Thursday, September 12, 2013

ANGKASA Mohon Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Peribadi Dilanjutkan


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) meminta supaya tempoh bayaran balik maksimum pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan di lanjutkan.

Biro Angkasa

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerajaan perlu menimbangkan semula tempoh bayaran balik maksimum pinjaman peribadi dari 10 tahun ke sekurang-kurangnya lima belas tahun untuk penjawat awam.

“Ini bagi menjaga kepentingan kakitangan kerajaan yang terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi setiap bulan apabila tempoh itu dipendekkan.

“Selain itu ia menjejaskan perniagaan koperasi sebagai entiti peniagaan apabila seseorang kakitangan awam tidak mampu membuat pinjaman,” katanya di sini semalam.

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 5 Julai lalu menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum di Malaysia dihadkan selama 10 tahun manakala pinjaman pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun.

Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah 45 tahun.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipetik berkata, langkah itu bertujuan mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK

Abdul Fattah seterusnya berkata, 99 peratus daripada 2 juta ahli koperasi adalah penjawat awam dan tindakan memendekkan tempoh pinjaman peribadi maksimum menjejaskan kakitangan kerajaan kerana tidak lagi mampu membuat pinjaman.

Dakwanya, tindakan tersebut juga menyebabkan sebanyak 389 koperasi sedia ada tidak boleh menjalankan perniagaan dan memperolehi dividen. -Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon