Video yang dikongsikan seorang pelanggan, mendakwa bahawa telur ayam yang dibelinya di sebuah pasaraya adalah telur tiruan kini viral di laman siber.
Menerusi demonstrasi untuk memastikan samada ianya adalah telur tiruan, dalam rakaman tersebut telur yang direbus kelihatan mempunyai tekstur pelik di mana ianya kenyal dan tidak seperti telur ayam biasa, bahagian kuning telur tidak boleh dileraikan!
Telur yang agak berlainan daripada telur-telur biasa itu mempunyai warna yang agak suram dan tekstur kuning telur yang kental seperti bola ping pong.
Secara logik sesetengah telur yang direbus sudah pun retak jadi ia sepatutnya tidak mempunyai tekstur keras seperti itu, melainkan ianya telur tiruan.
Memandangkan kes telur tiruan sebegini melibatkan kesihatan pengguna, diharapkan pihak terbabit dapat menyiasat sejauh mana kebenarannya.
Terdahulu, Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes penyeludupan telur tiruan di Pulau Pinang pada bulan April tahun 2011 yang lalu.
Dalam kes tersebut, telur tiruan yang dijual di pasaran terbuka itu dipercayai diimport dari negara China.
Rakaman video mengenai telur tiruan yang dibeli dari pasaraya itu kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial.
-SENTIASAPANAS.COM

bahaya lah kalau termakan, tak pasti apa dalam tu...harap ada tindakan segera.
ReplyDeleteBelum ada kajian lagi rasanya kesan pemakanan telur palsu ni..
DeleteMcm2 benda yg org sanggup buat sbb nak untung... kreatif yg tak bertempat. Klu bermanfaat baguslah, tp kalau memudaratkan mmg susahlah...
ReplyDeleteMurah sgt ke kos nak buat telur tiruan ni berbanding harga sebiji telur ayam asli... Macam tak logik jer.
ReplyDelete