Saturday, August 05, 2017

Keunikan Hotel Tergantung Gunung Parang Jawa Barat


Hotel tergantung di lereng tanah tinggi pada kedudukan 900 meter bakal menjadi tarikan terkini Badega Gunung Parang, Purwakarta di Jawa Barat.

Hotel Tergantung

Sepuluh bilik akan mula ditawarkan mulai September ini khusus buat penggemar aktiviti lasak dan pendakian.

"Hotel tergantung di Gunung Parang dijangka menarik kehadiran pengunjung yang gemarkan cabaran," pemerintah daerah itu, Dedi Mulyadi yang dipetik kompas.com.

Persekitaran yang begitu mengujakan bermula dari pemandangan pergununan hingga ke empangan Jatiluhur dapat dilihat dengan jelas dari bilik hotel berkenaan.

Keunikan penginapan tanah tinggi yang diharap dapat meningkatkan sektor pelancongan Indonesia itu mengutamakan aspek keselamatan.

Setiap bilik dibina menggunakan kerangka besi yang dipacak ke batu gunung menggunakan peralatan khusus pada ketinggian berbeza dan bilik paling mahal terletak pada kedudukan paling tinggi.

Hotel Tergantung

Sementara itu, pendaki Dhany Daelami yang juga operator pelancongan sekitar gunung berkenaan memuji pembinaan hotel berkenaan.

"Setakat ini, satu bilik telah siap digantung dan dalam proses untuk dilengkapkan dengan hiasan dalaman dan juga kemudahan air," katanya.

Kata Dhani, Gunung Parang yang tingginya mencecah 1,000 meter di atas pasar laut sememangnya popular di kalangan pendaki dalam dan luar negara.

"Gunung ini mempunyai struktur batu, menegak dan mendatar dan memerlukan tempoh hingga 1.5 jam untuk sampai ke puncak," katanya.

BACA INI JUGA: 12 Hotel Dengan Kolam Renang Paling Unik Di Dunia

sumber: mstar

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon