Nov 12, 2015

Polis Beri Amaran, Jangan Balas Panggilan Dari Malawi

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan balas ke nombor tidak dikenali dari Malawi bagi mengelakkan kerugian.

Scam Call from Malawi

Berdasarkan maklumat yang diperoleh di laman sosial, sindiket berkenaan akan membuat panggilan secara rambang menggunakan nombor kod antarabangsa +265 dipercayai dari Malawi dan akan mematikan talian selepas satu de­ringan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Asmawati Ahmad berkata, mangsa yang membuat panggilan balas ke nombor +265882615012 dan +265882615017 akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.

Sekiranya penerima panggilan mendail semula nombor ber­kenaan, mereka dikatakan akan dikenakan caj sehingga USD150 (kira-kira RM657) sekiranya mendail semula nombor tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din, pihaknya memang menerima maklumat daripada orang ramai yang mendapat panggilan daripada nombor antarabangsa tidak dikenali dan mereka dinasihatkan tidak melayan panggilan itu yang dipercayai daripada sindiket Call Scam.

Bagaimanapun ujarnya, tiada laporan polis diterima daripada mangsa yang kerugian akibat dikenakan caj melampau selepas mendail semula nombor tersebut.

Mohd. Kamarudin memberitahu, sindiket terbabit berkemungkinan memperoleh nombor telefon dan maklumat peribadi mana-mana individu yang melakukan transaksi atau pindahan wang antarabangsa secara dalam talian sebelum meng­hubungi mangsa secara rambang.

Sebelum ini, Mingguan Malaysia pernah melaporkan mengenai sindiket Phone Scam yang berpusat di luar negara melakukan kegiatan penipuan dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan te­­lefon secara rambang kepada penduduk negara ini sehingga mengakibatkan kerugian seba­nyak RM300,000 hingga RM1 juta dalam tempoh sebulan.

Malah, berdasarkan rekod selama empat tahun, sindiket yang didalangi rakyat tempatan itu telah memperdaya ribuan orang sehingga mengakibatkan kerugian RM55.3 juta daripada 2,258 kes yang dica­tatkan.

Daripada jumlah ter­sebut, kes tertinggi dilaporkan pada 2014 iaitu 922 kes, diikuti 618 kes pada 2012, 486 kes pada 2013 dan 232 kes sejak Januari hingga 15 September tahun ini.

Tambahnya, kebiasaannya terdapat lebih daripada 10 ahli sindiket akan memainkan peranan sebagai pegawai bank dan pegawai bank negara yang membuat panggilan di setiap calling centre.

“Ia diklasifikasikan sebagai ‘Harrasment Call Terror’ atau ‘Scam Call’ oleh beberapa laman sesawang antarabangsa,” katanya.

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

Sumber: Utusan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Macam2 je teknik depa nie....isk...memang tak ingat akhirat...apa lah nak jadi..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon