Tuesday, April 08, 2014

MH370: Lagi Pembohongan Keji Terbaru CNN


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 terbang di pinggir ruang udara Indonesia untuk mengelak dari dikesan.

pesawat-mh370

Menurut Hishamuddin, pihak berkuasa Indonesia sendiri menafikan bahawa pesawat itu melalui pinggir ruang udara mereka.

“Berhubung radar (mengesan MH370 terbang di pinggir Indonesia), itu tidak benar.

“Saya meminta Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk mengesahkan mereka tidak mengesan pesawat tersebut.”

Beliau memberi jawapan ringkas itu ketika ditanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di Hotel Royale Chulan kelmarin.

(Baca: TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing!)

Sidang media itu diikuti secara langsung melalui satu stesen radio tempatan.

Beliau diminta mengesahkan laporan rangkaian CNN, bahawa maklumat dari radar Indonesia menunjukkan pesawat tersebut terbang di pinggir ruang udara negara tersebut sebelum menuju ke Lautan Hindi.

Laporan itu turut mendakwa, maklumat berkenaan boleh membantu penyiasat meneliti profil psikologi kru penerbangan tersebut, terutama dua orang juruterbang yang mengemudi pesawat berkenaan.

Laporan tersebut memetik sumber tentera Malaysia yang tidak dinamakan.

Jurucakap pasukan tentera udara Indonesia Hadi pada pertengahan bulan lalu telahpun menafikan bahawa negara itu mengesan penerbangan MH370, berdasarkan dua radar di Indonesia barat.

“Sekiranya pesawat itu masuk ke wilayah Indonesia, dua radar tersebut pasti telah mengesannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan Wall Street Journal. -Mynewshub.my

Jagjit Tidak Gentar Tangani Sikap Agresif Media Asing

Jagjit Singh Sarjit Singh

Mengendalikan sidang media membabitkan kira-kira 600 wakil media tempatan dan asing menuntut Jagjit Singh Sarjit Singh menggunakan segala kemahiran yang dimiliki untuk memastikan persidangan mengenai perkembangan terkini tragedi MH370 itu berjalan lancar dan memenuhi tujuannya.

Menyifatkan pembabitannya berlaku secara ‘bidan terjun’, Penolong Pegawai Penerangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu berkata beliau bukan sahaja perlu bersedia dengan segala maklumat yang perlu tetapi juga harus bijak menangani wartawan, terutama media asing yang adakala bertanyakan soalan berbentuk provokasi.

“Tidak ada ruang untuk saya lakukakan kesalahan. Sebelum sidang media berlangsung banyak persediaan perlu saya lakukan,” katanya yang ditemui Bernama selepas ditemu ramah oleh Radio24 Bernama menerusi rancangan ‘Ala Carte Pagi’ yang dikendalikan Raifah Nabilla dan Shuhada Armawan, di sini hari ini.

Jagjit Singh yang mengendalikan sidang media mengenai MH370 itu sejak 10 Mac lepas, mengakui agak gementar apabila mengetahui dipilih menggantikan seorang pegawai lain menjadi moderator sidang media tersebut.

“Saya seakan tak percaya. Pelbagai perkara bermain di fikiran saya memandangkan ini adalah kali pertama saya menjadi moderator sidang media terbesar dan membabitkan isu besar negara,” katanya yang berdepan wakil media daripada 281 agensi dari 33 negara hampir setiap hari sejak tarikh itu.

(Baca: MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?)

Menurut Jagjit Singh beliau belajar daripada setiap sesi dan berusaha memperbaiki sebarang kelemahan pada hari berikutnya.

“Ada yang memuji cara saya mengendalikan sesi sidang media itu, namun tidak kurang juga mengkritik terutamanya media luar yang bertanyakan kepada saya kenapa tempoh sidang media amat singkat sehingga banyak soalan tidak dapat diutarakan,” katanya.

Bagaimanapun dengan penjelasan yang diberikannya, selain pelbagai bantuan lain termasuk mengatur temu ramah khas untuk media asing dengan pihak yang berkenaan dapat meredakan rasa tidak puas hati mereka, sekali gus memberi imej positif kepada negara, katanya.

“Saya belajar sesuatu daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya itu iaitu erti sabar,” katanya sambil menambah media tempatan dilihat amat disiplin, tenang dan sopan ketika bertanyakan soalan berbanding media antarabangsa yang agak agresif dalam mendapatkan maklumat terkini berhubung insiden itu.

Hari ini sidang media terakhir diadakan di pusat media mengenai tragedi MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini selepas operasi pusat itu ditamatkan bermula esok.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan sebelum ini semua kenyataan akhbar selepas ini akan dihantar terus kepada media menerusi e-mel. –BERNAMA

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon