Saturday, August 19, 2017

3 Pelancong Malaysia Lagak Samseng Di Osaka Jadi Viral Di Jepun


Ramai orang termasuk pelajar pelajar Malaysia di Jepun mahupun yang sudah bekerja menawarkan pelbagai servis penginapan dan travel untuk rakyat Malaysia ke Jepun.

Samseng

Dan Osaka merupakan salah satu bandar di Jepun yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia selain dari Tokyo.

Malangnya, tidak semua pelancong Malaysia menghargai servis servis yang diberikan.

Terbaru, viral sebuah video berdurasi 6 minit yang memaparkan pertelingkahan antara pekerja penginapan Vitti Lodge & Family Apartment dan pelancong Malaysia.

Seorang lelaki yang memakai Yeezy V2 Zebra (pelancong Malaysia) dilihat memaki hamun lelaki berbaju biru (pekerja penginapan rakyat Malaysia) atas sebab salah faham yang berlaku sambil seorang rakannya sedang tenang menyiapkan maggi.

Di penghunjung video, muncul seorang lelaki lain yang tiba tiba saja menumbuk pecah dinding dapur penginapan.

Difahamkan, lelaki yang acah-acah samseng tersebut dikenali sebagai Ramadhan Sinclair yang merupakan seorang jurugambar muda yang tersenarai sebagai 10 peserta terpilih ke pusingan akhir kategori jurufoto termuda dunia Sony World Photography Awards.

Melalui satu status di Facebook yang dikongsi oleh Kamarul Ilmar Ramli, mereka bertiga sudah tertinggal kapal terbang dan tiada duit untuk membeli tiket baru dan menyewa penginapan jadi pihak hostel telah menolong mereka dengan membenarkan mereka tinggal secara percuma.

Namun, cara mereka membalas terima kasih hanya dengan memecahkan dinding dapur bahkan, salah seorang daripada mereka juga telah berak dan meninggalkan tahi di bilik mandi hostel.

Pelajar berbaju biru yang bekerja secara separuh masa itu juga telah mengeluarkan wang sendiri 130,000 Yen untuk membaiki kerosakan yang dilakukan.

Memang hebat anak anak muda sekarang membawa budaya samseng ke negara orang. Mereka belum kenal apa itu erti Yakuza.

Apa pun kami harap kejadian ini dijadikan iktibar oleh pelancong Malaysia supaya menjaga tingkah laku di negara orang supaya kita tidak dihalang travel ke sesuatu tempat.

BACA INI JUGA:



sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon