Friday, January 10, 2014

Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu


Di laman sosial, hari ini sudah mula tersebar petikan kandungan Bible berbahasa Melayu dengan beberapa bahagian kalimah Allah digunakan di dalamnya.

Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu

Dalam beberapa ayat Bible itu, disifatkan sebagai ‘Allah’ itu menurunkan anaknya yang jelas dalam Islam bahawa Allah SWT itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Dalam petikan ini, ia memetik bahagian Yohanes verse ke 16 dan 17 yang mengandungi penerangan berkenaan ‘Allah’ dan anaknya jelas digunakan dalam konteks agama Kristian.

Jika Bible ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah atau rendah beragama Islam tanpa didikan atau peringatan daripada guru agama atau keluarga, mereka akan mudah terpedaya sekaligus terpengaruh dengan ideologi Kristianiti.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah niat sebenar di sebalik keinginan mereka yang hendak sangat menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan dicetak pula dalam Bahasa Melayu.

Jika Bible menggunakan kalimah ‘Allah’ dan dicetak dalam Bahasa Inggeris, umat Islam Melayu tidak akan mengambil kisah kerana ketidakfahaman dan jelas ayatnya terpesong.

Lebih-lebih lagi apabila menceritakan kononnya Allah ada anak yang dinamakan sebagai ‘Son’.

Tetapi, jika mereka cetak Bible dengan Bahasa Melayu dan disertakan dengan kalimah Allah, kedengarannya begitu dekat dengan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana Tuhan dalam agama Islam ialah Allah SWT yang satu.

Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu

Dengan majoriti penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu, jadi lebih mudah Kristian itu disebarkan kepada orang Melayu beragama Islam jika ia dicetak dalam Bahasa Melayu dan ada kalimah ‘Allah’ di dalamnya.

Perlu diingat, penyebaran agama bukan bermula dari kandungan ajaran dan ritualnya, sebaliknya ia akan bermula daripada menanam kefahaman mengenai ideologinya kemudian baru agamanya.

Sumber: Mynewshub

3 comments

  1. bible tu kan bnyk slh... spatutnya kat situ tulis GOD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jesus bukan Allah, manakala maksud Allah adalah ESA, satu, tunggal, bukannya manusia atau banyak atau ramai atau beranak dan diperanakkan. Yang benar itu jelas dan yang batil itu sudah terang lagi bersuluh..

      Delete
  2. Whatever other religions, call their God won't stick to your brain and your heart because it is not your belief. You will never understand until you become a believer of that particular religion.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon