Wednesday, November 20, 2013

Gempur Sindiket MyKad Palsu, Kenapa Baru Sekarang!?


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan semua agensinya bagi menyiasat serta menggempur sindiket pemalsuan MyKad dan rasuah menyeludup warga asing hingga ke akar umbi.

Sindiket MyKad Palsu

Polis dan Jabatan Imigresen sudah diarah menjalankan kajian serta penyelidikan terperinci sejak laporan pegawai imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT) didakwa menerima sogokan disiarkan oleh media.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata gerakan menggempur dijangka mampu mengenal pasti pihak yang mendalangi sindiket berkenaan dalam masa terdekat.

JPN Sedia Bekerjasama Dengan Polis

JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia bekerjasama dengan polis berhubung kes pembabitan pegawai JPN dengan kegiatan pemalsuan kad pengenalan di Miri, Sarawak.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said berkata JPN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahi undang-undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri.

(Baca: Alangkah Mudahnya Mendapatkan MyKad palsu Di Malaysia!)

“Tindakan susulan berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada akan diambil oleh pihak JPN,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata segala jenis aktiviti pemalsuan MyKad adalah satu kesalahan jenayah dan individu yang terbabit boleh diberkas dan dikenakan hukuman penjara atau denda.

“Mengikut Akta 78 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) semua kesalahan ini jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Akhbar hari ini melaporkan seorang kakitangan JPN berumur lewat 50an bersama sepasang suami isteri ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit dalam pemalsuan MyKad di sebuah rumah sewa di Pujut 2, Miri, Sarawak semalam.

Turut ditahan 13 warga Filipina termasuk enam wanita kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Sumber: Bernama/Bharian

*Tahniah kepada pihak berkuasa. Malangnya, persoalan utama sebenarnya adalah, kenapa baru sekarang baru diambil tindakan besar-besaran? Ataukah hanya hangat-hangat tahi ayam?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon