Saturday, September 14, 2013

Video Muzik Miley Cyrus Pecah Rekod Ditonton 19.3 Juta Kali Dalam Sehari!


Muzik video single terbaru penyanyi kontroversi Miley Cyrus berjudul Wrecking Ball dilaporkan telah berjaya mencatat jumlah tontonan tertinggi paling banyak dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 19.3 juta orang sudah menontonnya.

Miley Cyrus Wrecking Ball

Ini merupakan satu rekod baru yang dicatatkan oleh laman video Vevo yang dikongsi di Youtube.

Mungkin disebabkan terdapat aksi bogel Cyrus dalam video ini yang mendorong kepada jumlah tontonan sebanyak itu dalam masa satu hari.

Jika inilah strategi pemasaran yang ingin dilakukan oleh penyanyi berusia 21 tahun, ternyata dia berjaya.

Dengan mengeksploitasikan tubuh badannya yang tampil berbogel tanpa seurat benang sambil berayun di atas sebiji bola besar, mungkin tindakannya ini tidak sesuai untuk dilihat peminat ciliknya yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

Sebelum ini, Cyrus pernah menggemparkan industri hiburan di Amerika apabila membuat persembahan ala lucah bersama penyanyi Robin Thicke di Anugerah MTV Muzik Video, baru-baru ini.

Tindakannya itu dikecam sebahagian ibu bapa kerana menyifatkan perbuatannya itu adalah tidak wajar kerana acara itu dipancarkan secara langsung dan boleh ditonton oleh golongan bawah umur. -Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon