Tuesday, April 15, 2014

MH370: Telefon Bimbit Pembantu Juruterbang Telah Dihidupkan!


Laman web CNN hari ini memetik sumber rasmi dari Amerika Syarikat (AS) mengatakan telefon bimbit milik pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dihidupkan dan ia dapat dikesan oleh menara telekomunikasi di Pulau Pinang bagaimanapun tiada panggilan dibuat.

Fariq Abdul Hamid MH370

Maklumat itu membuatkan kini pasukan penyiasat sedang melihat jutaan rekod panggilan telefon untuk melihat jika ada panggilan telefon yang dibuat dari pesawat itu selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas.

Laporan berkenaan sebelum ini disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik sumber dari pasukan penyiasat di Malaysia yang menyebut pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid (Gambar, kiri) cuba untuk menghubungi seseorang.

Menurut laporan itu, panggilan itu cuba dilakukan ketika pesawat berada pada ketinggian 5,000 kaki dan terbang merentasi Pulau Pinang.

(Baca: TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing! )

Laporan CNN menyebut, sumber pasukan penyiasat AS itu berkata telefon bimbit milik Fariq cuba mengesan isyarat telekomunikasi kira-kira 30 minit selepas pesawat MH370 membuat pusingan balik “air turn back” kembali ke Semenanjung Malaysia.

Pada Sabtu, BERNAMA melaporkan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menafikan laporan NST mengenai perkara itu.

Panggilan telefon itu kononnya dibuat ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu dari awal lagi.

Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China membawa 239 penumpang dan anak kapal. [Sumber]

Pesawat Airbus A320 Berlanggar Dengan Airbus A319

Pesawat Airbus A320 Berlanggar Dengan Airbus A319

Sementara itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.

(Baca: Insiden-insiden Luarbiasa Yang Berlaku Di Atas Kapal Terbang)

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini dikatakan terjadi pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319. Sumber: Astroawani.com

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon