Wednesday, February 05, 2014

T-Team Putar Belit Cerita, Tunku Ismail Buat Ugutan Bunuh?


Sabtu lalu, dunia bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor selepas perlawanan antara pasukan T-Team dan JDT dihentikan sebelum memasuki pusingan kedua.

Fabio Flor Diugut Bunuh

Puncanya, pasukan T-Team yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama enggan meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan selepas mendakwa pemain import mereka, Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta jurulatih kecergasan Impagliazzo dikasari pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat babak pertama.

Susulan itu, empat laporan polis dibuat termasuk oleh Fabio Flor di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Fabio Flor Diugut Bunuh [2]

Mengikut laporan berkenaan insiden yang sebenarnya berlaku adalah Presiden Bola Sepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghamburkan ugutan berbunyi, “Fuck You Brazil, I’ll Kill You. This is my country” kepada Fabio di terowong ke bilik persalinan, kira-kira jam 9.40 malam.

Penyerang T-Team, Evaldo pula mendakwa ditumbuk di muka oleh seorang pegawai PBNJ hingga berdarah hidung.

Fabio Flor Diugut Bunuh [3]

Kes kini dalam siasatan FAM yang berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya. Sumber: Omakkau.blogspot.com

Putar-belit

T-Team Putar Belit Cerita

Sementara itu, jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), César Ferrando Jiménez semalam, membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lepas.

Menurut peguamnya Datuk Baljit Singh Siddhu, dalam laporan itu Ferrando menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa dalam kejadian itu.

“Jiménez berkata beliau adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi T-Team telah memutar belit fakta,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatan di sini hari ini.

Menurut Baljit, Ferrando menyatakan bahawa instruktur kecergasan T-Team telah bertindak menarik kolar bajunya manakala pemain T-Team berjersi nombor 16 menolaknya.

“Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana fitnah atau tohmahan mengenai perkara tersebut,” katanya.

Setiausaha Kehormat JDT Mohd Fahmy Yahya turur hadir di balai polis tetapi pihak media yang turut berada di situ tidak diberikan salinan laporan polis tersebut.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Semalam pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Pemain dan jurulatih kecergasan T-Team yang didakwa terlibat ialah pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih Stefano Impagliazzo. -BERNAMA

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon