Thursday, November 23, 2017

Misteri Cincin Kutukan Valentino


Rudolph Valentino, salah seorang bintang filem terkenal semasa era filem bisu Hollywood sekitar tahun 1920an. Pelakon kelahiran Itali ini amat menyinar ketika itu terutamanya selepas karya The Sheikh yang dibintanginya meledak dipasaran.

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Sejak itu, Rudolph Valentino menjadi kegilaan wanita sehingga dia digelar dengan jolokan simbol seks Hollywood.

Walaupun begitu, kemahsyuran yang dimilikinya tidak kekal lama. Pelakon yang juga dikenali dengan gelaran 'The Latin Lover' ini tiba-tiba jatuh sakit dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 31 tahun.

Dia ketika itu, pada bulan Ogos 1926 dalam rangka mempromosikan filem terbarunya, The Son of The Sheikh.

Secara tiba-tiba dia jatuh sakit dan dirawat disebuah hospital di New York.

Malangnya, aktor yang digilai kerana ketampanannya itu meninggal dunia selepas mendapat jangkitan pada 23 Ogos, hanya lebih kurang seminggu selepas dimasukkan ke dalam hospital.

Majlis pengebumiannya adalah antara yang terbesar pada zaman itu. Selama tiga hari, ribuan peminatnya terutama wanita datang memberi penghormatan terakhir.

Disebalik kematian mengejut Rudolph Valentino ini, ada sisi lain yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Kematian aktor ini dikaitkan dengan nasib malang, kononnya disebabkan oleh sebentuk cincin yang dikatakan membawa kutukan kepada pemiliknya.

Bermula sebagai penari

Rudolph Valentino lahir di Itali dan berhijrah ke New York ketika berusia 18 tahun dan bekerja sebagai seorang penari.

Dia kemudiannya mencuba nasib dengan mencari pekerjaan dalam bidang lakonan di Los Angeles.

Bermula dengan watak-watak kecil, dia diberi peluang memegang peranan utama dalam 'The Four Horsemen Of The Apocalypse' yang diterbitkan pada tahun 1921.

Filem itu berjaya dipasaran, sekaligus melonjakkan namanya, disusuli dengan filem kedua sebagai pelakon utama, The Sheikh', yang menjulang Rudolph Valentino sebagai seorang bintang terkenal ketika itu.

Ketika berada dipuncak kemahsyuran inilah, Rudolph Valentino telah mengikuti satu trip ke San Francisco.

Cincin Kutukan

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Sewaktu lalu disebuah kedai pajak yang mempamerkan pelbagai barangan, Rudolph Valentino tertarik kepada sebentuk cincin yang dipamerkan.

Walaupun pemilik kedai telah memberi amaran bahawa cincin itu telah dikutuk dan membawa malang, Rudolph Valentino tetap membelinya.

Apabila dia kembali ke set penggambaran untuk filem 'The Young Rajah' (1922), Rudolph Valentino memakai cincin tersebut.

Filem itu gagal dipasaran! Kononnya akibat kutukan cincin itu.

Malah, beberapa filemnya selepas itu juga menerima nasib yang sama, secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada karier Rudolph Valentino.

Sejak itu, dia tidak lagi memakai cincin kutukan tersebut.

Hilang Pesona

Secara realitinya, kejatuhan prestasi Rudolph Valentino mungkin ada kaitan dengan kes perceraian dengan isteri lama dan perkahwinan dengan isteri barunya, Natasha.

Dikatakan bahawa Natasha lebih banyak mengawal urusan perjalanan seni suaminya sehingga menghilangkan pesona asal Rudolph Valentino dan menjejaskan kualitinya dalam berkarya.

Hanya selepas berpisah dengan Natasha, pada tahun 1925 Rudolph Valentino bangkit semula dan filemnya The Eagle diterima peminat.

Filem Terakhir

Tahun berikutnya, Rudolph Valentino terlibat dalam penggambaran 'The Son of The Sheikh', sekuel dari filem pertama yang menaikkan namanya dahulu.

Malangnya, ia merupakan filem lakonan terakhir Rudolph Valentino.

Dikatakan bahawa, Rudolph Valentino memakai semula cincin tersebut semasa mempromosikan filem terakhirnya itu.

Seminggu kemudian, dia jatuh sakit, dibawa ke hospital dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Sindrom Valentino

Sindrom serangan usus dan akut yang merosakkan abdomen dalaman yang meragut nyawa Rudolph Valentino kini dikenali sebagai 'Sindrom Valentino'.

Pun begitu, masih ramai yang mengaitkan kematiannya dengan cincin yang telah dikutuk itu.

Sumpahan cincin misteri

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Selepas kematian Rudolph Valentino, kekasihnya Pola Negri diberi pilihan untuk memilih salah satu barang Rudolph Valentino sebagai kenangan.

Apa yang dipilih Pola Negri? Ya, cincin yang membawa malang dan dikatakan menjadi punca kematian bintang terkenal Hollywood tersebut.

Pola Negri merupakan salah seorang bintang filem yang sedang meningkat naik waktu itu.

Malangnya, selepas mengambil cincin kutukan tersebut, Pola Negri tiba-tiba sakit yang menjunamkan kariernya.

Beberapa tahun kemudian, Pola Negri bertemu dengan Russ Colombo, juga seorang pelakon yang mempunyai gaya iras Rudolph Valentino.

Pola Negri kemudiannya menghadiahkan cincin itu kepada Russ. Beberapa hari kemudian, Russ terbunuh dalam satu kejadian tembakan.

Cincin itu berpindah hak milik kepada kawan baik Russ, Joe Casino.

Pada mulanya, Joe menyimpan cincin itu di dalam bekas kaca namun, suatu hari dia mengambil cincin itu dan memakainya. Seminggu kemudian, Russ terbunuh dalam sebuah kemalangan.

Cincin kutukan itu diwarisi pula oleh adik Russ bernama Del.

Ketika itu, kisah cincin yang dikutuk dan membawa nasib malang itu mula diperkatakan oleh pihak media.

Apabila wartawan bertanya tentang cincin itu, Del menjawab dia tidak percaya dengan kisah misteri itu. Baginya, itu hanyalah cerita dongeng.

Untuk beberapa waktu, tiada perkara buruk berlaku walaupun Del memakai incin tersebut.

Dia juga pernah meminjamkan cincin itu kepada seorang pengumpul barang-barang lama, juga tiada perkara buruk berlaku.

Ini menyebabkan media membuat spekulasi bahawa sumpahan cincin itu sudah berakhir.

Suatu malam, rumah Del dimasuki pencuri. Polis berjaya menembak pencuri itu yang terbunuh ditempat kejadian dan antara barang yag ditemui pada pencuri yang mati adalah cincin kutukan Rudolph Valentino.

Setelah beberapa lama, pada tahun 1938, cincin itu kelihatan dipakai oleh Jack Dunn, seorang pemain luncur.

Misteri Cincin Kutukan Valentino

Selain cincin, Jack turut menyarung pakaian Rudolph Valentino untuk uji bakat bagi mencari pelakon seiras Valentino. Sepuluh hari kemudian, Jack yang baru berusia 2 tahun mati akibat penyakit tularemia.

Selepas kematian Jack, cincin itu tidak lagi kelihatan. Dikatakan ia disimpan dalam peti besi disebuah bank Los Angeles.

Lebih setahun cincin itu disimpan disitu, bank tersebut ditimpa pelbagai musibah. Antaranya, dua kali dirompak, kebakaran dan mogok pekerja.

Salah seorang perompak bank yang berjaya ditangkap sewaktu perbicaraan mengatakan, sekiranya dia tahu ada cincin Rudolph Valentino dalam bank, sudah pasti dia akan merompak bank lain.

Sejak itu, tidak diketahui dimana cincin itu berada. Siapa yang menyimpannya? Adakah ia masih memberi kutukan kepada orang yang memakai atau memegangnya? Tiada siapa yang tahu.

Bukan hanya misteri cincin itu saja, sejak kematian Rudolph Valentino, kisah hantunya yang dikatakan sering berlegar dibanyak tempat yang pernah didiami atau disinggahinya.

Malah, sehingga ke hari ini dikatakan bayangan Rudolph Valentino masih lagi muncul.

Ada psikik mengatakan, hantu Rudolph Valentino sering muncul kerana pelakon itu tidak tahu bahawa dia sebenarnya sudah mati.

Dan ada juga pendapat mengatakan kelibat Rudolph Valentino sering muncul kerana dia sedang mencari cincin tersebut.

Anda percaya?

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon