Friday, November 08, 2013

Bekas Pekerja Kawalan Prima Alih Sokongan Kepada Pembangkang?!


Ekoran kes tembak pegawai Ambank yang dilakukan pengawal keselamatan dari Syarikat Kawalan Prima Sdn Bhd, syarikat tersebut diarah menghentikan operasi serta merta.

Kawalan Prima

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengarahkan, mana-mana pelanggan atau organisasi yang menggunakan khidmat syarikat berkenaan agar membatalkan kontrak bersama mereka atau berdepan tindakan undang-undang.

Susulan itu, beberapa pekerja Syarikat Kawalan Prima meluahkan perasaan kecewa mereka kerana kehilangan mata pencarian.

Antara usaha dilakukan mereka untuk membela nasib termasuklah mengadukan kekecewaan mereka secara terus kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi menerusi Tweet.

Kawalan Prima

Apa pun, pekerja Kawalan Prima yang lain sememangnya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa keadaan disebabkan kecuaian syarikat tempat mereka mencari nafkah selama ini.

Rasanya, pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu untuk membela nasib mereka yang boleh dikira teraniaya.

Bukannya apa, bila kehilangan kerja tanggungan seperti ibu bapa dan anak-anak yang bergantung harap pada mereka tentu turut terjejas.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon