Jan 12, 2015

Ancam Bom KLCC, RM10 Juta Dituntut!

Memetik laporan akhbar New Straits Times semalam (Ahad), Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima sepucuk surat ancaman mahu mengebom bangunan ikonik negara, KLCC andai pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) gagal memasukkan RM10 juta dalam empat akaun bank.

KLCC

Lantas, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Taib berkata, beliau khuatir ancaman tersebut akan dikaitkan dengan kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian hari ini (Isnin), beliau berkata, “KLCC merupakan tarikan pelancong, jika perkara ini diperbesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tidak mahu datang.”

Justeru bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, beliau telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati ugutan tersebut dilakukan oleh individu yang terganggu.

Dalam terbitan akhbar News Straits Times semalam, beliau turut berkata, hasil siasatan terhadap keempat-empat akaun tersebut mendapati ia milik empat individu berbeza yang dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Macam macam perangai pelik orang zaman sekarang. Apa hal nak bom KLCC? Kalau bagus sangat bom la Tel Aviv kat Israel tu.

Nampak seperti serangan berterusan keatas Malaysia..menakutkan

Aduh... ngeri pulak. Dahlah selalu juga ada appointment kat klcc tu hhmmm...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon