Oct 26, 2015

Gambar Lama Penjenayah Terkenal, Billy The Kid Bernilai RM20.9 Juta!

Tahun 2010, seorang lelaki berasal dari California, Amerika Syarikat (AS), bernama Randy Guijarro membeli selembar foto usang di sebuah pasar lambak dengan harga hanya AS$2 (kira-kira RM8.40).

Billy the Kid

Siapa sangka, foto lusuh jenis tintype berkenaan sebenarnya gambar yang memaparkan Billy the Kid, nama gelaran penyamun zaman koboi AS yang cukup terkenal bermaharajalela ketika era yang dikenali sebagai Wild West.

Kini, nilainya ditaksir bernilai AS$5 juta (kira-kira RM20.9 juta) oleh sebuah gedung lelongan terkenal gambar lama, Kagin’s, setelah menyelidik dengan teliti nilai sebenar keaslian foto tersebut.

Malah, media tempatan melaporkan, Kagin’s memerlukan tempoh masa setahun untuk mengesahkan ketulenan foto berkenaan termasuk menjejaki semula lokasi Billy atau nama sebenarnya, Henry McCarty.

Ini turut melibatkan usaha mengesan kembali tempat kegiatan samseng Billy yang berasal dari New York City sebelum menjadi penyamun ternama di sekitar Chaves County, New Mexico, AS pada kurun ke-19 lalu.

Billy the Kid [2]

“Kami harus benar-benar yakin soal di mana, bila, bagaimana dan mengapa foto tersebut dirakamkan.

"Sekadar wajah mirip Billy sahaja tidak cukup untuk kes berat seperti ini,” jelas David McCarthy dari Kagin’s.

Akhirnya dirumuskan bahawa foto itu betul-betul asli. Ia menunjukkan Billy sedang bermain kriket bersama-sama dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan anggota kumpulannya iaitu The Regulators, pada musim panas tahun 1878.

Ia dipercayai berjaya dirakamkan selepas sebuah majlis perkahwinan yang dihadiri oleh Billy dan ini merupakan salah satu daripada hanya dua foto nadir yang diketahui mengabadikan wajah sebenar penyamun legenda itu.

Billy the Kid [3]

Sebelum ini ada sekeping foto lama memaparkan Billy senyum berdiri memegang senapang dan ia dibeli hartawan, Bill Koch menerusi acara lelongan gedung Old West Auction pada 2011 dengan harga AS$2.3 juta (RM9.6 juta).

Billy the Kid merupakan tokoh samseng terkenal yang mati ketika usia muda pada tahun 1881 dalam usia 21 tahun.

Hidupnya yang singkat itu dipenuhi dengan pelbagai kejahatan seperti kes pencurian dan pembunuhan era koboi abad ke-19 di AS.

BACA INI JUGA: Top 10 Gambar Paling Mahal Pernah Terjual

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Hanya potret berharga berjuta-juta...
Siapa yang nak beli..hihi..,mahal betul

Memang mahal, kalau kat Malaysia nak beli +GST mampoih..hehe

kisah penjenayah pun orang suka nak miliki...pelik tapi benar..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon