Friday, June 05, 2015

Seorang Pendaki Meninggal Dunia Di Puncak Kinabalu?


[Kemaskini] Seorang doktor tempatan yang berjaya turun ke base camp Gunung Kinabalu mengesahkan paling kurang seorang pendaki dipercayai telah meninggal dunia manakala dua lagi cedera akibat kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pukul 7.15 pagi tadi.

Pendaki
Gambar: NST Online

Menurut laporan The Star Online, Dr Rezlan Abdul Rahman yang berasal dari Pahang mengesahkan kematian wanita itu setelah memeriksa nadinya ketika turun dari gunung berkenaan.

“Dua lagi wanita turut cedera. Mereka masih di Laban Rata ketika kami meneruskan perjalanan turun,” katanya.

Dr Rezlan berkata, beliau dimaklumkan bahawa 3 wanita terbabit memegang tali (untuk memanjat) dan ketika gempa berlaku, tali tersebut terlepas.

“Mereka dipercayai berayun sebelum terhempas kembali ke arah gunung,” katanya.

Laporan awal setakat ini mendakwa paling kurang 5 kematian atau kecederaan dilaporkan.

5 Pendaki Gunung Kinabalu Dikhuatiri Mati

Gempa bumi yang melanda Sabah awal pagi tadi dikhuatiri telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5 orang pendaki di Gunung Kinabalu.

Pegawai yang bertugas bagaimanapun tidak mahu memberi komen tentang laporan yang belum disahkan sekurang-kurangnya 5 orang pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu terkorban.

Pihak bomba dan polis serta anjing pengesan dilihat sedang menuju ke kawasan berkenaan manakala helikopter masih lagi dalam usaha membawa turun pendaki dan jurupandu yang terkandas.

Kebanyakan pendaki mula turun dari gunung selepas berada di ketinggian puncak 4,095 meter sebelum matahari terbit dan gegaran yang berlaku menyebabkan bongkah serta batu dari permukaan atas jatuh dengan cepat.

Difahamkan juga, dua buah chalet iaitu Panar Laban dan Laban Rata dikatakan rosak namun pihak pegawai masih mengenal pasti tahap kerosakan yang dialami.

Walau bagaimanapun, sumber juga menyatakan terdapat laporan yang menyatakan chalet Panar Laban telah musnah sepenuhnya.

BACA INI JUGA: 10 Lokasi Rekreasi Paling Berbahaya Di Dunia

Sumber: Mynewshub/The Star

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon