Sep 10, 2015

'Ibu Saya Tiada Duit Nak Beli Stokin Putih Cikgu..'

Hati ini cukup tersentuh tatkala membaca kisah seorang murid perempuan Tahun Satu yang bernama Fatihah yang diceritakan oleh cikgunya yang dikenali sebagai Mas Kaz.

Miskin

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang begitula nasib keluarga adik Fatihah.

Cerita duka mengenai kedaifan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh keluarga Fatihah ini terbongkar selepas Cikgu Mas Kaz mempersoalkan warna stokin berwarna merah yang dipakainya.

Jika kanak-kanak lain sengaja melanggar peraturan sekolah dengan memakai stokin berwarna-warna kerana mahu bergaya, lain pula alasan kanak-kanak malang ini.

Ibu bapanya bukan sahaja tidak mampu membeli stokin berwarna putih, malah stokin warna merah yang dipakainya itu rupa-rupanya adalah pemberian ihsan orang ramai.

Ikuti kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mas Kaz menerusi laman Facebooknya ini…

Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor.

Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.

Dialog antara kami seperti berikut…

Cikgu Mas Kaz: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.

Cikgu Mas Kaz: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?

Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.

Cikgu Mas Kaz: Rebut-rebut? Di mana? (perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)

Cikgu Mas Kaz: Ayah awak tak kerja ke?

Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.

Cikgu Mas Kaz: Ayah kerja di mana?

Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)

Cikgu Mas Kaz: Pergi sekolah bawa duit tak?

Fatihah: Bawa, seringgit.

Cikgu Mas Kaz: Mana ibu dapat duit?

Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. (Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya).

Cikgu Mas Kaz: Di rumah selalu makan apa?

Fatihah: Makan sayur.

Cikgu Mas Kaz: Dapat dari mana?

Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Cikgu Mas Kaz: Lauk pula?

Cikgu Mas Kaz: Ayah mancing di lombong.

Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar.

Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

Cikgu Mas Kaz: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?

Fatihah: *Hanya sekadar mengangguk

Cikgu Mas Kaz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.

Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

BACA INI JUGA: Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

Ini lah yang saya sgt geram dengan Malaysia nie...Pusat Zakat dan Baitulmal buat aper? Takkan setiap kali orang ramai nak kene laporkan....kalau bab nak kutip zakat siap kuar iklan kat radio & TV bawak kuar nas Al-Quran & Hadis balasan pada org yang enggan bayar zakat...bab beri zakat, boleh plak berbangga-bangga ada lebihan zakat setiap tahun....bukan ker zakat patutnya dihabiskan dan diberi pada yang hak...lantak lah org2 zakat...jawab lah dengan Allah nanti...

Tu la masalahnya. Nak isi borang zakat satu hal, nak jumpa pegawai berkenaan untuk kelulusan mungkin berbulan kalau pun tak bertahun baru diambil perhatian. Malangnya bangunan 'agama' harga juta-juta..

Bergenang airmata membaca kisah ini SP,Kita harus bersyukur kerana jika kita merasa susah rupanya ada yang lebih susah kn,.Saya selalu berdoa agar Allah SWT membuka pintu rezeki saya agar saya mampu membantu mereka yang di dalam kesusahan,InshaAllah,.Ameen,.

Walhal ramai yang lebih susah dikala kita seharian merungut tentang segala-galanya..:(

Jika ada sesiapa tahu bagaimana nak meghubungi anak ni, saya nak membantu..

seolah2 keadaan ini berlaku pada saya..tetapi situasi lain, terharu cikgu tu bagus ..

sungguh sedih..nak nagis baca..inilah dunia ada yg lebih ada ada pula yang terlebih tiada

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon