Sunday, November 10, 2013

Zubir BiPop Tempelak Aeril Zafrel Tidak Berakhlak


Jika sebelum ini Aeril Zafrel pernah mengeluarkan kenyataan menyifatkan wartawan Zubir Yunus sebagai tidak berakhlak apabila menyiarkan cerita yang tidak berasas mengenainya yang dikatakan pernah berkahwin dengan pelakon Ummi Nazeera, kali ini Zubir kembali menempelak pelakon tersebut menerusi ruangan pojoknya, hari ini.

Zubir BiPop

Zubir menyifatkan tindakan Aeril yang bernikah sebanyak dua kali juga sebagai tidak berakhlak apabila wartawan tersebut turut menyiarkan petikan seorang penceramah bebas mengenai perkahwinan kali kedua seperti mana yang dilalui oleh Aeril dan juga isterinya, Wawa Zainal.

Menurut Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, tindakan bernikah bernikah dua kali tidak wajar dilakukan atau tidak boleh dicontohi oleh orang lain.

“Walaupun sah dari segi agama, perkahwinan ‘sembunyi-sembunyi’ mereka itu tetap dianggap tidak beradab dan berakhlak,” katanya yang dipetik menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop.

Nampaknya semakin hangat dan rumit kes yang berlaku di antara Zubir-Aeril ini.

Bagi penulis, hentikanlah segala perbalahan ini dan saling bermaafanlah kalian.

Bergaduh lama-lama pun tidak membawa sebarang kebaikan pun kerana hubungan pihak media dan artis seharusnya bagai isi dan kuku, kerana kedua-duanya saling memerlukan dalam industri hiburan tanah air.

Zubir Mohon Maaf Pada Ummi Nazeera

Ummi Nazeera

Wartawan hiburan sensasi, Zubir Yunus akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktres Ummi Nazeera.

Ucapan maafnya itu dipaparkan menerusi artikel Zubir dalam akhbar sisipan Berita Minggu, BiPop, hari ini.

“Zubir mohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan. Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk”!, ” katanya dalam artikel berkenaan.

Ummi yang kini masih lagi menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf berikutan penulisan artikel yang mendakwa dirinya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel.

Menganggap artikel itu sebagai fitnah, Ummi sekali gus menjelaskan dalam laman Twitternya, “pertama sekali, saya tidak pernah bertemu Aeril secara berdepan. Perkara kedua, saya tidak pernah berkahwin. Saya tidak pernah bertemu dia (Aeril) di lokasi (filem) Penanggal dan saya tidak pernah menjalin hubungan atau keluar dengannya”.

Gosip mengatakan Ummi dan Aeril pernah bernikah turut dikuatkan dengan penghijrahan Ummi yang kini sedang mendalami ilmu agama seperti mana juga Aeril.

Namun, Ummi menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan dia tidak perlu berubah ke arah yang lebih baik disebabkan seorang lelaki, sebaliknya itu adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi olehnya sebagai seorang Muslimah.

Sumber: Mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon