Tuesday, November 12, 2013

Perkhidmatan Online Dan ATM AmBank Akan Ditutup 3 Hari


Kumpulan AmBank akan menutup sementara beberapa perkhidmatan termasuk kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit wang dan mesin deposit cek (CDM) dari 15 hingga 18 November ini.

Perkhidmatan-ATM-AmBank

Kumpulan AmBank dalam satu kenyataaan media memberitahu, perkhidmatan ditutup sementara dari pukul 4 petang pada 15 November ini hingga 1.30 petang pada 18 November 2013 bagi memudahkan pelaksanaan sistem teras perbankan baharu AmBank.

“Turut ditutup sementara adalah perbankan internet dan mudah alih, perkhidmatan perbankan melalui telefon dan perkhidmatan bayaran dalam talian.

“Perkhidmatan kredit kad AmBank and AmIslamic Bank hanya boleh digunakan dari pukul 2 pagi hingga 5 pagi pada 16 November 2013. Deposit dan pembayaran menggunakan cek tidak akan diproses selepas pukul 12.30 tengahari pada 15 November 2013,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kumpulan AmBank telah memulakan usaha besaran-besaran untuk menggantikan sistem teras perbankan sedia ada sebagai sebahagian daripada perkembangan dan mempertingkatkan perkhidmatan kepada pelanggan bermula 18 November ini.

Kata kenyataan itu, sistem teras perbankan baharu itu akan membolehkan Kumpulan Ambank lebih dekat dengan pelanggan sejajar dengan kempen penyusunan semula “Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank”.

Sehubungan itu, AmBank memohon maaf kepada orang ramai diatas kesulitan yang mungkin berlaku dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Talian AmBank di 03- 2178 8888 atau melayari laman web ambankgroup.com.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon