Jan 8, 2015

Permintaan Terbaru Radzi Ali Kepada Zalora!

Aanda ingat dengan lelaki bernama bernama Radzi Ali? Tahun lepas dia pernah ‘menggegarkan’ Facebook Zalora apabila memuat naik status meminta agar menghalang isterinya dari terus membeli belah di laman tersebut.

Radzi Ali vs Zalora

Perkara itu berjaya mencuri tumpuan ramai hinggakan pihak Zalora mengambil keputusan menghadiahkan bekalan stok baju dan kasut secara percuma selama setahun kepada isterinya.

Kali ini, melalui akaun Facebooknya, sekali lagi Radzi Ali menulis satu permintaan kepada Zalora.

Namun kali ini permintaannya bukanlah untuk mereka sekeluarga tapi untuk mangsa banjir di Kelantan.

Hai ZALORA,

Saya harap anda masih ingat pada saya. Saya gembira kerana anda menghiburkan isteri saya sebulan yang lepas dengan hadiah yang sangat cool. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Tetapi kegembiraan saya itu agak luntur bila mana melihat mangsa-mangsa musibah banjir yang dahsyat melanda negeri pantai timur baru-baru ini.

Saya tidak mampu berpura-pura kelihatan gembira setelah melihat keadaan di sana terutama pasca banjir terutamanya keadaan kanak-kanak, ibu-ibu yang hidup terumbang-ambing setelah kehilangan hampir segalanya ditelan bah besar. Ramai yang tinggal sehelai sepingang.

Saya tidak boleh melihat isteri dan anak saya berpakaian sempurna, hidup gembira sedangkan ada pihak yang merana disudut sana. Bagaimana harus saya letak muka dengan tajaan pakaian cantik , perhiasan menawan sedangkan saya melihat sendiri kehidupan daif kanak-kanak tersebut.

Saya baru pulang dari Gua Musang-Kuala Krai dengan beberapa ahli keluarga saya membantu sedaya yang boleh. Menghantar basic supplies dan makanan sekadar termampu. Hanya yang melihat sendiri keadaan di sana akan tahu betapa perlu kita sama-sama membantu.

Saya merayu pada Zalora menggunakan kapasiti yang ada selaras sebagai status anda peneraju utama dalam online fashion Malaysia sama-sama menghulurkan tangan menbantu golongan tidak bernasib baik ini. Saya cadangkan diadakan satu program kutipan atau jualan amal besar-besaran untuk menggembirakan pula kanak-kanak di sana.

InsyaAllah kami akan ke sana lagi pada minggu hadapan dan berharap dapat bertemu anda semua juga di situ.

Kali ini, tagline anda perlu berubah sedikit. Kami perlu beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak,emak, ibu mertua tentang website www.zalora.com.my . Tahu tak portal online fashion yang besar gile tu? Dan yang paling gile lagi, kami yakin Zalora akan sama-sama berganding bahu bersama kami di saat-saat ada yang memerlukan.

Cheers!

Radzi Ali.
Levida Malaysia
Cheras, KL

p/s: Gambar ini diambil pada tanggal 3 January 2015 di Kg Nal, Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Kanak-kanak yang hilang tempat berteduh dan tinggal sehelai sepinggang.

Radzi Ali vs Zalora [2]

Apakah perkembangan selanjutnya dari permintaan ini?

Adakah Zalora sekali lagi akan memberikan maklum balas positif atau permintaan ini akan terbiar bak banjir yang berlalu pergi bersama terhentinya hujan lebat?

Sama-samalah kita nantikan jawapannya.

Sumber: Mynewshub.cc

Jangan lupa membeli-belah di Lazada Malaysia. Potongan sehingga 86% Sehingga 15 Januari 2015 ini!!!

Lazada Malaysia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Semoga mangsa2 banjir dpt dibantu dan mendapat pembelaan yg sebaiknya, in shaa Allah...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon