Wednesday, April 16, 2014

Janda Diburu Lelaki Miang Angkara Bekas Teman Lelaki


Seorang janda resah apabila menjadi buruan puluhan lelaki miang yang menghubungi telefon bimbitnya dengan tujuan menagih perkhidmatan seks daripadanya sejak lebih sebulan lalu.

Janda
Mangsa menunjukkan ugutan yang diterimanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 35, berkata, gangguan itu bermula apabila identiti, gambar dan nombor telefon bimbitnya tersebar di sebuah laman web `Badoo' pada Februari lalu.

Menurutnya, dia mensyaki identitinya itu disebarkan oleh bekas teman lelakinya bermotifkan dendam selepas dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta mereka akhir tahun lalu.

“Bekas teman lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu jualan berusia 30-an tidak dapat menerima kenyataan dan kerap mengganggu saya selepas itu.

“Tidak lama kemudian saya mula berasa pelik apabila berpuluh lelaki tidak dikenali mula menghubungi telefon saya selain menghantar mesej melalui `Whatsapp' untuk mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya.

Dia yang pelik dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu terkejut apabila mendapat tahu semua mereka memperolehi nombor telefonnya dari laman web `Badoo'.

Eksekutif diugut 'awek' Internet hantar gambar berahi

cinta-laman-sosial

Sementara itu, kemaruk dilamun cinta dengan kekasih Internet yang dikenali tidak sampai tiga jam melalui laman sosial, seorang eksekutif muda terjebak dalam perangkap seorang gadis yang kemudian bertindak memeras ugutnya tidak sampai 10 minit selepas selesai meluah perasaan.

Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini.

Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu ‘cair’ dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar ‘berahinya’.

Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu.

“Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan.

OLEH: Sentiasapanas.com

Sumber: Harian Metro Online


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon