Jemputan Menulis Dan Menghantar Artikel Ke Blog Sentiasa Panas

Assalamualaikum. Blog SENTIASAPANAS sangat berminat untuk membantu penulis lain mendapat pembaca terhadap artikel mereka dan seterusnya memandu pembaca ke blog si penulis.

Penulis artikel

Namun, blog SP lebih mementingkan kualiti artikel yang dihantar ke blog ini. Ia bertujuan supaya pembaca SP mendapat bahan bacaan yang berkualiti dan memberi nilai tambah.

Oleh itu kami telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan kepada mereka yang berminat menyiarkan artikel mereka.

Content/Kandungan

Artikel mestilah bersesuaian dengan blog ini.
  • memberi nilai tambah
  • memberi inpirasi
  • memotivasikan
  • dan apa-apa elemen yang bersesuai
Guidelines/Garis Panduan
  • Artikel anda belum pernah disiarkan di blog ini.
  • Artikel yang dipetik daripada blog lain hendaklah disertakan pautan link (sumber).
  • Anda boleh menyediakan sehingga 3 pautan (link). Pautan link affiliates adalah dibenarkan.
  • Artikel anda perlu sekurang-kurangnya 300 perkataan panjang.
  • Gunakan ayat mudah dan mudah difahami.

Editing/Ubahsuai

Admin blog SP akan check dan mengedit kembali kesalahan ejaan, perenggan, kesesuaian ayat dan sebagainya dalam setiap artikel yang dihantar. Pembetulan akan dibuat sekiranya dirasakan perlu.

Setiap ayat hendaklah dieja penuh. Ayat yang diringkaskan akan diubah.

Pihak admin mungkin mengubah suai sedikit kandungan artikel anda jika dirasakan perlu, supaya dapat menambah nilai, menambah kualiti dan dapat dioptimasikan untuk carian Google (SEO).

Ini bertujuan supaya artikel anda mendapat pembaca semaksimum mungkin dan memberi input yang baik kepada mereka.

Cara Penghantaran

Jika artikel anda memenuhi syarat dalam garis panduan diatas:

Sila hubungi kami melalui email, sentiasapanas@gmail.com.

Insyaallah kami akan respon dalam masa secepat mungkin

Sila lampirkan biodata ringkas mengenai anda [bersama dengan alamat Blog, Google+ dan twitter/facebook, jika ada].

Sila pastikan anda sanggup untuk respon dan menjawab kepada setiap komen yang dilontar oleh pembaca terhadap artikel anda yang disiarkan

Jika Artikel Anda Tidak Disiarkan?

Kami faham menulis artikel adalah satu kerja yang mengambil masa.

Walau bagaimanapun, artikel yang ditulis dan diserahkan kepada kami tidak mewajibkan kami untuk menyiarkannya.

Ciri utama yang kami pentingkan untuk menyiarkan artikel anda adalah artikel tersebut memberi nilai tambah kepada pembaca blog ini.

Oleh itu kami berharap anda jangan berputus asa. Baiki kelemahan pada kandungan dan penulisan, tingkatkan kualiti artikel dan hantarkanlah kembali kepada kami setelah itu .

Kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama menyebarkan Ilmu, Insyaallah

ADMIN

4 comments

  1. wah..bagus ni SP..cuma penulisan saya ...alamak tak berapa tinggi kualiti ni..

    ReplyDelete
  2. Dalam proses menyiapkan artikel untuk dihantar. Harap melepasi tapisan :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon

Add Comments

4 Comments

wah..bagus ni SP..cuma penulisan saya ...alamak tak berapa tinggi kualiti ni..

Hantar saja ba cikgu etuza kalau sudi :)

Dalam proses menyiapkan artikel untuk dihantar. Harap melepasi tapisan :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon