Saturday, November 16, 2013

Lelaki Yang Hanya Meminum Coca-cola Selama 40 Tahun!


Kerana berpegang dengan janji kepada ibunya untuk tidak lagi mengambil minuman keras, seorang lelaki hanya meminum air minuman bergas, Coca Cola selama 40 tahun.

Pero Ajtman, 75

Pero Ajtman, 75, yang merupakan seorang pesara warga Croatia berkata, ibunya sememangnya tidak gemar dengan tabiatnya itu dan dia akhirnya berjanji untuk tidak lagi mengambil alkohol.

“Saya memilih untuk menggantikannya dengan Coca Cola kerana rasanya seperti wain,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia semakin ‘ketagih’ dengan minuman itu sehingga menjadikan ia sebagai minuman wajib setiap hari.

“Sekarang saya minum Coca Cola pada waktu pagi, sebelum dan selepas makan tengahari, pada waktu makan malam dan sebelum tidur. Saya tidak minum minuman lain,” ujar Pero.

Biarpun sudah dinasihati doktor supaya mengurangkan tabiatnya itu, lelaki itu tetap berdegil dengan mengatakan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Coke ialah ‘ubat’ saya dan saya akakn meminumnya hingga mati,” katanya.

Sumber: Odditycentral.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon