Sep 23, 2015

Pak Cik Jual Mi Goreng RM2.50 Jadi Viral

Bagaikan tidak lengkap kunjungan anda ke Pulau Pinang jika tidak merasai sendiri keenakan mi goreng berharga RM2.50 di Lorong Tamil berdekatan Kompleks Pasar Chowrasta, George Town.

Abdul Karim Pakir

Itulah yang boleh disimpulkan oleh para pengunjung yang pernah menikmati mi goreng tersebut.

Apa tidaknya, harga mi goreng tersebut bukan sahaja murah, malah sangat sedap dan mempunyai kuantiti yang banyak.

Abdul Karim Pakir [2]

Lebih mengejutkan, mi goreng di Lorong Tamil ini dijual dan dimasak sendiri oleh seorang warga emas, Abdul Karim Pakir yang sudah menjangkau usia 92 tahun.

“Saya sakit-sakit badan kerana sudah tua tetapi saya masih boleh goreng mi lagi,” kata Karim kepada mStar Online.

Bercerita mengenai perniagaanya, Karim memberitahu dia telah meniaga di situ sejak lebih 30 tahun lalu dan harga bagi sepinggan mi gorengnya masih kekal RM2.50 sejak dari awal dia berniaga.

“Saya hanya perlu sedikit keuntungan. Mengapa saya perlu mengenakan caj begitu banyak? Saya tidak perlu membayar kepada sesiapa kerana semuanya saya buat sendiri.

Abdul Karim Pakir [3]

“Saya menaiki bas ke gerai saya setiap pagi di sini. Saya biasanya buka gerai dari pukul 11 pagi hingga 10 malam,” ujarnya yang tinggal di Jalan Makloom bersama anak perempuannya.

Menurut Karim, sebelum ini dia menjual laksa di Esplanade kira-kira 40 tahun lalu namun mengambil ambil keputusan untuk menutup kedai kerana kekurangan pelanggan.

Abdul Karim Pakir [4]

Bagaimanapun, minatnya terhadap masakan diteruskan apabila dia menjual mi goreng yang kekal hingga hari ini.

Untuk maklumat anda, Karim berasal dari India dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1947.

BACA INI JUGA: Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

haha hebat pak cik ni, salam aidil adha buat SP dari kak ana :anajingga.com

Salam aidiladha juga buat kak ana..:)

salam aidiladha SP..terima kasih sudi singgah di blog JM..ini kunjungan balas ye

mula tgk gambar..ehhh India muslim ke pakcik ni sbb rupa seperti orang India...bila baca sampa habis...dari India...mmg sedap la mee goreng mamak....my feveret

fuhhh...masih kekal rm2.50 je...semoga murah rezeki pak cik karim

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon