Sunday, August 20, 2017

Anugerah Sony World Photography Awards Pengiktirafan Kepada Bakat Fotografi

Loading...

Sony World Photography Awards mula diperkenalkan hampir sedekad yang lalu telah menjadi platform terbaik buat mereka yang mempunyai keinginan dan minat yang tinggi dalam seni fotografi mempamerkan bakat mereka.

Andrea Gjestvang
Gambar oleh Andrea Gjestvang.

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini hadir dengan 4 kategori yang berbeza dimana para peserta berpeluang untuk menghantar karya mereka secara atas talian setiap tahun.

Kategori professional, open, youth dan student open, antara yang tersedia untuk disertai.

Tidak sekadar berjaya mendapat sanjungan dan hadiah, para pemenang juga berpendapat anugerah ini berjaya menjadi platform terbaik buat mereka.

Salah seorang daripadanya adalah Andrea Gjestvang selaku Pemenang 2013 L’Iris d’Or, Photographer of the Year.

Beliau turut mengatakan nasib beliau seakan berubah setelah mendapat pengiktirafan daripada pihak Sony.

Lebih ramai yang menghargai, menyanjung serta apa yang paling penting pada beliau adalah peluang dan motivasi untuk melangkah lebih jauh melalui bakat yang ada padanya.

Anda boleh ikuti koleksi hasil seni beliau yang berjaya merangkul anugerah berprestij ini di sini.

Pernahkah anugerah ini disertai oleh rakyat Malaysia serta disenaraikan sebagai finalis? Sudah tentu.

Malah pada tahun 2016 sahaja sebanyak 8 finalis dari Malaysia berjaya tersenarai di dalam pertandingan ini.

Berikut merupakan karya anak Malaysia yang berjaya tersenarai di dalam finalis Sony Photography Awards 2016.

Dalam pada itu, individu yang paling banyak mencuri perhatian ramai sudah tentunya anak muda yang berjaya tersenarai sebagai finalis Sony World Photography Awards 2016 melalui kategori youth. Kategori yang dikhaskan buat individu yang berumur 12 hingga 19 tahun.

Malangnya, sangat memalukan apabila nama beliau viral di internet berikutan ‘tragedi samseng Malaysia di Osaka’.

Ramadhan Sinclair

Beliau adalah Ramadhan Sinclair 'Samseng Osaka'.

Penyertaan Terbuka

Kita lupakan seketika 'Samseng Osaka' ni.

Sekiranya anda atau mengenali sesiapa berbakat di dalam fotografi, platform ini mungkin antara yang boleh dicuba.

Anugerah ini kini dibuka untuk penyertaan daripada para peserta sehingga awal tahun 2018 ini.

Anda boleh ikuti mana-mana kategori yang berkaitan melalui empat kategori yang disediakan serta dapati maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan di sini.

Dan pesan kami, kalau sudah menang atau disenaraikan sebagai finalis, mohon jaga nama baik anda dan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah.

Anda mungkin berpeluang pusing dunia serta menperoleh rezeki yang berganda namun sikap yang menentukan siapakah anda yang seterusnya.

Tolong jangan jadi 'samseng puaka' pula lepas ni, ok.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon