Wednesday, February 10, 2016

Barbie Berhijab Viral Di Media Sosial


Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial United Kingdom selepas dia memuat naik gambar anak patung Barbie dalam pelbagai busana menutup aurat rekaannya.

Hijab Barbie [2]

Haneefa Adam tidak pernah melihat Barbie berhijab sebelum ini lalu mengambil keputusan membuka akaun Instagram dan memakaikan Barbie dengan rekaannya selepas terjumpa satu laman gaya Barbie di Instagram.

Hijab barbie

Beliau yang berusia 24 tahun berkata kepada stesen CNN, bahawa beliau juga mula menempah anak patung Barbie sendiri dari luar negara kerana ia memang tidak dijual di negara kelahirannya iaitu Nigeria.

Katanya, anak patung itu adalah cara terbaik untuk memperbaiki tanggapan salah bahawa majoriti wanita Islam dipaksa menutup aurat konon semata-mata untuk melambangkan agama anutan mereka.

Hijab Barbie [3]

Pemegang Ijazah Sarjana Farmakologi dari United Kingdom itu kini mempunyai 19,400 pengikut menerusi media sosial dan mula menerima tempahan Barbie berhijab dari seluruh dunia.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Patung Barbie Yang Terkenal Itu?

Sumber: Mynewshub.cc

3 comments

  1. asalam SP. Tak menjadi kesalahan mungkin kan..tapi tetap anak patung. hehehe tadi di Servy Etuza nampak ada lelaki remaja memegang buah dada patung pakaian wanita di tepi lif. Alamak .nakal lelaki remaja itu.hehehe mujur patung jika tidak kena saman tu

    ReplyDelete
  2. Comel Barbie tu berhijab... bagus jugak nie... :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon