Friday, November 15, 2013

Zain Saidin Cemas Untuk Nikahi Rozita Che Wan


Pelakon Zain Saidin berasa semakin berdebar dan gemuruh menjelang hari bahagianya untuk bergelar suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, (Cik Ta) yang akan berlangsung pada Disember depan.

Zain Saidin - Rozita Che Wan

Bagaimanapun Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan yang lebih mencabar.

"Sudah tentu macam-macam perasaan ada sekarang ini, rasa bahagia, gembira dan cemas semua bercampur-baur.

"Namun Insya-Allah saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab dalam keluarga," ujarnya ketika ditemui mStar Online.

Sementara itu, katanya, persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan termasuklah barang-barang hantaran serta kos kira-kira RM200,000 untuk persiapan majlis tersebut.

"Alhamdulillah semua sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja.

"Saya dan Rozita mengeluarkan RM100,000 setiap seorang untuk perbelanjaan majlis itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Zain berkata, pihaknya tidak menjemput jurugambar media pada majlis itu kerana mempunyai jurugambar rasmi melancarkan perjalanan majlis berkenaan.

"Sebenarnya kami hanya menjemput wartawan sahaja tanpa jurugambar kerana urusan foto semua akan kami bekalkan.

"Bukan apa, ia bagi memudahkan kerja media dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan lancar," katanya.

Zain dan Rozita Che Wan akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Sumber: mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon