Nov 6, 2014

Pengasas Sisters In Islam: “Kita Semua Anak Allah”

Apa reaksi kita sekiranya anak-anak yang masih kecil, tiba-tiba bertanya “Ayah/Ibu, kita anak Allah ya?”

Zainah-Anwar-Sisters In Islam

Hemat penulis merasakan, laksana halilintar menyambar gegendang telinga tatkala mendengar pertanyaan sebegitu rupa dari anak yang ditakdirkan lahir beragama Islam; agama yang benar, dan dipelihara status keislamannya melalui tatacara hidup, amalan dan juga melalui perlembagaan; cara hidup orang bertamadun.

Namun, apa yang dizahirkan melalui gambar diatas tentunya mengundang seribu satu persoalan, tidak kurang pula ada yang beremosi, apabila sebuah organisasi yang mengaku berpaksikan Islam mampu membenarkan ahli atau penyokongnya membawa mesej, “We are all Allah’s children”.

Apa lagi yang perlu dikatakan, sedangkan mesej tersebut membawa maksud yang jelas menyimpang dari ajaran Islam.

Penulis sendiri tertanya-tanya, bagaimana perkara paling asas seperti ini pun tidak difahami oleh Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam.

Antara perkara asas tentang mengenal Allah, ialah Allah itu tidak beranak, dan tidak diperanakkan, serta bersifat tunggal. Perihal tentang ini dijelaskan melalui surah Al-Ikhlas:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ

Qul hu-wal-la-hu a-had

1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

اللَّـهُ الصَّمَدُ

Al-lah hus-sho-mad

2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad

3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had

4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Penulis masih ingat, ketika di peringkat awal diajarkan tentang Islam, surah ini adalah surah yang lazim dan wajib dihafal beserta makna.

Penulis percaya, ramai di antara kita yang memilih untuk membaca surah ini ketika bersolat. Ini adalah hakikat tentang pengamalan Surah Al Ikhlas dalam hidup masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Zainah Anwar tidak memahami apa yang ditulis itu, atau sengaja ingin mengundang kontroversi dan membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa siapa sebenarnya dirinya? Almaklum, untuk bergerak dengan program-program tentunya memerlukan dana.

Kesimpulannya, perkara asas tentang Islam pun tidak mampu difahami oleh Sister In Islam, bagaimana pula mereka mahu dikenali sebagai Persaudaraan Wanita Islam?

Islam? Islam??

Maka, tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah sangat bertepatan dan selaras dengan tuntutan Islam.

Dari sudut perlembagaan Malaysia pula, Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Kenapa Sisters In Islam Diharamkan?

Sister In Islam haram

Ramai yang sudah maklum antara intipati utama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan pertubuhan bukan kerajaan Sisters In Islam (SIS) adalah berasaskan penglibatan aktif NGO itu dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam Liberal & Pluralisme.

Umum juga sedar Fatwa pengharaman SIS sejak 17 Julai 2014 itu menepati ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dalam Muzakarah Kali Ke-74 pada 25 Julai 2006 yang mengharamkan aliran pemikiran Islam Liberal kerana mengandungi fahaman-fahaman yang menyeleweng dan bercanggah dengan akidah & syariah Islam.

Berikutan itu, pada 31 Oktober lepas SIS melalui Pengarah Eksekutifnya Ratna Othman telah memfailkan rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mempertikaikan kesahihan fatwa tersebut.

Tiga perayu yang lain termasuklah Marina Mahathir, Zaid Ibrahim dan Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai ‘orang Islam yang prihatin.’

NGO SIS yang umum kenali kebanyakan aktiviti dan pemikiran yang dibawanya cenderung ke arah liberal dan pluralisme.

Ambil contoh penglibatan SIS dalam IFC (IRC) yang dulunya menganjurkan hak bebas beragama yang turut merangkumi desakan supaya orang Islam berhak untuk bebas murtad!

Dalam pada itu, antara lain tujuan IFC yang didukung sama oleh SIS turut menuntut hak kebebasan bagi menentukan setiap anak kecil yang dilahirkan orang Islam tidak seharusnya terus menjadi Islam.

Ertinya bagi IFC, anak kecil itu dalam keadaan atheis (tak beragama) dan bukan hak ibubapanya untuk menjadikan anak mereka sebagai seorang Islam.

Anak kecil kita, tanggungjawab kita sebagai ibubapa mencorak agamanya tiba-tiba mahu dinafikan ke Islamannya atas nama kebebasan beragama. Ini pandangan liberal yang tidak boleh diterima orang Islam.

NGO SIS ini jugalah yang aktif bersekongkol dengan NGO Induk COMANGO yang membawa usul ke peringkat antarabangsa mendesak Malaysia menerima hak kebebasan golongan LGBT untuk mengamalkan gaya hidup mereka.

Selain itu COMANGO yang disokong SIS juga mahu fahaman Syiah dibenarkan atas nama hak kebebasan manusia.

SIS juga terlibat menyokong Seksualiti Merdeka 2011 yang motif penganjuran acara itu mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) untuk melakukan amalan seks songsang atas nama hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Hatta NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pun menyifatkan SIS sebagai NGO yang didukungi oleh golongan yang keliru dan bercelaru.

Allahuakbar!

Sumber: mykmu.net

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

9 comments

perkara terbaik adalah mengajar mereka semua ilmu secara berperingkat... orang kita bila belajar hakikat je terus terima hakikat je.... tu sebab dari kecil anak perlu didedahkan dengan usuluddin seawal umur dia 5 @ 6 tahun :)

Mohon wanita2 malaysia jgn terpengaruh dgn pemahaman sesat SIS yg terang2 jahil dlm pengetahuan Islam sebenar.Islam pakai ilmu akal begini boleh merosakkan akidah.

Semakin kuat mencarutnya SIS ni.Mudah-mudahan lah tak ada yang terpedaya.

org penting SIS kena tarbiahkan dulu ni ... larat ke nak tanggung kat akhirat nanti ... ermmm

Khawarij moden

menakutkan :3 kesesatan semakin merajalela

Akan ada 73 golongan selepas Rasulullah wafat & hanya 1 yg akan mengikut Rasulullah ke syurga yaitu yg berpegang kpd Al Quran & sunnah ku. Islam liberal ke, Islam moden ke semua tu silap2 boleh tergolong dlm yg 72 lagi tu. Allah tidak beranak & tidak diperanakkan..

Islam ttp Islam... tiada sekular, liberal dan yg merapu2.. nauzubillah..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon