Monday, November 11, 2013

Laman YouTube Jerat Pencuri


Seorang lelaki New Zealand dirakam video cctv yang dipasang dikedai ketika mencuri sebuah komputer riba.

Laman YouTube Jerat Pencuri

Lelaki tersebut memasukkan komputer riba tersebut ke dalam kot luarnya sebelum bergegas keluar dari kedai tersebut di Greymouth, Wellington, New Zealand.

Namun, rakaman video tersebut telah dimuat naik dan disiarkan di laman YouTube lengkap dengan muzik berlatarkan kartun 'Pink Panther'.

Ia menarik perhatian 500,000 penonton dengan seorang daripadanya mengecam pencuri itu.

Beliau melaporkannya kepada pihak polis dan pencuri itu pun berjaya ditangkap.

Siapa sangka laman YouTube juga mampu menjerat pencuri!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon