiliki akaun Tanore.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

Sumber: Malaysiakini