Saturday, November 09, 2013

Labu Air Paling Panjang Di Dunia


Seorang pekebun di Itali terkejut apabila sayur labu air yang ditanamnya membesar sehingga mencecah 182 sentimeter (sm) di kebunnya.

Luca Anotonio Puopolo

Ekoran itu, Luca Anotonio Puopolo terpaksa mengalih sebahagian komponen rumah hijau yang dibinanya untuk memberi ruang kepada sayur labunya terus membesar.

Warga emas berusia 72 tahun itu percaya keadaan tersebut berlaku akibat gelombang haba musim panas yang menyebabkan buah labu air berkenaan membesar sedemikian rupa.

Menurut Puopolo, dia hanya menyiram air biasa ke atas sayur-sayur labu itu sehingga satu malam ia membesar sepanjang 182sm dan menyebabkan ruang di dalam rumah hijau yang dibina menjadi semakin sempit.

Luca Anotonio Puopolo
Luca Anotonio Puopolo

"Sangat menakjubkan buah labu itu lebih tinggi daripada saya sekarang dan ia masih membesar. Saya tidak percaya betapa besarnya sayur tersebut," katanya.

Puopolo mula menyedari sayurnya itu membesar lebih cepat dan pada sebahagian malam sayur tersebut membesar sehingga lima atau enam inci sejak Jun lalu.

"Saya tidak pernah menjangka sayur itu akan sebesar ini. Namun, saya dia masih berhasrat untuk memakannya," kata Puopolo menceritakan perancangan isterinya, Rita, 67, yang berhajat untuk memasak sayur labu berkenaan apabila cukup besar nanti. -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon