Wednesday, February 12, 2014

"Hi! Nama Saya Sexy Ranea Crabtree"


Dia Sexy...dan kini semua orang mengetahuinya. Seorang wanita berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menukar namanya daripada Sheila kepada Sexy.

Sexy Ranea Crabtree

“Ia adalah perkara terakhir yang saya perlukan untuk membuatkan kehidupan saya lengkap,’’ kata Sexy Ranea Crabtree.

Jelasnya, kebenaran mahkamah itu membolehkan dia menukar namanya kerana nama lamanya adalah buruk.

Crabtree, sebelum ini bimbang dengan keputusan mahkamah dan tidak menyangka akan mendapat kebenaran menukar nama tersebut.

(Baca: Bagaimana Hendak Menonton Video YouTube Tanpa Perlu Login?)

“Saya beritahu kepada suami bahawa saya tidak akan tinggalkan mahkamah jika nama saya tidak ditukar,’’ katanya.

Hakim bagaimanapun hanya bertanya beberapa soalan kepadanya termasuk kenapa dia ingin menukar nama.

“Saya jelaskan bahawa saya seorang yang periang dan menikmati kehidupan saya sepenuhnya,’’ katanya.

Selepas menukar nama, dia dan suaminya kemudian meraikannya dengan dua anak perempuan mereka. -Mynewshub

Kandung Anak Bermuka Dua

Renee Young and Simon Howie

Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.

Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.

“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee.

Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.

Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.

(Baca: GILER! Wanita Sanggup Suntik G-spot Demi Kepuasan!)

Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.

Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.

“Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair – In Both Brains.

Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini.

Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.

Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.

Bayi-berwajah-dua
Imbasan menunjukkan bayi itu mempunyai satu badan dengan 
sepasang tangan dan kaki, namun mempunyai dua muka.

“Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.

“Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral.

“Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down.

“Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie.

Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu. -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon