Monday, August 11, 2014

Khalid Ibrahim Kekal Menteri Besar Selangor


Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor mencabar mana-mana exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP meletak jawatan jika meragui kemampuan beliau mentadbir dengan sokongan majoriti.

Khalid Ibrahim Kekal Menteri Besar Selangor

Khalid Ibrahim mendedahkan Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khalid juga memberitahu bahawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor tidak berbangkit dan tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Sultan Selangor.

Mengenai kemungkinan usul undi tidak percaya diadakan, beliau tidak bercadang untuk mengadakan sidang dewan bagi tujuan berkenaan masa ini.

Namun kata beliau, andai para Ahli Dewan Undangan Negeri mahu demikian, maka beliau akan mengadap Sultan.

Ditanya sejauh mana sokongan majoriti yang diperoleh, Khalid berkata bukan tugasnya untuk membuktikan perkara itu tetapi ia perlu dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan dibawa menghadap Sultan Selangor untuk mendapat perkenan.

Khalid juga menyatakan pendirian tidak akan mengemukakan rayuan buat masa ini kepada Lembaga Disiplin PKR berhubung pemecatannya walaupun berpeluang sehingga tempoh 14 hari berbuat demikian.

Ditanya pemberita ke mana hala tuju beliau selepas ini, Khalid tanpa berselindung memberitahu sedang mempertimbangkan untuk menyertai PAS.

Namun keutamaan beliau adalah untuk membersihkan nama beliau setelah dimalukan dengan begitu teruk oleh kepimpinan PKR.

Sumber: Mynewshub/Yahoo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon