Saturday, February 03, 2018

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'


Jika anda membesar pada era 90-an, pasti masih ingat paparan skrin perisian Windows XP pada komputer berjudul “Bliss” dibawah ini kan? Dianggarkan kira-kira 1 bilion orang telah ‘berkesempatan’ melihat wallpaper ikonik ini, menjadikan ia gambar paling banyak dilihat di dunia!

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'

Pada tahun 1996. O’Rear telah merakamkan gambar popular itu di Sonoma County, California menggunakan kamera format sederhana.

Pada mulanya, gambar itu dihantar kepada Corbis, yang merupakan sebuah syarikat periklanan dan perlesenan di Amerika Syarikat (AS), sebelum Microsoft membeli hak ciptanya pada tahun 2000, setahun sebelum pelancaran Windows XP.

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'
Charles O’Rear.

Kini, 21 tahun selepas merakamkan Bliss, Charles O’Rear berazam untuk mengulangi kejayaannya untuk menghasilkan ‘generasi baru paparan skrin’ dan imej-imej yang dirakamka kali ini juga ternyata amat menakjubkan.

O’Rear yang kini berusia 76 tahun berkata, beliau menyedari bagaimana gambar Microsoft Bliss itu menjadi salah satu ikon pop culture.

“Saya telah menikmati setiap minit populariti saya sebagai jurugambar yang merakamkan gambar paling banyak dilihat dalam sejarah,” kata O’Rear.

Bekerjasama dengan syarikat penerbangan Eropah, Lufthansa, dalam projek siri foto berjudul New Angles Of America, peminat O’Rear kini boleh mendapatkan paparan skrin terbaharu hasil bidikan kameranya melalui telefon pintar.

Masih bertemakan kecantikan alam semulajadi di AS, O’Rear masih bisa mengekalkan ‘magis’nya.

Lihat saja hasil fotografinya di bawah ini!

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'
Maroon Bells (Colorado).

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'
White Pocket (Arizona).

Jurugambar Ikonik Windows XP Cipta Sekuel 'Bliss'
Peek-A-Boo Slot (Utah).

“Sekuel Bliss ini menyasarkan pengguna telefon pintar kerana peranti itu merupakan wadah utama masyarakat dunia untuk melihat fotografi baharu dan menarik.

"Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya berharap siri foto kali ini turut dapat dinikmati oleh jutaan pengguna telefon pintar di seluruh dunia, seperti yang dicapai oleh Bliss,” kata O’Rear lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gambar Baju T 'Ernesto Che Guevara' Paling Popular Di Dunia

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon