Tuesday, April 01, 2014

Pakar Ramal Pesawat MH370 Tidak Akan Ditemui


Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

MH370 - David Mearns

“Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada,” katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

“Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut,” katanya.

Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

“Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui,” katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

“Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. -Mynewshub.my

7 April – Penggodam Islam Sedunia Akan Bersatu Serang Israel

7 April – Penggodam Islam Sedunia Akan Bersatu Serang Israel

Pada 7 April ini, satu kumpulan besar penggodam akan melancarkan serangan siber terhebat dalam sejarah untuk melumpuhkan Israel dari segi keupayaan siber.

Projek dinamakan opisraelbirthday akan menghimpunkan penggodam ternama dari dunia Islam dan penggodam bukan Islam yang bersimpati dengan nasib masyarakat Palestin yang ditindas rejim Israel.

Lebih 9,000 website dirancang untuk dimusnahkan atau dijatuhkan.

Jika merujuk kepada laman web opisraelbirthday, sudah 478 laman web Israel berjaya diceroboh para penggodam walaupun tarikh sebenar perang siber itu masih beberapa hari ini.

Tahniah dan doa yang terbaik kepada mereka kerana apa yang mereka lakukan itu hanya Allah SWT sahaja yang mampu balas.

Sekurangnya Israel akan menerima mesej jelas bahawa anak muda Islam akan bertindak dalam pelbagai bentuk untuk membela saudara kami di Palestin.

Berikut adalah mesej yang diterima Mynewshub daripada salah seorang ahli Anonymous Malaysia mengenai rancangan serangan berkenaan.

Anonymous (Hacker) akan melancarkan serangan terhadap Israel pada 7 April 2014 terhadap laman web Kerajaan Israel dan seluruh page dari Israel termasuk akaun bank dan server dari Israel sekali gus melenyapkan Israel dari laman cyber sebagai bantahan atas serangan Israel terhadap rakyat Palestin…

Anonymous juga mengajak seluruh Hacker Muslim di dunia untuk menyertai mereka 7 April ini.. Can’t wait for that...

Angka:
  1. Lebih 700 Website Israel akan terlibat
  2. Lebih 9000 Website akan down dan dirosakkan

Check: http://opisraelbirthday.com/

#Share #SupportOpIsrahell #Anonymous #MuslimHackers

BACA INI JUGA: Kenapa Israel Memiliki Pesawat Serupa MH370?!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon