Monday, June 08, 2015

Pelancong Bogel Hina Rakyat Sabah Dan Polis Di Facebook!


Menerusi Facebook warganegara Kanada, Emil Kaminski, difahamkan dia dan rakan-rakannya masih lagi berada di Sabah.

Pelancong Bogel

Menulis, “Anywho, the place is shithole. But I am stuck here for a few more days until the whole ‘naked-on-a-mountain’ thing dies down. Luckily the dumbasess here have no internet and no idea!” (Apa-apa pun tempat ini (Kota Kinabalu) memang menakjubkan! Tapi saya masih lagi ‘terperangkap’ di sini sehingga isu berbogel di atas gunung mulai reda. Nasib baik, mereka-mereka ni (penduduk tempatan) tidak mempunyai internet!)

Menerusi sumber sebuah portal, Emil juga dilaporkan sudah membuat tempahan tiket penerbangan Air Asia berlepas dari Lapangan Terbang Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei pada hari yang sama.

Difahamkan, aktiviti berbogel memang sudah biasa dilakukan Emil dan rakan-rakannya dan di Gunung Kinabalu bukanlah aksi pertama kali mereka berbuat demikian.

Pelancong Bogel [2]

Malangnya, apa yang menarik perhatian kita adalah kenyataan Emil yang seolah-olah memperkecilkan pihak berkuasa terutamanya pihak polis kerana 8 hari selepas kejadian berbogel dipuncak Gunung Kinabalu, mereka masih lagi bebas merayau-rayau malah sempat lagi menghina rakyat Sabah kononnya penduduk tempatan tiada akses internet pun, seolah-olah rakyat Sabah masih tinggal dizaman purba dan tidak mengenal apa itu kemajuan teknologi!

Kita juga tertanya-tanya, kenapa anggota polis kita terlalu lembab! Sibuk main COC agaknya. Tak malu ke?

BACA INI JUGA: Pelancong Asing Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon