Friday, August 30, 2013

Pelukis Nafi Hina Islam Tapi Bagi Alasan Tak Logik!


Kami semalam menulis laporan bahawa ruang pameran lukisan di Publika-Solaris di Sri Hartamas sudah kosong dengan hanya beberapa lukisan sahaja yang tinggal.


Di pameran itu yang bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia, karya pelukis bernama Anurendra Jegadeva dalam tema "ABC For The Middle-Age Middle Classes" mencetus kontroversi dengan sebuah lukisan I is For Idiot (I untuk Si Bodoh) dengan meletakkan tulisan kalimah Bismillah secara terbalik di bahagian bawahnya.

Hari ini di laman web berbaur pembangkang Malaysiakini, Anurenda dilaporkan berkata lukisan huruf I itu sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush, jelasnya.

Menurut Anurendra, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq" yang kebanyakannya orang Islam.

Kenapa tiba-tiba alasannya lukisan itu menjurus kepada Iraq pula? Kan jelas pameran asalnya bertajuk M50 Selamat Hari Malaysia?? Lepas gambar bendera yang disertakan dengan lambang lanun di ruang bulan dan bintang Jalur Gemilang itu adakah rupanya seperti bendera Iraq??

Kalau dah terkantoi, macam-macam alasan diberikan. Sudahlah begitu, kenapa tidak disertakan penerangan supaya orang kebanyakan di Malaysia yang beragama Islam tidak salah faham.

Semalam, ketika tinjauan orang ramai, ruang pameran itu sudah kosong, lukisan-lukisan itu sebenarnya sudah dirampas oleh polis untuk menjalankan siasatan selepas satu laporan polis dibuat berkenaan lukisan itu yang terdapat unsur penghinaan.

Kalaupun betul, ia menjurus kepada Iraq tetap juga penduduk majoriti di sana Islam. Adakah huruf "I" di lukisan Anurendra merujuk kepada negara Iraq dan rakyat Iraq bodoh atau Idiot juga sama menyamakan Islam itu Idiot.


Anurendra tahu atau tidak yang sesungguhnya semua orang Islam dalam dunia ini bersaudara tidak kira dari negara mana mereka berada.

Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu.

"Perkara ini dilakukan, dengan niat, untuk menggambarkan keadaan dalam sejarah dunia apabila semuanya dilihat secara terbalik," katanya.

"Oleh itu, dalam kes menterbalikkan ayat itu, tiada sebarang niat jahat atau nakal dengan sebarang cara untuk menghina atau memperkecilkan agama," katanya dalam kenyataan.

Sudahlah, beliau sendiri sudah mengaku perkara itu dilakukan dengan niat. Jika ada beberapa lukisan lain yang dilukis "J for Jesus" dan "K for Krisna" kenapa pula tiba-tiba "I" menyentuh tentang Iraq dan bukannya Islam dan lebih mengguris "I" is for Idiot.


Polis semalam mengambil sebuah karya Anurendra yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama.

I is for Idiot sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Difahamkan laporan polis dibuat semalam terhadap I is for Idiot atas dakwaan menghina Islam, antaranya berhubung tulisan bissmillah dalam bahasa Arab. -Mynewshub


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon