Friday, September 13, 2013

Raja Azmi Bakal Saman Portal Rotikaya Sebar Gambar Fitnah


Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Sulaiman, 54, akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Portal Rotikaya yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di Facebook hingga menimbulkan fitnah.

Raja Azmi
Gambar yang dimuat naik portal Rotikaya.

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Rotikaya di Facebook pada Rabu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi ABN News.

Ekoran penyebaran gambar oleh Rotikaya itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar.

Ada antara mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek.

Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Sebelum ini menerusi portal Rotikaya.com artikel yang menggambarkan Raja Azmi kononnya kembali menimbulkan kontroversi murahan apabila berkongsi sekeping gambar dirinya sedang mendukung bayi yang sedang menghisap sebatang rokok.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh portal rotikaya menerusi fanpage facebook miliknya dan dengan cepatnya terus menerima kritikan dan reaksi negatif di kalangan pengguna facebook lain.

Raja Azmi

Antara komen paling pedas dilemparkan oleh peminat kepada Raja Azmi ialah perkataan bo.doh dan makcik tua kerana mereka mendakwa bekas isteri Jailani Sidek itu sengaja mencari publisiti murahan dan cuba mengajar bayi berkenaan dengan perangai buruk yang boleh merosakkan akhlak.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon