Wednesday, June 10, 2015

Ayam Keluaran Kilang Terkenal PCK Tidak Halal


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan sijil halal PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Seri Manjung dekat sini telah ditarik balik sejak akhir bulan lalu.

Ayam-haram
Gambar hiasan.

Keputusan drastik yang cukup mengejutkan pelbagai pihak tersebut telah dibuat melalui Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak Bilangan 4/2015 yang telah diputuskan secara rasmi di Ipoh pada 29 Mei lalu.

Menurut surat bertarikh 1 Jun 2015 yang tersebar melalui aplikasi Whatsapp, penarikan sijil disebabkan syarikat itu melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setelah diberi notis sebanyak dua kali.

Justeru, JAIPk telah melarang syarikat berkenaan yang terkenal dalam kalangan pengguna Islam daripada menggunakan logo ‘Halal Malaysia‘ pada produk dan premis di semua cawangan berkuatkuasa serta merta.

Larangan tersebut dilakukan kerana ia boleh menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya syarikat berkenaan masih berdegil untuk menggunakan logo Halal Malaysia dalam apa cara sekali pun.

PCK Processing and Marketing Enterprise

Namun begitu, JAIPk menegaskan bahawa, PCK Processing and Marketing Enterprise boleh membuat permohonan semula daripada pihak berkuasa agama tersebut selepas menerima surat makluman berkenaan.

PCK Processing and Marketing Enterprise adalah sebuah syarikat ternama yang membekal dan mengedar barang-barang sejuk beku serta barangan segar khasnya daging ayam ke beberapa pasar raya besar antaranya Giants.

Tinjauan menerusi laman sosial mendapati, ramai pengguna terkejut dengan penarikan sijil halal itu yang tidak diperbesarkan dan turut terperanjat apabila mengetahui syarikat tersebut rupa-rupanya dimiliki bukan Muslim.

Berbeza dengan kes halal melibatkan restoran Secret Recipe dan produk coklat Cadbury, daging ayam keluaran syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise masih bebas dijual tanpa ditarik balik dari pasaran tempatan.

Dalam pada itu, pengarah syarikat tersebut, Oi Sing Kian dilaporkan portal propembangkang, Malaysian Insider akan cuba memohon semula sijil halal berkenaan untuk meyakinkan semula masyarakat Islam. –Agensi

BACA INI JUGA: Fakta Kenapa Coca-Cola Haram Diminum Oleh Umat Islam

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon