Saturday, December 07, 2013

Wanita Sanggup Bayar RM526,000 Jika Berjaya Di Hamilkan!


Seorang wanita mandul memandu kereta BMW mengelilingi China sambil menawarkan habuan £100,000 (RM526,000) untuk mana-mana doktor yang mampu membuatnya hamil.

Gadis cantik
Gambar hiasan.

Jin Sung, 37, membawa iklan sambil menghebahkan wang ganjaran itu selain membalut keretanya menggunakan kain rentang merah sebagai tanda kesungguhannya mendapatkan anak.

Hentian terakhir ahli perniagaan itu ialah bandar Kunming di Yunnan.

Jin Sung, 37
Jin Sung.

“Tidak seorang pun doktor yang saya temui setakat ini dapat membantu.

“Saya beranggapan jika mahukan sesuatu kita mesti berusaha mencari jalan. Inilah yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Wanita itu sudah berkahwin 10 tahun tidak pernah hamil. -Agensi

2 comments

  1. Mungkin ada sebab kenapa dia tak hamil lagi.. Semua tu bukan urusan kita. Rezeki masing-masing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita ni sanggup membayar dengan harga yang mahal tapi sebilangan orang sanggup membakul sampahkan zuriat sendiri.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon