Monday, September 09, 2013

Impian Nicol Ann David Ke Olimpik Berkubur!


Harapan pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David untuk melihat skuasy dipertandingkan buat pertama kali di pentas Sukan Olimpik terus tinggal harapan apabila acara itu tewas kepada gusti dalam undian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Datuk Nicol Ann David

Acara gusti kembali ke temasya sukan paling berprestij dunia itu susulan undian oleh anggota IOC di Buenos Aires, Argentina semalam.

Menurut laman web IOC, acara gusti menerima 49 undi daripada, skuasy 24 undi dan besbol menerima 22 undi dengan jumlah keseluruhan undi ialah 95 undi.

Sukan gusti akan dipertandingkan pada temasya Olimpik 2020 dan 2024.

Sebelum ini, gusti sememangnya merupakan acara Olimpik pada setiap edisi Olimpik kuno dan moden.

Pada Februari lalu, gusti digugurkan dari acara Olimpik seelpas IOC merancang memperharui program sukannya.

Dengan kemenangan undi ini, gusti menjadi sukan pertama untuk mendapat semula tempatnya dalam temasya terbesar sukan dunia itu dalam masa paling singkat berbanding sukan-sukan lain.

“Biasanya sesuatu acara yang digugurkan kembali ke Sukan Olimpik mengambil masa bertahun-tahun lamanya, tetapi kita berjaya melakukannya dalam masa hanya beberapa bulan,” kata Presiden Persekutuan Gusti Antarabangsa Nenad Lalovic kepada media.

Selain itu, pada sesi IOC ke-125 itu juga, jawatankuasa telah bersetuju untuk 25 acara sukan akan menjadi acara teras pada Sukan Olimpik 2020.

Acara sukan itu ialah, olahraga, lumba perahu, badminton, bola keranjang, tinju, kayak, berbasikal, ekuestrian, lawan pedang, bola sepak, gimnastik, angkat berat, bola baling, hoki dan judo, akuatik, pentatlon, taekwondo, tenis, ping pong, menembak, memanah, triatlon, perahu layar dan bola tampar.

Pada 2020, Sukan Olimpik akan diadakan di Tokyo, Jepun. -Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon