Thursday, September 12, 2013

Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa - Nabila Huda


Atau itu kesimpulan yang kami dapat dari membaca kenyataan balas Nabila Huda tentang dakwaan ibu tirinya, Nourish Hassan yang mana Amy Search kecewa apabila pelakon itu tidak pulang beraya baru baru ini. Mungkin tersalah baca.

Nabila Huda

Nabila Huda mendakwa yang sebelum tibanya Aidilfitri lalu, beliau menerima undangan untuk menyambut hari mulia itu dari ibu kandungnya di Klang dan juga bapanya Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Dan, beliau bingung untuk membuat keputusan.

“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” ujar Nabila Huda kepada portal Murai.

Pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini juga berkata yang beliau ada menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada Amy Search tetapi sehingga ke hari ini tiada berbalas — selain gagal untuk menembusi talian telefon bapanya itu.

“Tapi, tidak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang,” tambahnya lagi.

Amy Search Sedih Bila Nabila Huda Tidak Balik Beraya

Nabila Huda

Nampaknya ada kisah di’sebalik kenyataan Amy Search yang mengatakan kemalangan menimpa Nabila Huda dan anaknya, Keisha merupakan petanda kecil dari Tuhan untuk diri anaknya itu.

Isteri Amy Search dan juga ibu tiri Nabila Huda, Nourish Hassan mendedahkan yang suaminya itu pernah meluahkan rasa sedih selepas anaknya itu tidak pulang beraya pada Aidilfitri yang lalu.

“Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

“Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis”

“Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya”

“Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah,” cerita Nourish.

Menurutnya lagi, Amy Search sangat berkecil hati apabila Nabila Huda tidak pulang berhari raya ke rumah tetapi rela meluangkan masa di rumah rakannya di Singapura. -Rotikaya

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon