Murid dipaksa pakai tudung. Sebelum ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menimbulkan dakwaan terdapat pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang memaksa penduduk peribumi di Pahang menganut Islam.
Hari ini timbul cerita baru lebih kurang serupa yang sebenarnya, kurang molek dan bahaya disebarkan di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia jika ia tidak tepat.
Menurut portal The Malaysian Insider, satu sumber didakwa mendedahkan kegiatan menyuntik nilai-nilai Islam terhadap seorang murid Kristian. Dakwaan itu menyebut, murid berusia 12 tahun tersebut diarahkan untuk mengenakan tudung dan menyertai aktiviti kumpulan nasyid.
Bukan sekadar itu, mangsa juga kononnya dipaksa menyertai rakan-rakan Islam menunaikan solat dalam satu penganjuran kem, baru-baru ini.
“Semua ini berlaku tanpa pengetahuan dan kebenaran ibu bapanya,” dakwa sumber rapat dengan sekolah tersebut.
Katanya, apabila isu tersebut dibangkitkan, pihak berkuasa sekolah cuba merahsiakan perkara itu dengan berpesan kepada guru dan pelajar agar tidak menghebahkannya.
Bagaimanapun bercanggah dengan cerita daripada sumber yang dikatakan rapat dengan sekolah ini, guru besar sekolah berkenaan, Yunus Ismail berkata, murid tersebut tidak pernah dipaksa untuk memakai tudung hatta menyertai aktiviti nasyid seperti disebarkan.
“Saya sudah tanya murid itu mengenainya. Dia tidak dipaksa guru-gurunya. Dia memakai tudung secara sukarela. Kami juga tidak memaksa murid bukan Islam menyertai program nasyid itu.”
Tambah beliau lagi, isu tersebut telah diselesaikan dua minggu lalu dan mengklasifikasikannya sebagai isu terpencil.
Ulasnya lagi, beliau sudah menemui kedua ibu bapa murid berkenaan dan isu tersebut berjaya diselesaikan dengan baik. Yunus juga membuat konklusi bahawa kisah ini disebarkan beberapa guru akibat tidak berpuas hati.
Senada dengan kenyataan dikeluarkan Yunus, ibu kepada murid berkenaan juga mengharapkan agar isu ini tidak dipanjangkan.
Melihat dari satu sudut, isu seperti ini boleh menimbulkan rasa kurang senang setiap individu dalam komuniti Malaysia yang berbilang kaum juga agama.
Bukan menuding jari kepada sesiapa, namun isu seperti ini sepatutnya dicegah keras daripada disebar sewenang-wenangnya tanpa fakta tepat kerana ia boleh menimbulkan prejudis dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Artikel asal yang disiarkan The Malaysian Insider:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/murid-kristian-dipaksa-bertudung-sertai-orang-islam-berdoa-kata-sumber
Sumber: Mynewshub.cc

Perkara tidak berasas ni blh memporak perandakan masyarakat kite...tindakan perlu diambil terhadap YB perkenaan agar perkara yang sama tidak menular dikalangan masyarakat kite nanti...
ReplyDeleteItulah masalahnya dengan pembangkang di Malaysia, fitnah apa saja, kebenaran belakang cerita..
DeleteBenda-benda macam ni kena pastikan sumber sahih betul. Ini main ambik je sumber tidak sahih.
ReplyDeleteBahaya menda macam2 ni.
Sepatutnya soalan ini diajukan kepada Teresa Kok dan The Malaysian Insider (Web portal penyokong tegar pembangkang yang mendapat dana yahudi) kerana menyiarkan artikel bagi kejadian yang tidak tepat dan berniat jahat untuk melaga-lagakan penganut agama di Malaysia. Sila rujuk artikel berunsur fitnah ini, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/murid-kristian-dipaksa-bertudung-sertai-orang-islam-berdoa-kata-sumber
Deletebahaya ni.. pihak berwajib perlu cek betul-betul
ReplyDeleteApa paksa2 ni.. kan Islam tu agama rasmi negara. Klu tak betul jadi fitnah kan..
ReplyDeleteIsu agama sering diambil kesempatan utk menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama. Inilah yg sering berlaku di Malaysia. Semoga kita tidak cepat melatah...
ReplyDelete